Wednesday 16 August 2023

Mulut Jahat Hati Baik ?

Assalamualaikum and selamat tengah malam semua . 

Hee maaflah . memang selalu tetangah malam macamni baru sempat nak menaip kat sini . 
Waktu bertenang dah jam jam segini haha . 

Tapiiiiiiiiii , sekarang jam 12.54am , tapi anak anak aku tiga tiga segar bugar lagi ehh mata . 
Tak paham akuu haha .

Baba depa night shift minggu ni , mama malas nak layan . 
Sukati hampa nak tido pukoi berapa janji tak hingaq tak bising . 
Yang sikecik ni rasanya sebab oversleep tadi sampai ke isyak , jadi waktu sekarang memasing segar lagi . 

Mama ? 

Aku nak kena tunggu bebudak ni lena dulu baru boleh lelap mata hahaha . 

Okayy that's not my point nak story harini mihmihmih . 

Macam hampa baca kat atas tajuk tu , ekceli aku macam terpanggil la nak taip serba sedikit 'pandangan' atau 'pendapat' aku soal ni . 

Orang selalu cakap macamni tau , " alah dia tu mulut ja jahat tapi hati dia baik.. " 

ahh gitu la bunyik lebih kurang . 

Pendapat aku yang tipikal , sebaiknya janganlah biasakan . 

Kalau kata orang tu kat mulut asyik keluar bahasa kasar , kesat , over , tak sedap didengar atau kurang baik disebut , please please please janganlahhhh hang mai cakap ngan aku yang diatu mulut ja jahat tapi hati baik . 

Ini serius tau . aku bukan nak cakap aku ni tak pernah nak sebut bebenda lagha atau perkataan perkataan yang tak elok disebut tu , takk . As a human , manusia biasa , aku pernah saja . 

Tambah waktu emosi , lagi lagi zaman zaman baru nak up dulu awal 20an . Even arwah tok yang jaga aku , tak suka and tak pernah ajar kami adik beradik sebut bebukan , jangan biasakan dimulut katanya , nanti terbiasa then kita terus normalisekan bendatu dalam kehidupan kita . 

Nope . Its not nice tau . 

Aku tak tahu kalah aku ni yang terlalu pandang serius bendani or what , tapiiii , atas sebab pengalaman jugak aku bercakap . 

Honestly , dulu awal awal remaja , habis sekolah la kira , melangkah ke alam pekerjaan . Time aku kenal sorang mamat ni , dia kat mulut memang selalu mencarut , kesatnya perkataan . Bodoh , sial , babi , bangang and etc tu kira kebiasaan yang aku akan dengar hari hari tambah tambah lagi waktu gaduh . 

Aku yang diajar berbahasa bercakap ngan orang , bila dah terlalu lama stay dengan orang macamtu , sekali aku dah terjebak bila bergaduh menyumpah orang itu ini macam dia selalu sebut . 

Lapan tahun weh aku hadap caci maki sumpah seranah , trust me aku realise masatu yang bila terbiasa dengan keadaan macamtu , hang takkan rasa diri hang baik dah . And jujur cakao hang akan anggap orang macamtu pon hati dia seiring dengan apa yang dia cakap . Takda maknanya mulut jahat hati baik . No ! 

Bila dah terbiasa dengan diri , susah nak ubah . Tipulah tak sedih tak menyesal . Lama aku amik masa ubah attitude , ubah semua , sebab terpengaruh ja awalnya . Fragile gila jiwa muda kita terpengaruh dengan benda negatif . 

Anddd , takkan nak cakap orang yang sibuk jaja perangai orang , umpat sana sini , as mulut ja jahat tapi hati dia baik . Choiiiiiiii !!!!

Maaflah , untuk aku , aku hindari orang begitu . 

Dah menua ni , aku hindari orang toxic . Mulut yang macamtu aku anggap mulut jahat . 

Aku bagi contoh eh . Hang tengah buat apa apa , tetiba hang dengaq orang dok bercakap kasar kasar guna perkataan yang tak sedap didengar , sebagai first impression hang , hang rasa orangtu hati dia baik tak ?

