Friday 30 June 2023

Salam AidilAdha

Assalamualaikum hampa ☺️

Alhamdulillah , harini khamis , 29 Jun 2023 , jatuh sebagai peristiwa sempena kemenangan orang menunaikan haji kat Mekah , Hari Raya Korban . 

Untuk keluarga kecil aku , bagi kami tiada sambutan meriah seperti kita meraikan hari raya puasa . Keluar menziarah beraya pon tidak . 

Dari awal hari bangun , aku cuma masakkan anak anak makan sarapan lepastu biarkan depa buat keja sendiri . Main , melayan Alisa main , tolong sepahkan rumah dan yang sewaktu dengannya haha . 

Hingga ke lepas asar , sebab dok scroll FB , IG, memasing update story menu raya memasing , aku jadik terliur pulak . Makanya lepas asar aku terus ajak laki aku keluar carik barang dapur sikit untuk masak something yang ada vibes raya korban ni , haha . 

ohh , ini budak kecik dah pandaii tauu tengok kamera bila bergambaq , mama dia gerammmmm ja nak gigit gigit pipi bambam dia haha . Sukalahh dia tu, boleh keluar rumah kan amik angin luar . Goodgirll niii 😘

Tak kemana sangat pon . Pegi Econsave, beli barang then balik . Ikutkan kelmarin dah keluar nak beli barang , tapi bila sampai tengok parking full , phewwwww , kami patah balik meronda ajalah hahaha . Dalam meronda tu menyempat ya singgah pasar malam , beli kuih raya yang pack kekecik tu , 5 bekas rm20 . Jadiklah kan dari takada haha . 

Jadiknya sampai rumah dah dekat 6.30 petang , teruslah masuk dapur proses memasak. Maka terhasillah nasi daging , daging air asam dengan dendeng daging pedas . Bertambah tambah laki ngan anak anak aku makan ya . Licinn nasi daging aku masak . Happy tauu bila masak semua anak beranak suka . hehe . 

ini last pinggan laki aku haha . Sebelum tido dia bantai habiskan nasik , gasaklah yang , asalkan awak kenyang , gittewwwwww hahahaha . 


Sekali sekala makan daging marbeles jugak ehh hahhaahha . Aku sangatlahh jarang makan dan beli daging ya . Selalu ayam ikan telur ja hahah . Ini menu keluar setahun sekali ja acilah kan . 

Okay guys . Aku nal up gambar raya sefamily tak ada sebab kami memang tak kemana . Makanya aku up balik gambar raya puasa lepas , aci la eh hahhaa . 

Selamat Hari Raya AidilAdha hampaa 🎉





Till next entri guys 💕

Tuesday 27 June 2023

Alisa Humaira

Assalamualaikum and haii guys . 
Sama ada ada lagi atau dah takda reader yang nak baca , tapi aku tetap nak tulis kat blog ni untuk kenangan . 
Kang kalau anak besar depa tau mama depa ingat susah payah lahirkan depa , agittew hahahhaha . 

Aku ada up entri bulan 12 tahun 2022 yang aku selamat lahirkan seorang baby perempuan . 
Mek tu dah nak masuk 7 bulan dah pon bila genap 7.7.2023 kang haha . Mama dia baru sibuk nak story pengalaman lahirkan dia ke dunia ðŸĪŠ


Inilah haa masa fresh from oven gittew haha . 

Alisa Humaira , anak manja Baba 😅. 

Kekecik dah menunjuk anak manja Baba dia tauu . haihh . 

Okeh nak mula haha . 

Bulan 12 tu . 6hb Desember 2022 , aku terjaga dari lena macam biasa , dah mula rasa nyilu kat bawah perut ekceli . Still tahan masatu , boleh control nyilu lagi . Siap boleh basuh baju , boleh masak lagi untuk tengahhari sambil layan nyilu nyilu tu kan . Tapi time makan dah tak boleh nak masuk dah . Rasa tak selera nak makan . 

Lepas jamu anak anak ngan suamiku makan , cuci pinggan mangkuk clear dapur , baru ja nak baring , dah rasa sakit belakang then perut macam mengeras . Masatu husnuzon lagi . Takot sakit main main haha . 

Makin lama lagi tak selesa . Lagi kerap nak terkucil . Dah lain macam rasa . Dah mula gitau suami yang aku rasa tak selesa , sakit baby mengeras . Suami aku dah gelabah dah masatu ha ajak pegi spital . Tapi aku cakap rilek lu , biar bebetul sakit dulu baru pegi . Takmau kat rumah beriya sakit , sampai spital dah hilang sakit . Pastu doktor suruh balik gitu ja kang kan . 

