Wednesday 5 July 2023

Migrain

Hai hampaa . 

Semalam aku diserang migrain .hmm . 

Rasanya dah lama aku tak kena migrain . 
Selalunya dulu keraplah sebab migrain aku ni dari sekolah dulu lagi . 
Kerap nau migrain . 
Memang aku kalau migrain kena telan panadol atau pain killer , take nap sat , bangun dah okay dah migrain tu . 

Tapi sejak sekian lama tak migrain, tak silap last attack sebelum raya puasa ritu , tetiba semalam lepas zohor aku start pening berat kepala . 

Ahsyudahh , migrain datang balik . 
Since lama tak kena migrain, kebetulan ubat habis then tak terpikir nak restock panadol . 
Bila menyusu anak biasanya aku elak amik painkiller sebab dos tinggi an , risau kang anak lak lalok kesan ubat tu . 

Laki aku night shift pulak . 
Aku ni since lepas zohor , memang makanan minuman apa takleh nak telan dah . 
Ni migrain over aku rasa . sakit satu kepala ! 
Lepas laki aku amik yaya sekolah (yaya sekolah sesi petang), dia terus pegi keja . 

Aku ni tak bagitau pon la kat laki aku yang migrain ni . Ingat sakit sikit ja . Malas la nak mengada , dia pon nak pegi keja . Kang dia tak tenang pulak buat keja pikirkan aku sakit kat rumah . Tak memasal tak sempat esok pagi habis waktu keja tetiba kang tetengah malam dah terjengul dia depan pintu dek risaukan bini . 

Tapi lepas ja maghrib , aku punya badan dah start panas gila . tetiba rasa sejuk sejuk . aduhaii . dah demam pulak . Dengan migrain lagi beratkan kepala . Pheww azab sakit dia . 

Satu keja tak jadik buat . Yaya balik aku suruh ja dia makan dengan adik dia sampai kenyang . Dia lah jugak kemas dapur cuci pinggan . Sapu mop balik lantai tempat makan tadi . Bagi adik dia si Aisya tu mandi . Layan si baby main . Jaga sambil buat mewarna princess dia . Masatu syukur rasa even dia baru darjah satu , tapi dia tersangatlah berdikari . Boleh diharap jaga adik adik . Alhamdulillahh . 

Dalam pukoi 8 centu sebelum isyak , aku mual . Sakit perut pon ya . Sudahnya muntah dekat 3 kali . Dahlaa tak makan apa dari siang haa . Alahai seksa .

Aku ulang mandi setengah jam sekali punya nak bagi kebah panas badan . Alisa tu menyusu badan , dah la baby lagi , kang berjangkit ngan aku habislahh . 

Sudahnya aku tido , selimut satu badan sambil menyusu si Alisa . Aku pesan yaya suruh tido awal ,kemas mainan pastu siapkan baju sekolah dia nak pakai esoknya . 

Pukoi 12.30 tengah malamtu , aku chat jugak whatsapp laki aku cakap aku demam , muntah apa bagai , migrain teruk la apa haha . Mengadu lah kononnya heheheh . Jarang tau aku kacau waktu keja dia melainkan kalau ada benda bebetul penting ja . Dah chat dia , aku bangun mandi sekali lagi tetengah malam buta tu . Dah perasan panas badan kurang sikit , migrain pon tak sesakit tadi dah . Tengok anak anak dah lena elok . Legaaa . 

Pukoi 2.30 pagi aku terjaga lagi , laparr . yelah dari tengahhari tak makan apa . Pagi ja makan samosa goreng . Aku bangun nak makan , bukak periuk nasik , rasa mual datang balik . Hah sudah , aku tak berani pulak nak makan nasik . takot muntah pulak . seksa lahaii muntah . 


At last , bukak petiais , keluarkan tempe , goreng . 

Aku ni hantu tempe . Kalau tak sehat , dapat makan bubur dengan tempe ni pon cukup dah . Tapi semalam malaslah aku pepagi hari nak mengesah masak bubur pulak . Tak larat aku dengan pening lagi . Aku goreng tempe tu jalah makan dengan air suam . Habis okayyyy ! Lapar gilaaaa ! hahahaha  . Lepas makan tu aku sambung lena hahha . Acaner la tak gemok , asal makan tido . haha . 