NO ! 
Red Flag !

Orang yang hatinya baik , mulut dia akan keluarkan kata kata perkataan yang baik saja . yang tak sakitkan hati orang sekeliling . Yang tak buat orang terasa . Yang buat orang selesa ngan dia  . 

Orang yang hatinya baik takkan tergamak nak lontarkan kata kesat bagai tu . Trust me , takkan . 

Kita sendiri bila berhadapan dengan orang yang macamtu , kita punya first impression pasal orang tu akan anggap ohhh baiknyaa dia niii . haa acentuu . 

Hee , maaflah , dah lewat malamni otakku jadi protes dengan statement tu . Tiber lalu kat wassap status aku tadi . Jadi terasa nak ulas . Nak luah pandangan aku . 

Aku tak cakap aku betul . Aku pon tak baik . 

Tapi tulahh , jangan laa normalisekn bendanii . 

Jangan normalise bila gaduh kena mencaci maki sesama sendiri .
Jangan normalise bila bergurau kena menyumpah seranah nak lawak sampai . 
Jangan normalise guna kata kata kesat bila selisih faham dengan orang . 

Tak baik . 

Aku tak baik . Aku nasihat sebab aku dah tua . Dah rasa perasaan jadik mulut jahat . Dah tau betapa benci orang bila dengar orang memaki hamun , guna worst word . 

Ah sudah , aku takmau melarut dah . Kang otak karang ayat tak benti hahaha . 

Aku just suarakan pendapat aku . 
No hate k ?

Mornite guys . 

Saturday 12 August 2023

Random update . Selamat Mengundi !

Assalamualaikum . Hai hampaa . ☺️

Macam dah lama tak karang blog hehe . 
Bukan sebab tak menyempat , tapi asyik bertangguh , sudahnya lupa . 
Then bila teringat , rasa takdak mood pulak nak menaip masatu haha . 
Well , untuk mak mak konon terpaling busy macam aku ni perlukan mood yang okay dan suasana yang tenang ya untuk update blog . 
Baru otak geliga sikit nak atur susun ayat ayat dalam nih haha . 

Dah masuk Ogos dah kan tahun 2023 ni . 
Cepat gila masa sekarang . Pejam celik ehhh tukar hari . Pejam celik ehh dah tukar minggu . Pejam celik lagi ehhhh dah tukar bulan dah . Phewwwww . 

Bulan merdeka ni . 
Ada anak sekolah si Yaya tu , mula lahh awal awal pesan mama baba dia belikan bendera , mintak buatkan crown la apa . Dia ingat mama dia pandai serba serbi semua benda hagaknya ehh , main request ja hahhahah .

Itupun sama jugak , pejam celik ehh dah anak dara budak tu . Darjah 1 dah dia . Dah pandai ringankan keja mama kat rumah tolong mama apa patut . Dah pandai mintak ajarkan dia masak . Dah pandai nak bergaya . Dah pandai nak cantik . Siap mintak aku ajar dia mekap lagi wehhh , advanceeee anakkk aku nyahh 😂😂. 

Itu kakak , yang si Aisya , masuk 3 tahun lebih ni , makin pandaii lancar bercakap . Makin hari makin panjang ayat dia karang nak bercerita la apa kat mama baba . Dengan mimik mimik muka sekali , ishh comellll . 

Si Alisa , 8 bulan dah dia weh . Sat ja masa . Macam dok terasa lagi sakit tanggung contraction nak beranakkan dia . Ehh dah boleh merangkak merata laju laju ikut kemana ja langkah mama . ishhh , betullah orang cakap , masa dengan anak anak ni sebenarnya singkat ja . Betullah tu . 

masani gigih si Aisya ajak amik gambar . aku layankan ja since memang jarang dah sekarang nak amik gambar sekali macamni . Nak keluar masani, semangat betull pakai mask sampai taknak bukak dulu . 

nihaa si kecik Alisa , macam tak percaya dah lapan bulan dah dia . cepatnya lahaii besar anak anak mama . 

aku obses dengan anak anak sendiri , acii kan ? haha . 


