Tuesday, 30 November 2021

Hadiah tak dijangka 🌺

Haii hampa , assalamualaikum . 

Tak habis lagi haa story pasal birthday hahaha . Ehh tak tak gurau 😂

Ni kisah aku busy keja 27hb baruni , hari sabtu . Macam biasalah hari sabtu dan ahad memang hari super duper busy dari hari hari lain . So memang fokus keja jalaa sebab kalau tangguh , esoknya keja menimbun balik . 

Tengah busy buat keja tetibaa ada courier call nak hantar barang . Lately ni courier dah tau dah kalau ada barang aku sampai rumah , biasanya depa call bagitau barang depa letak tempat biasa . Kira bagi aku tau jugak laa . Jarang aku order barang letak alamat office . 

Courier tu call cakao nak hantar barang . Aku cakap takpela letak ja tempat biasa . Courier tu blur , dia ulang cakap saya nak hantar barang kat alamat sekian sekian which is alamat office aku . Aku macam ehh ? Bila pulakk aku order barang letak alamat office ni . Takpala . Bagi jalan  , dalam 10 minit sampai . 


Marykay punya barang kau . Hahaaah . Aku macam ehh sapa pulakk hantar barang main seprais2 kat aku ni . Tanya sorang sorang taknak ngaku . 

Tapi memang syak sorang kawan aku ni , dia ni Marykay consultant . Memang terdetik dah dari awal yang hadiah ni dari dia since kami hari2 whatsapp , tapi dia takada pulak mintak alamat office apa bagai . So macam eh takkan kot dia . 

Short story , memang dia yang bagi hahahha . Aku siap call laki aku tanya ada tak sesapa mintak alamat office aku ? Laki aku selamba jugak cakap sepraiss happy birthday apa bagai kat aku . Mengadaaa punya laki haih ! At last baru laki aku kata haa tanyalaa kawan baik awak tu  , zassssss sahhh ! Memang dia yang bagi hahaha . 




Terharu gila kot . Tibaaa sampai . Yang dia dok serba salah cakap tatau nak bagi hadiah apa . Dia punya excited nak aku apply both product , sampai hantaq product function la kat aku . 

Yelahh dia tau aku sejenis malaih sikit bab bab melawaa ni . Maklumlahh selekeh ja aku ni hahaha . 



Hampa hat nak try any Marykay product , Skincare ka Makeup ka , product yang dia bagi aku atas tu ka , boleh pi cari dia . Dia very helpful consultant okay 💜🌺

Hampa nak kenai sapa bagi aku hadiah ni ? Plus si Marykay Consultant ni ? 

Haa ni dia . 

Sipi sipi sudahlahh . Takleh belanja sangat gambaq bini orang hahahahhaha . 

Ni malam yang sama hari hadiah dia sampai . Hadiah sampai tangan aku petang , dia sampai umah aku malamnya . Alang alang aku buat bakar bakar sikit malamtu , aku ajak dia sekali mai makan makan . 

By the way , thankyouu Nadiaa for the hadiah . Serius suka . First time dapat kejutan hadiah sampai tiba tiba . 

Since baru pakai , kita rilek dulu . Tunggu seminggu dua pakai , aku share review product ikhlas okay ? 


Bye !

Sunday, 28 November 2021

Birthday Vacation

Hai hampaa . Assalamualaikumm . 

Entri kalini nak story pasal short vacay ke Peneng . Sempena hari lahir aku 25 november haritu . 

Planning ekceli dalam 2 minggu sebelum tu tak silap . Aku bebuat tanya kat laki aku , ' boleh tak masa birthday saya nanti saya nak jenjalan ? ' macam biasa laki aku punya jawapan , as suami yang tak pernah hampakan permintaan isteri dia , dia lajuu angguk cakap boleh tanpa was was . Lebar senyum aku masatu tauu hahahah . 

Masatu still aku tak amik serius lagi . Sebab 25 November tahun ni jatuh hari khamis which is hari aku ngan laki aku kerja . So aku macam hmm takpala . Jenjalan esoktu jelah , sebab kami dua cuti hari jumaat ja . 

Esoknya , laki aku tanya , ' nak pergi mana birthday awak nanti ? ' . Aku macam ' ehh awakkan keja . Saya pon keja . Mana boleh saya cuti . Nanti bos bising pulak .' 

Laki aku cakap dia nak amik cuti . Aku memang sah sah tak boleh laa nak amik satu hari cuti terus . Tapi still aku plan nak berjalan jugak 25 November tu . So terus book hotel kat Feringgi . Book 2 bilik sebab nak bawak adik ipar aku yang kembar tu sekali . Before that of course la aku tanya depa dulu . Then masa tarikh tu depa tak sekolah lagi sebab dapat Kumpulan B masuk sekolah , maka jomlahhh haha . 