And guess what ? Dalam pukoi 4.30 pagi , lakiku tersembul depan pintu rumah . Sudahku bilang kalau dia baca , mahunya dia tak tenang buat keja hahaha . Kesian dia . Dia mintak 8jam saja keja . Taknak OT dah sampai esok paginya tu ( biasa dia keja night shift 7 malam ke 7 pagi ). 

Dia balik , terus tanya aku dah okay ka belum , belek dahi aku panas lagi ka dak . Pastu tanya makan panadol ka dak . Bila ku cakap panadol habis , dia bebelkan aku sebab tak bagitau dia stock panadol takada . Siap belikan nasik goreng kat aku weh . Kedai manalahh bukak pukoi 4 pagi tu ehh hahaha . 

Dia paksa ku makan nasik goreng tu , pastu dia suruh aku lena balik sambil dia urut kepala aku letak minyak cap kapak bagai . Dia jah la tahu aku kalau kena migrain teruk sampai tahap rasa nak hentak kepala kat dinding (aku pernah buat betul okay !) ! 

Sudahnya aku terlelap sampailahh pagi . Terjaga pagi tu memang panas badan pon dah takda . Mual pon hilang . Migrain pon hilang . cuma macam rasa denyut biasa ja laa . tak sakit sangat . pheww alhamdulillah legaaa . 

Eh ,hampa ada migrain ? Ada petua ? Share laaaa ! 

14 comments:

  1. Harap2 dah sembuh mingainnya.
    Wak tak pernah kena migrain, pening2 sikit2 tu adalha juga kena

    ReplyDelete
  2. Semoga segera pulih kembali...saya juga lumayan sering sakit kepala,tak jelas kapan datangnya suka tiba"..memang saya stok obat"an buat jaga"

    ReplyDelete
  3. Saya kena migrain sejak dari tingkatan 4. Memang seksa sangat. Betul tu, rasa nak hentak kepala di dinding tapi tak pernah buat. Tak perasan pula bila migrain tu hilang. Rasanya selepas ada dua tiga anak kot. Kalau datang balik migrain tu sekarang, tak tahulah nak buat macamana.

    ReplyDelete
  4. sedap tempe goreng mcm tu cicah kicap pedas... ubat migrain tidur je... off lampu tdo dlm gelap... take care

    ReplyDelete
  5. Tempe goreng kalau makan dgn nasi panas2 mmg jalan la.. Ada pulak ikan masin hahaa.. Tak pernah kene tak tau nak kata psl migrain ni..

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sihat..urmm maaf nak cakap, tulisan boleh tukar fonts tak?susah nak baca.

    ReplyDelete
  7. Selalunya Sha kalau maigrain, Sha mandi air ais.. Dari kaki bawa ke kepala air.. Lepas tu siram kepala dengan air ais tu.. Kalau tak ada, Sha duduk bawah air pancuran.. Memang sejukkan kepala betul2.. Telan panadol duduk dalam bilik gelap..

    ReplyDelete
  8. syafakillah... so macam mana hari ini? dah boleh buat tugasan seperti biasa?

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. syukurlah demam tu x lama. next time kena pi jumpa doktor terus...

    ReplyDelete
  10. saya pun kerap kena migrain skrg ni...dapat tuam ais dekat tengkuk kurang sikit sakit

    ReplyDelete
  11. shafakillah....saya pun kdg2 kena gak sakit kepala esp kalau tak cukup tidur/cuaca panas/lama sgt mengadap lappy buat keje

    ReplyDelete
  12. Allahu... syafakillah. semoga baik² ja semuanya..

    ReplyDelete
  13. Semoga sekarang Cik Idaa sudah sihat sepenuhnya.
    Kalau migrain, kena makan ubat dan tidur.

    ReplyDelete
  14. pernah sekali kne migrain, mmg sakit kepala rse nk tercabut.. semoga cpt sembuh

    ReplyDelete