Monday 12 December 2022

NewBorn Baby's Coming

Assalamualaikum and haii semua . 

Alhamdulillah , harini hari keenam aku berpantang selepas selamat lahirkan seorang puteri ke dunia ni . Alhamdulillah sebab semuanya going smooth ja . Allah permudahkan segala dari proses awai mai contraction sampailah berjayanya keluaq seketoi baby AH tu haa . 

Baby aku keluaq tepat jam 12.01 minit tengah malam 07.12.2022 . Pandai mak dia pon bajet waktu hahahahah . Dengan berat 2.81kg , esoknya pukoi 5 petang lebih dah boleh discaj dari wad . 

Tapii tulaa . semalam 11.12.2022 , hari kelima dia , kuning dia naik tinggi . Sampai 294 . 

Sudahnya , terpaksa warded lagi kat hospital . Merasalah mama naik ambulan dari klinik kesihatan ibu anak tu . Sampai hospital , baru tahu mama takleh nak stay dengan baby kat wad .  Kena tinggalkan . 

Allah berat rasa hati . Rindu risau semua ada . Harap sangat ada keajaiban yang jadi . Harap sangat kuning dia cepat turun . Mama dari semalam tahan nangis . Sumpah sungguh mama rindu gilaa kat baby . 

Mama doa mama harap sangat baby AH mama boleh discaj cepat cepat . Mama dah rindu nak susukan dia . dah rindu nak dengar dia menangis merengek . dah rindu semua benda pasal dia . rindu bau dia , rindu kedip kedip mata dia , rindu semuanyalah ! 

Sumpah mama rindu !

Cepat turun kuning tu please anak . Baba work . Mama tak boleh melawat baby kalau baba work . Mama rindu . hmmmm

Tuesday 22 November 2022

Debaran Menanti Keputusan Kerajaan Baru

Assalamualaikum haii hampa . 

Depan TV lagi ka ? Mana tau setia berkampung depan TV semata nak tunggu keputusan rasmi sapa sebenarnya nak jadi Perdana Menteri kita ke 10 . 

Aku dari hari mengundi asyik laa dok tertunggu tunggu . 
Dari habeh masa mengundi tu sampai dekat pukoi 5 pagi aku dok congok jaga scroll fon . 

Esoknya bangun scroll lagi . 
pastu asyik tunda tunda tunda . i is frust dah . 

Rasanya mengundi kalini palingggg lama nak tunggu keputusan . 
Macam payah benau nak sepakat semua parti hat bertanding . 

Sejujurnya , boleh nampak keadaan jadi macam ni sebab kita sendiri berpecah belah . 
Bukan nak kata , tapi hakikatnya macamtu . 
Gaya masing masing macam tak boleh nak bersatu bentuk kerajaan pon . 
Sudahnya dah bertangguh berhari hari macamni . 
Agong sendiri pon mesti nak adil dan beri yang terbaik untuk rakyat dia . 

Entahlahh guys  .
Mampu doa ja biar cepar berakhir semua ni . 
Penantian satu penyiksaan tu benar ya haha . 

Marilah kita doa agar Malaysia kita ni dipimpin oleh kerajaan yang sayangkan rakyat . ikhlas , jujur amanah dan sentiasa jaga kebajikan rakyat . 
Tahun depan tahun perit untuk kita semua . jadi kita sangat perlukan pemimpin bersemangat juang nak berjuang pertahan ekonomi dan nasib rakyat . 

Kita tunggu malamni pulak la noh . 

Saturday 19 November 2022

Selamat Mengundi guys !

Assalamualaikum guys . 

Harini hari mengundi satu Malaysia . 
setakat pukoi 2 petang ni , semua okay ka tu ? haha . 

Dari semalam , setiap pelusuk jalan jem ja . 
Masuk celah bedah jalan mana pon sama . takdak tempat tak jem . jalan yang tak pernah jem pon jadi jem . meriah jugak eh mengundi kalini . 

Aku even dah 28 tahun , masuk kalini kira baru first time nak mengundi sepatutnya . 
Tapi tula , rasanya tak menyempat lagi nak mengundi kalini . 
Tengah sarat mengandung . jalan pon mengah mengah dah . 
Pulak husband mengundi tempat lain , aku tempat lain . hmm so kira halallah Malaysia dah rugi 1 undi dari aku eh . huhu . 

Nak taknak tunggu 5 tahun akan datang pulak nak mengundi pon . 
Itu pon kalau panjang umur lagi . 

So , hari orang busy keluaq mengundi , aku kat rumah ja berehat jaga anak anak . 
Sarat sarat ni nak turun tangga flat g kedai pon sis tak berdaya guys . 
Malaih nak turun naik walau duduk tingkat 2 ja haha . manja benau . 