To be short , dalam 3 hari sebelum 25 November tu , aku search banyak tempat best area Georgetown . So why not aku terus book hotel area Georgetown ja kan ? Then apalagi , laju ja aku cancel book hotel kat feringgi tu , book hotel area Georgetown pulak . Ohh , aku book without payment la sebab pilih untuk pay kat hotel masa check in . And selalunya aku book kat Oyo Hotel ja setiap kali nak check in memana sebab tau semua murah murah dan  affordable . 

Petang tu , boss cakap dia nak cuti dua hari . Mintak aku jaga dan tengokkan office sebab dia nak balik Ipoh kampung wife dia . Maknanya dia cuti hari Rabu dan Khamis . Ahhh sudahhh , aku nak cuti Khamis ni . Aduhaii . 

Masa bos cakap tu terus spontan aku cakap aku nak halfday Khamis tu . Bos aku pulak masatu terus cakap ' haa okaylaa . Janji you ada masuk office tengok tengokkan staff kejab .' Fuhhh alhamdulillahhhh . 

So , hari yang ditunggu tiba hhahaha . 

Aku masuk halfday Khamis 25 November tu . Dari pukul 10 pagi sampai 1 petang . 

Laki aku memang dah cuti haritu . Dia settlekan barang barang aku packing malam sebelumnya tu masuk keta . Ambil adik adik ipar aku tu kat rumah mak mertua aku , ambil si Fatihah balik sekolah balik tukar baju apa bagai , ambil Aisya kat rumah pengasuh , then terus ambik aku kat bengkel tepat pukoi 1 petang hahahha . Bagus betull . 

So sebelum pegi Peneng , isi perut makan kat tempat mak mertua aku kerja area bengkel aku tu . Lepas makan terus gerak pergi Georgetown nak check in dulu . 

Dalam pukoi 3 petang jugaklaa check in , rehat kejab , pukoi 5 terus keluar meronda keliling Peneng setakat boleh hahahha . 

Sampai malam jugaklaaa . Balik hotel dalam pukul 10 malam lebih tu , makan sikit , terus lenaa . 

Pagi esoknya checkout pukoi 11 pagi kot , singgah beberapa tempat jugak usha view ,makan makan , dalam pukoi 2 petang , gerak balik Kedah balik . 

Puas hati boleh meronda macamtu lepas berapa lamaa tak meronda sebab PKP kann. Seronok anak anak boleh jenjalan . Alhamdulillahh boleh happykan anak anak jugak . Walaupun birthday mama , tapi buat anak anak happy , tu hadiah paling tak boleh mama lupa sampai bila bila . Agitewww cipta kenangan haha . 


Tak habis lagi berjalan . Gerak balik Kedah lajak pergi Pantai Merdeka singgah. Tengok pantai , tapi sayangg gila masa kami sampai hujan pulak renyai renyai . Tak boleh nak amik gambar tepi pantai la apa . Takpala. Makan jelahh kat situ kejab sebelum nak gerak balik Pendang kan . 

Before balik , since tak banyak gambar sangat , amiklahh gambar kat sini buat kenangan jugak . Anak anak masani dah letih sangat dah . Penat . Fatihah sampai dah muntah dalam kereta . So jomlahh balik ke sarang balik ahhahah . Sebab esoknya Sabtu aku ngan laki aku dah mula keja macam biasa balik . 


Penat memang penat tapi puas ! 

Bukan senang nak freekan masa , amik time bonding dengan anak anak , happykan depa bawak jenjalan . Selalu mama baba depa balik keja , hadap rutin sama ja . Ada kat rumah dah malam . Keluaq pergi keja pagi , balik ja dah nak gelap . 

Paling utama , thankyou kat laki sendiri la sebab sudi bawak anak anak jenjalan . Layankan permintaan bini nak vacay . Layankan bini nak kesana kesini . Dah la dia ja yang drive , Itupon kalau nak tau sampai ja Pendang lepas hantaq adik adik ipar aku balik umah mak mertua kat Kota Sarang Semut , aku merap laki aku jenjalan keliling Alor Setar pulak hahaha . Balik rumah dekat pukul 12 malam lebih jugaklaa . Esoknya keja . Tapi tak merungut pon lahai laki aku . 

I loveyouu suami 💜

Terima kasih hehe . 

Okay dahlaa takat ni . Penat dah nak taip haha . Panjang panjang sangat kang bukan hampa nak baca pon heheheh . 