Ehh , aku post ni dah pagi buta . 
Pukul 1 pagi lebih , anak anak dah diulit mimpi semua , aku baru siap mendobi . 
Itu yang mengarang pasal anak anak . 
Mak mak punya simptom jugaklah ni , anak celik mata keja nak menyinga ja garang garang . Bila anak dah lena sunyi sepi alahaii rindu pulakkk hehee . 

Yerr , aku mendobi memalam . Mengemas pon memalam . 
Siang tu takda maknanya nak mengemas mendobi bagai . Si Alisa Aisya tu asyik mengikut ja mana mama ulang alik buat keja .  Satu lagi kemas siang kang , cepat ja sepahnya . Tak boleh ya , nanti mak stress . 
Jadik segala kerja selesaikan waktu anak anak dah lena . 
Soooooo tenanggggggg . 
Mama siap boleh healing baca blog hampa sesambil hirup cuppocino lagi haa . Surrrrrrrrrr . 

Ehh , hampa kena mengundi dak tu ? 

Nak mengundi dah satgi ni , jangan lupa jalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi tau . 
Kita pilih pemimpin yang elok untuk negari dan negara kita jugak . 

Aku nak kena balik Sik . Mengundi sana . 
Yang shuben aku kena balik kampung dia kat Alor Setar . 

Kadang rasa menyesal tak tukar alamat IC . Hahahhah . 
Jenuh nak kehulu kehilir kang . Naseb baik lakibini orang Kedah jugak . Lain daerah ja . Itupon rasa macam nak jadik kelam kabut dah satgi rasa . 
Takpalaa , harung jelah . Bukan selalu hahhahahha . 
Harap harap budak bertiga tu tak buat perangailahh . 

Sampai sini dulu k story kalini . Aku nak kena rest . 
Kang nak bangun awal . Laki aku dah berkobar nak mengundi . Padahal esok pagi kang baru habis keja . Semangat betul dia ! 

Untuk yang baca entri ni , yang kena mengundi , Selamat mengundi k ! 

psss , undi apatuuu ? 😉😉ðŸĪŠ

Thursday 20 July 2023

Quality time with Love ❤️

Assalamualaikum and haiii hampaaa . 

Ekceli nak menulis entri ni dihari kejadian lagi which is Sabtu lepas . Tapi tulahh tak menyempat haha . 

Iolls busy ya . 
Musim agaknya , satu family tak sehat . 
Start dengan si Aisya selsema , terus jangkit kat Fatihah , then dah kena jugak kat Alisa kecik tu . 

Pheww , mama depa takdan tarik nafas okayyyy . lepas sorang sorang . Naseb baik sikecik Alisa tu bila demam ka tak sehat ka apa (even sihat sekalipun) dia merap Baba dia ja . 

Gigih baba dia even baru balik keja pon , tetaplah layan anak anak . Layan merap anak anak . Mandikan la dodoikan lena la . Si Alisa tu bila tak sehat susah nak lena ,tambah lagi selsema , haih hidung tersumbat kan, susah nafas then kena sedut selalu . Lagi la merap dia lain macam . Tak boleh tinggal lansung . phewwwww . 

So ni cerita sabtu lepas , lakiku ajak bawak anak anak pegi taman . Lama sangat dah tak bawak anak anak keluaq rumah . Kami jarang keluar kalau tadak hal . Kalau ada hal sekalipun , selalu lakiku yang keluar setelkan   

Aku on ja . lepas lunch , aku suruh anak anak masuk lena dulu . Takmau kang keluaq ada yang tertido pulak kan . So lepas lunch , Aisya memang lena . si Fatihah taknak lena pulak sebab nak siapkan homework dia . Dah siap homework dia mewarna pulak , haih . susah hattu sorang nak tengok dia lena petang . jarang sekali . 

Aku gigih susukan Alisa bagi dia lena . Dah lena tinggalkan dia tido ngan Baba dia , pastu aku settlekan dapur , kemas mainan bebudak ni , ( bebudak ni main memang ruang tamu seluas alam tu jadi macam tongkang pecah ya), then pilih asing sesiap baju bebudak ni nak pakai keluar main petang kang . Dah setel sapu sampah mop bagai , aku pon terlelap la jugak haha . Si Fatihah tu ja berjegil mata mewarna . 