Husband tengahhari dah start motor balik kampung dia . 
Semangat dia lain maciam sikit mengundi kalini . 
Boleh kata dalam seminggu ni , dia asyikk dok dengaq video video politikk ja . aku pulak yang serabut dengaq video orang kempen ni kenkadang hahahah . 
Tappala suami , moga selamat pegi balik . 
Dah mengundi nanti claim Tealive bagi saya , saya teringin . muahahaha 
 
Ini kalau aku join mengundi harini , aku nak kena balik Sik , dia nak kena balik Alor Setar . naik moto pulak tu . usung si Aisya ngan Tiha , dengan sarat baby dalam perut aku lagi , haih , tak daya la rasa . 

So mintak maap la Malaysia . 
Nanti ada rezeki aku ngundi yaaa . 
Aku doa biarlah kerajaan yang bebetul layak memimpin Malaysia kalini . 2023 dah la zaman ekonomi jatuh, tak dapat nak bayang keadaan pon macammana struggle kita semua masatu . 

Moga Allah perkenan setiap doa kita semua nakkan pemimpin terbaik . aminnnn . 

Eh hampa , dah mengundi kan ?
Undi apa tuuuu ? hehe

Wednesday 26 October 2022

Rindu nak menulis 😔

Assalamualaikum . 

Lamanyaaaaaa tak menulis kat blog ni . 
Banyak sangat benda jadi , nak kena tempuh , jadi terpinggir nak berblog . 
Nak menulis tapi dah rasa janggal dah . tapi rindu nak meluah , hehe . 

Dah lama tak on pon blog ni .
Kalau bukak pon , cuma baca blog blog yang lalu lalang kat feed ja . 
Itupon sekadar baca . tak tinggal jejak . tak komen macam selalu . 

Banyak nak cerita , tapi tah mana nak mula . 

Its okay , nanti aku cuba post story okay? 

Since aku ada macam macam story nak share , nak tulis untuk kenangan , untuk tatapan masa depan , jadi kena jugak karang sikit sikit . 
Cuma tulah , dah lama tak menulis , jadi kekok nak karang ayat dalam blog haha . 

Macam bebudak dah rasa . 

Ada yang masih singgah dan baca blog ni ka ? hehe

Sunday 2 January 2022

New Year Date ❤

Ehh haiii . 

Kenkonon busy laa sangat sampai tak ada buat apa apa sempena tahun baru kan ? 

Hahaha ekceli yaa . Tak dak masa lansung sebab both of us busy . So 1hb keja . Super duper busy sampai takdan nak lunch . And dari dua tiga hari sebelum dok merap laki nak makan capati . 

So after balik keja hari first tahun baru tu , terus husband ajak p makan capati . I is super happy hahahaha . 

Ituponnn makan tak feel dating dating sangat sebab nak maghrib dah kan . Masa tak izinkan aku ngan laki dating lelama . Anak anak sis tengah tunggu kat rumah pengasuh . Haha . Tengah makan pon teringat kat anak anak acanerrrr haa hahahah 

So datinglaa sebentar demi memenuhkan kehendak tekak bini yang mengidam mengalahkan orang pregnant . Lebih pada mengada ja sebenaqnya . Hewheww 

alang alang kann . 2 biji terus aku sapu sorang . Hahahah . 

And while husband makan pizza comel ni . 

Both sedap giloss . Aku sure sedap la sebab makan masa memang tengah lapaq . Hopefully nanti mai makan akan rasa sedap macamni lagii . 

Tak sampai setengah jam , habis makan terus bayaq then naik highway amik anak anak . Parents parents misali sangat kekdahnya . Untung jugaklahh dapat pengasuh yang baik hati sangat sangat . Dah anggap macam family . Alhamdulillahhhh . 

Pengasuh anak anak baik . Suami baik . Bos baik . 

Nikmat apa lagi yang nak didustakan ? 

Alhamdulillahh . 

Happy New Year 2022

Haii hampaaa . 

Alhamdulillah , dah mula masuk tahun baru . Semalam tahun baru , harini baru update takpa kot noh hahaa . I is busy dengan kerja settle apa patut sampai lupa dah lama tak jengah blog sendiri . 

Well . Setiap tahun dengan azam baru . Setiap azam 2021 alhamdulillah ada yang tercapai ada yang tak . But its okay . Pengalaman , pengajaran , semua tu lagi penting dalam kehidupan. 

Azam tahun 2022 . Moga terus suksess . Suksess dalam mengurus keluarga . Suksess dalam kerjaya kat office . Suksess handle bisnes baruu moga sampai ketahap seterusnya . 

Moga aku makin rajin update blog hahaha . 


Well takmau taip banyak . So haii semua reader blog NH , Happy New Year ! 

Dont ask mana aku sambut tahun baru eh , malam nak masuk tahun baru aku lemah longlaii kat rumah sebab lemau badan aku haha . Then 1hb tu aku kerja macam biasa . Well aku dok Kedah , Kedah tak banyak Public Holiday Tahun Baru ni huu . But its okay , i loveee my job . I loveee my job . I loveeee my job hahaha . 

Okay dah terbebel panjang . Phffffff . 


Selamat Tahun Baru 2022 hampaa ❤