Tuesday, 23 November 2021

Penat + Sedih 😞🙁

Haii assalamualaikum hampaa . 

Well , harini rasa macam nak menulis sebab rasa macam penatt sangat sepanjang harini setakat sekarang . 

Pagi tadi bangun and macam biasa rutin mak mak siapkan si Yaya pegi Tabika . Then terus hantar si Aisya ke Pengasuh and terus direct datang office . 

Tak sempat nak menyinggah beli breakfast . Its okay ekceli sebab aku selalu jugak tak breakfast . So okay jelah . 

Then masuk office macam biasa , tetiba rasa macam nak mengemas office . Since aku rasa dah lama tak mengemas office yang dah jadi macam store ni , maka aku pon start la kemas . 

Last month banjir office ni masuk air . So tadi aku masukkan ja barang2 dalam storage box . Im case kalau banjir lagi tak la aku penat sangat nak mengemas apa yang patut . Sebab haritu banjir aku sorang jaa yang mengemas . Maklumlahh , kat bengkel ni aku sorang ja staff perempuan . Aku sorang ja duduk dalam office . 

Dah mengemas sangat sampai clear office , penat tulaaaa hahahah . Dari mula masuk sampai dekat pukoi 5 petang , tak duduk lansung depan komputer . Sat sat ja lari bukak invoice sat . Pastu sambung balik . 


Dalam pukoi 3 lebih macamtu , ladyboss chat marah marah sebab aku terlupa inform dia dengan bigboss pasal claim J&T . Berbakul jugaklahh kena bebel . Selama kerja dekat sini hampir dua tahun , jarang nau kena bebel . Harini kena rasa sedih pulak hahahhaha . 

Ntahlaa hampa . Sometime kan , rasa macam dah bagi all my best dah kat company . Tapi macam tak dihargai . Sometime jelahh rasa macamtu . Ekceli okay ja haa . Boss baik , selalu tolong bila ada problem , selalu faham keadaan staff . Cuma tulahh . Bila ada boss perempuan which is wife bigboss tu , ofcourse la dia cerewet nau nau hahahha . Tapi still dia okay . 

Harini punya problem tu salah aku ekceli . Memang betul betul lupa inform bos balik . Sebab selalunya bos mesti double check setiap call and chat yang masuk dalam fon office , sebab ada ja chat hat aku tak reti nak jawab , aku tinggal ja bagi boss yang reply . And aku rasa , bigboss aku tu pon lupaa nak inform wife dia pasal claim tu . So at last memang aku jelah kena hahahhaha . Dah nama pon staff . Haihh . 




Alaaa . Sedih sikit jaa . Mengada ja lebih ni . Naseb baik boss dengan ladybos aku tu naikkan gaji aku sikit bulan ni hahaha . Terubat hati haa . 

Pandaii ehh amik hati aku masing masing hahahahahah . 




So tu jelah entri harini . Nak meluah perasaan ja . Penat mengemas office dengan store tak habis lagini . Bernanah telinga kena bebel pon tak surut lagi hahahaha . 

Its okay . Lepasni kena hati hati buat keja okay NH ! Jangan nak buat keja laju sangat sampai lupa benda benda penting macam tadi haha . 

Kira okay la bigboss still okay ja . Dia biar wife dia ja bebelkan aku . Kalau dia join bebel aku sekali tadi , mau aku balik terus tadi merajuk hahaha . 

My bad . Sapa ja tak pernah buat salah . Just belajar dari pengalaman . Jadikan pengajaran . 

Claim tu untuk barang yang nilai dia beribu hoi . Boss mana yang tak marahh 😂😅😅 . Tulaa , careless betoi seketoi NH ni kan ? 

Okay bye ! 

Saturday, 20 November 2021

WORLD PREMATURITY DAY

Hai hampaa . Assalamualaikum . 

Sebelum nak karang panjang , Happy World Premie Day ! 

For those yang ada premature baby , ada pengalaman lahirkan anak tak cukup bulan , you're the best . You're the strongest ! 

Baby baby premature ni seriously sangatlahhhhhh istimewa for sure ! 

Untuk aku sendiri , yang dah 2 kali rasai pengalaman lahirkan anak anak premature ni , rasa betapa bertuahnya bila anak anak ni membesar sama seperti baby lain . Malah sometimes , perkembangan depa jauh lebih laju dan matang dari yang lain . 