Petang tu aku terjaga pukoi 5.20 petang . So suruh Fatihah kejutkan Aisya bawak dia mandi . Aku pulak bagi Alisa mandi dulu , siapkan anak anak semua , baru aku mandi then siap . Last baru lakiku siap . Selalu dia memang akan tunggu aku siap mandi dulu baru dia akan mandi then siap sebab tahu aku memang amik masa nak bersiap walau sesimple mana pon aku haha . 

Laki aku bawak pegi taman yang jauh sikit dari rumah , taman tu besar sikit , luas , macam macam ada . Anak anak aku pon suka . 


Percayalah , si Fatihah ngan Aisya tu kalau main taman ni , memang ralit ya . Sementara menunggu anak anak main sambil perhatikan depa berlari main kesana kesini , tengok si Fatihah pening layan lasak si Aisya haha , aku , laki aku ngan Alisa duduk kat satu sudut yang jelas nampak bebudak tu . 

Sempatlah laki aku beli satay ikan dengan rojak buah yang ada peniaga kat taman tu jual . Bebudak berdua tu kalau main memang offer makan pon depa takmau nahh . haha . 

tengoklah sikecik tu dengan cubaan nak merangkak atas rumput haha . dia memang anak bapak betholl ya . semua nak dengan Baba . haihhh . 

nampak muka tak manis budak kecik tu ? takpuas hati latuu mama baba tak lepaskan dia bebas meneroka rumput rumput tu . sebab semua benda dia pegang nak dimasuknya dalam mulut , sudahnya muncungg merajuk , alahaii . hahaha


Sudahnya dekat pukul 7 petang jugak aku kerah bebudak tu berhenti main . Kalau tak paksa , mana mahunya depa berhenti . Kena paksa , umpan nak beli aiskrim , baru memasing nak balik . 

Nampak ? jarang nak keluar rumah . sekali keluar anak anak enjoy sangat laa . Ke taman pulak , tempat favourite depa la tuu . 

Balik tu lepas makan malam , memasing dah lena awal . Penat main kat taman petangtu agaknya . Mama depa sibuk membasuh baju pulak memalm dengn tenangnya . 

Selang dua hari lepas tu , mama baba layan anak anak merap tak sihat pulak tu . Itu yang entri bertangguh sampai ke harini haha . Alasan ann hehe . 

Okag guys , till next entri . Thankyou baca guys .

Wednesday 12 July 2023

Toxic people

Assalamualaikum and haiiii hampaa . 

Baru dan nak taip entri haha . 
Ekceli banyakkkk benda nak share tapi tulahh , kekangan anak anak mencabar tau haha (alasan) 😂😅. 

Harini rasa nak menulis secara serius sikit . 
Pasal toxic people ataupon bahasa mudahnya orang yang negatif ngan kita tanpa sebab kukuh  . 

Orang macamni , kalau depa tak suka kita , depa duduk diam diam simpan sensorang takpa . 
Tapi kebanyakkan orang sekarang , kalau depa tak suka orang , depa ajak orang lain jugak benci orang tu . 
Bab tak suka orang , benci orang , meluat kat orang , kena angkut geng noh . 
Mungkin pasai tak syok la kot dok menyimpan memendam benci sensorang kat orang tu . 

Pastu yang pelik , hat disampaikan buruk orang lain tu , percaya ja bebulat . tak dengar story dua pihak . 
Main taram ja hentam tak kira dah nak amik tahu mana satu pihak betul mana satu pihak salah . 
Then jadik batu api , semarakkan lagi api amarah kat orang . Ehh ramaiiiiiiiii sangat sangat laa sekarang orang centu . 
Sumpah tak paham . 

Persoalannya satu ja . 

Kenapa kena ajak orang lain membenci jugak ? 
Kenapa perlu seret orang lain yang tah kenal atau tak ngan orang tu membawang sekali , mengumpat , mengeji , menyampai yang bebukan pasal orang ? 

