Alhamdulillah , harini hari keenam aku berpantang selepas selamat lahirkan seorang puteri ke dunia ni . Alhamdulillah sebab semuanya going smooth ja . Allah permudahkan segala dari proses awai mai contraction sampailah berjayanya keluaq seketoi baby AH tu haa .
Baby aku keluaq tepat jam 12.01 minit tengah malam 07.12.2022 . Pandai mak dia pon bajet waktu hahahahah . Dengan berat 2.81kg , esoknya pukoi 5 petang lebih dah boleh discaj dari wad .
Tapii tulaa . semalam 11.12.2022 , hari kelima dia , kuning dia naik tinggi . Sampai 294 .
Sudahnya , terpaksa warded lagi kat hospital . Merasalah mama naik ambulan dari klinik kesihatan ibu anak tu . Sampai hospital , baru tahu mama takleh nak stay dengan baby kat wad . Kena tinggalkan .
Allah berat rasa hati . Rindu risau semua ada . Harap sangat ada keajaiban yang jadi . Harap sangat kuning dia cepat turun . Mama dari semalam tahan nangis . Sumpah sungguh mama rindu gilaa kat baby .
Mama doa mama harap sangat baby AH mama boleh discaj cepat cepat . Mama dah rindu nak susukan dia . dah rindu nak dengar dia menangis merengek . dah rindu semua benda pasal dia . rindu bau dia , rindu kedip kedip mata dia , rindu semuanyalah !
Sumpah mama rindu !
Cepat turun kuning tu please anak . Baba work . Mama tak boleh melawat baby kalau baba work . Mama rindu . hmmmm
sama berat dgn anak nina tp dia masuk NICU terus ke wad biasa sbb kuning. 6 hari ulang alik hospital sbb menyusu. huhu. tak nampak mcm tgh pantang sbb hari2 ke wad
ReplyDeletekannnn . pantang macam tak pantang dah haa . kadang sampai lupa pakai stokin haha
Delete