Penghuni pertama rahim aku , Muhammad Qayyum Iman . Dia dilahirkan masa baru cecah 33minggu . Kuatnyaa dia masatu . Berat dia just 1.80kg ja . But see , membesar dengan sihat ,semangat . Mama missyouu saiyangg 💜

Qayyum dengan Nekma dia ekceli . Ada sejarah pahit dia tapi aku dah lama redha . Dah lama ikhlaskan . Yang tahu ja tahu . Asalkan aku tahu dia dijaga dengan baik , cukup makan pakai , happy and boleh dapat apa dia nak , its enough for me . 


Penghuni rahim kedua . Si kembar yang super duper aktif . 

Nur Faryana Zulaikha , Nur Faryani Zulaikha . 

For second time , depa pon dilahirkan tak cukup bulan . Mungkin sebab depa kembaq . Mama depa pon haluih ja masatu , so takleh nak tunggu cukup bulan , depa dah tak sabaq nak tengok dunia haha . 27 minggu usia kandungan , depa dah dilahirkan . Sorang normal , sorang emergency operate . Sebab lepas ja Faryana keluaq , contraction dah takda . Doktor takot Faryani yang still kt dalam perut tu lemas ,dengan songsangnya , terpaksa la operate with full bius . 

Lahirkan twin ni sumpah ajar aku jadi kuat . Sebab masing masing lahir still tak cukup berat . Faryana 880gram , Faryani 1.08kg . Dekat dua bulan dalam NICU . Aku berulang almost everyday dalam pantang jenguk depa . Hantar susu badan yang aku perah untuk pastikan depa sentiasa dapat susu aku walau dari picagari masatu .  Dari dedua dalam incubator sampailahh hari aku kena masuk sekali dengan depa untuk pantau depa time dekat dekat nak discaj tu . Kenangan tu sampai sekarang melekat kat kepala . Takkan aku lupa sampai habis nyawa ni . 

Sekarang , both twin dah 6 tahun . Tahun depan dah darjah 1 dah . Masing masing cerdik pandai . Depa dua ni stay dengan Abah depa . Trust me , no matter what , sejaub manapon kami anak beranak terpisah , rindu kat depa tak pernah padam . Its okay . Aku tau doa aku sentiasa mengiringi setiap langkah depa . Aku doakan yang terbaik sentiasa untuk semua anak anak aku . 

You know what , NICU baby is a true Survivor ! 

And last , ni haa budak bertuah yang cerdik ni . 


Si Aisya Humaira . 

Aku lahirkan dia sehari sebelum genap 37 minggu . Aku nak cakap tak cukup bulan pon macam tak gamak haha . Tapi still lepas ja dilahirkan , dia terus ditolak masuk dalam NICU untuk dipantau rapi . Berat dia 2.42kg masa lahir . Still okay la kann . 

Tapi tulahh . Cerdik dia boleh tahan . Banyak akal pon satu hal . Haha . 

So , untuk sesiapa yang ada baby prematured ni , jangan sedih . Sebab boleh jadi yang tulaaa sebenarnya paling istimewa . Paling lain dari yang lain . Yang penting depa sihat , aktif , cerdas cergas . 

Happy World Prematurity Day hampaa yang ada anak anak prematured 💜 Hampa ibu yang hebat ! 

Thursday, 18 November 2021

Budak cerdik mama 💜

Haii assalamualaikum hampaaa . 

Masuk November 2021 , tabika dah start boleh beroperasi dah . Alhamdulillah . 

Si Yaya tu baru 5 tahun , tapi kerap nau tanya bila nak sekolah bila nak sekolah . Tak sabar hagaknya nak jumpa kawan kawan , jumpa cikgu cikgu , makan sedap sedap ehh ? Hahaha

Sayangnya minggu pertama sekolah Yaya selsema sikit . So memang takmau campur dia ngan bebudak lain . Plus minggu pertama tu 2 hari ja sekolah lepastu cuti balik sempena Deepavali . 

So next weeknya tu , dia dah mula pegi sekolah . 


Mama amik gambaq ni masa tengah tunggu Baba dia p isi minyak kat Shell yang dekat ngan umah . Alhamdulillah setakat harini dia selalu happy bila nak pegi sekolah . 

Belajar pandai jadi manusia berguna nah Fatihah Zulaikha mama sayang 💜

Doa mama sentiasa dengan Yaya . Sayang mama tak pernah padam . Sayanggggg anak mama ni sangat 💜

Tahun depan dah 6 tahun dia . Cepatnya masa . Banyak benda kadang tak perasan yang anak anak sedang membesar dengan cepat . Boleh ajak borak . Boleh mengadu . Pandai pujuk . Pandai bebel . Pandai tolong mama . Pandai layan adik . Pandai segala . Alhamdulillah . 

Semoga Allah lindung semua anak anak aku . Diberi kesihatan yang baik . Dikelilingi manusia baik baik . Amenn .