Pelik laaa , tak rasa bersalah ? 
Lena ehh tido memalam aniaya orang , cerita buruk orang . Bukak aib orang . 

Nak sampaikan apa sebenarnya ? 
Nak tunjuk kat satu dunia yang awak terpaling betul ? 
Terpaling baik ? Terpaling suci bersih jiwa raga ? 

Dah makin meningkat usia ni , kalau boleh , hindari la orang macamni guys . 
Orang macamni bagi impak negatif dalam sisi baik kat diri kita . 
Sudahlah sisi baik kita pon tah berapa kerat ja ada . Tak payahlah nak tambah dosa benci orang tanpa sebab . 

Haaa see , serius kan entri kalini . 
Bab macamni NH kena serius sikit . Sebab percayalahh setiap kita semua mesti adaaaaa orang macamni . 

Side NH , dah meningkat umur ni , kecikkan circle . 
Pengalaman lalu ajar NH banyakk benda tentang hidup . 
Pengalaman lalu ajar NH berhati hati memilih kawan . 
Berhati hati memilih tempat meluah perasaan . 

Kadang kita sangka , orang yang begitu baik dengan kita hari ini akan kekal baik dengan kita sampai bila bila . 

Salah ! Hati manusia Allah pegang .Sekejab ja boleh bolak balik . Harini bestfriend, esok boleh jadi musuh ketat . 
Macamtulahh kehidupan sekarang . 

Dah menua ni , kawan NH yang ada boleh kira dengan jari . 
Tak apa kalau orang taknak kawan . Tak kisah kalau orang nak membenci . 

Resam dunia , kalau kita senang , ramaiiiii sangat mendekat , baik , melobi . Kalau kita susah , sorang pon hampir tak ada tau kat sisi . Yang tinggal anak anak ngan suami saja . 

Kerasss hidup sekarang kan ? 

Jadik kita pedulikan jelah apa orang cakap . Tak mati dek keji pon kan . Kita lalui ja hidup kita dengan orang tersayang . Buat apa yang kita suka . Tak payah ambil tahu apa orang nak cakap .

Ni kan hidup kita . Kita lah kena keep foward maju kedepan bina bahagia sendiri ikut cara kita . Yang toxic , abaikan saja . Selagi kita jadi bahan mulut dia , selagi tu pahala free ja berat kat buku amalan kanan kita . 

Hmm kalau hampa ? Apa cara hampa hadap orang toxic ? shareeee laaaa . 


ps:: asal rabu ja entri panjang jela jelaa . hampa tabah baca kannnnnnnnn hikhikhik

Wednesday 5 July 2023

Migrain

Hai hampaa . 

Semalam aku diserang migrain .hmm . 

Rasanya dah lama aku tak kena migrain . 
Selalunya dulu keraplah sebab migrain aku ni dari sekolah dulu lagi . 
Kerap nau migrain . 
Memang aku kalau migrain kena telan panadol atau pain killer , take nap sat , bangun dah okay dah migrain tu . 

Tapi sejak sekian lama tak migrain, tak silap last attack sebelum raya puasa ritu , tetiba semalam lepas zohor aku start pening berat kepala . 

Ahsyudahh , migrain datang balik . 
Since lama tak kena migrain, kebetulan ubat habis then tak terpikir nak restock panadol . 
Bila menyusu anak biasanya aku elak amik painkiller sebab dos tinggi an , risau kang anak lak lalok kesan ubat tu . 

Laki aku night shift pulak . 
Aku ni since lepas zohor , memang makanan minuman apa takleh nak telan dah . 
Ni migrain over aku rasa . sakit satu kepala ! 
Lepas laki aku amik yaya sekolah (yaya sekolah sesi petang), dia terus pegi keja . 

Aku ni tak bagitau pon la kat laki aku yang migrain ni . Ingat sakit sikit ja . Malas la nak mengada , dia pon nak pegi keja . Kang dia tak tenang pulak buat keja pikirkan aku sakit kat rumah . Tak memasal tak sempat esok pagi habis waktu keja tetiba kang tetengah malam dah terjengul dia depan pintu dek risaukan bini . 

Tapi lepas ja maghrib , aku punya badan dah start panas gila . tetiba rasa sejuk sejuk . aduhaii . dah demam pulak . Dengan migrain lagi beratkan kepala . Pheww azab sakit dia . 

Satu keja tak jadik buat . Yaya balik aku suruh ja dia makan dengan adik dia sampai kenyang . Dia lah jugak kemas dapur cuci pinggan . Sapu mop balik lantai tempat makan tadi . Bagi adik dia si Aisya tu mandi . Layan si baby main . Jaga sambil buat mewarna princess dia . Masatu syukur rasa even dia baru darjah satu , tapi dia tersangatlah berdikari . Boleh diharap jaga adik adik . Alhamdulillahh . 

Dalam pukoi 8 centu sebelum isyak , aku mual . Sakit perut pon ya . Sudahnya muntah dekat 3 kali . Dahlaa tak makan apa dari siang haa . Alahai seksa .

Aku ulang mandi setengah jam sekali punya nak bagi kebah panas badan . Alisa tu menyusu badan , dah la baby lagi , kang berjangkit ngan aku habislahh . 

Sudahnya aku tido , selimut satu badan sambil menyusu si Alisa . Aku pesan yaya suruh tido awal ,kemas mainan pastu siapkan baju sekolah dia nak pakai esoknya . 

Pukoi 12.30 tengah malamtu , aku chat jugak whatsapp laki aku cakap aku demam , muntah apa bagai , migrain teruk la apa haha . Mengadu lah kononnya heheheh . Jarang tau aku kacau waktu keja dia melainkan kalau ada benda bebetul penting ja . Dah chat dia , aku bangun mandi sekali lagi tetengah malam buta tu . Dah perasan panas badan kurang sikit , migrain pon tak sesakit tadi dah . Tengok anak anak dah lena elok . Legaaa . 

Pukoi 2.30 pagi aku terjaga lagi , laparr . yelah dari tengahhari tak makan apa . Pagi ja makan samosa goreng . Aku bangun nak makan , bukak periuk nasik , rasa mual datang balik . Hah sudah , aku tak berani pulak nak makan nasik . takot muntah pulak . seksa lahaii muntah . 


At last , bukak petiais , keluarkan tempe , goreng . 

Aku ni hantu tempe . Kalau tak sehat , dapat makan bubur dengan tempe ni pon cukup dah . Tapi semalam malaslah aku pepagi hari nak mengesah masak bubur pulak . Tak larat aku dengan pening lagi . Aku goreng tempe tu jalah makan dengan air suam . Habis okayyyy ! Lapar gilaaaa ! hahahaha  . Lepas makan tu aku sambung lena hahha . Acaner la tak gemok , asal makan tido . haha . 

And guess what ? Dalam pukoi 4.30 pagi , lakiku tersembul depan pintu rumah . Sudahku bilang kalau dia baca , mahunya dia tak tenang buat keja hahaha . Kesian dia . Dia mintak 8jam saja keja . Taknak OT dah sampai esok paginya tu ( biasa dia keja night shift 7 malam ke 7 pagi ). 

Dia balik , terus tanya aku dah okay ka belum , belek dahi aku panas lagi ka dak . Pastu tanya makan panadol ka dak . Bila ku cakap panadol habis , dia bebelkan aku sebab tak bagitau dia stock panadol takada . Siap belikan nasik goreng kat aku weh . Kedai manalahh bukak pukoi 4 pagi tu ehh hahaha . 

Dia paksa ku makan nasik goreng tu , pastu dia suruh aku lena balik sambil dia urut kepala aku letak minyak cap kapak bagai . Dia jah la tahu aku kalau kena migrain teruk sampai tahap rasa nak hentak kepala kat dinding (aku pernah buat betul okay !) ! 

Sudahnya aku terlelap sampailahh pagi . Terjaga pagi tu memang panas badan pon dah takda . Mual pon hilang . Migrain pon hilang . cuma macam rasa denyut biasa ja laa . tak sakit sangat . pheww alhamdulillah legaaa . 

Eh ,hampa ada migrain ? Ada petua ? Share laaaa !