Aku rehat sambil bersandar kat dinding rumah , dalam petang pukoi 5 centu , aku rasa sakit tu lagi kuat . mengeras perut pon macam lagi dasyat haha . Aku tengok luar macam nak hujan . Ah sudah , spital tak dekat sangat , dalam 20 minit jugak . Dah la nak naik motor ni . Tapi gagah jugak suruh anak anak siap . Bagitau suami aku dah sakit sangat . Nak g spital . 

Ontheway nak ke spital tu hujan tauuu . Aku anak beranak ni redah la sebab memang sakit dah . Redha ja tahan sakit atas moto dengan anak anak . Masani dah mintak tolong Mama angkat depa amik jagakan si Yaya ngan Aisya ni . 

Sampai ja spital , aku jalan dah macam apa dah rupa masani haha . Masuk PAC , tunggu jab , then misi suruh kencing apa bagai , dalam 10 minit centu misi suruh baring atas katil nak check ctg ka apa tah tu . 

Sementara check tu aku ni still boleh bertenang tenang lagilah layan rasa sakit . Doktor datang tengok cakap ada contraction tapi sesikit manjah gittew . Aku macam ehhhh , aku rasa tak manja dah gini niii hahhaha . Tapi aku diam . Check bukaan , dah 3cm . Guest what ? Doktor kata awak balik dululah , kang dah bebetul sakit baru datang balik . Ah sudahhh . Aku dah la duduk flat weh . Ada motor jah . kang nak datang time bebetul sakit tu tak memasal terberanak atas moto . haha . 

Aku cakap kat doktor , aku tak boleh balik . Aku jenis bukaan cepat ja bukak . Dah la sakit nii . Then masatu dia macam waswas jugak , gagah nak suruh orang balik dulu . Aku slow talk lagi cakap aku tahu badan aku acaner . At last doktor tu cakap okay laa, naik wad dulu . 4 cm baru boleh book labour room . 

Aku lega dah . At least dah dalam wad kat spital kann . Dalam pukoi 8 malam centu , misi dah bawak aku naik wad dahh . Anak anak aku pon mama angkat depa amik balik rumah dia dah jagakan . Legaa satu bab kat situ . Suami tadi masa kat PAC , misi cakap kena test covid test dulu kat situ tunjuk result kat misi , baru boleh teman aku bersalin kalau tadak apa apa problem . 

Aku naik wad , suami aku tiber sampai kat katil bawak beg baju . Aku sakit lagi okay masanii . layan ja sakit kejab datang kejab hilang . tapi perasan macam dah kerap sakit tu datang . Masa layan sakit tu , dah rasa lagi nak terkucil . Baru nak bangun pegi toilet , misi wad datang nak check tekanan darah bagai . Aku masani memang diam ja weh , tahan sakit just tau nak control nafas ja . Misitu tengok ku dah macam risau , dia cakap sakit sangat ka ? Kalau sakit sangat sangat bagitau , jangan diam . haha . Dia pegi ja check tekanan darah tu kat katil sebelah , aku terus bangun g toilet . 

Elok time nak keluar toilet , sakit makin kerap . aku siap berenti kejab kejab la time jalan nak kekatil aku tu sebab sakit tetiba datang . Dalam hati dok la doa moga senang urusan aku bersalin . Sampai ja katil , aku cuba baring . Bila baring , sakit tu datang , lagi paduuuuu mattt sakit dia nak tahan pon haha . Naseb palang katil tu besi tau . Itupon rasa macam nak bengkok dah besi katil tu aku genggam . Time ni tengok fon dah dekat pukoi 9 malam lebih . 

Aku dok tahan sakit tu sampai laa dekat pukoi 10 lebih kot . sejam jugak laa . Dah rasa makin sakit sangat , misi lalu ja , aku panggil dia . Mintak dia check bukaan , sebab aku sakit sangat dah . Dalam 5 minit tu Doktor sampai , gelabah dia bila dah 5cm . Cecepat dia suruh booking labour kat aku . Suruh aku call suami amik barang kat wad ni , sebab kang lepas beranak dah duduk wad lain . Aku call suami aku cakap aku nak turun labour dah . 

Aku rasa progress aku nak beranakkan Alisa ni sangatlah mudah . Aku tahan sakit  tu sampai misi risau tau , diam ja aku muahhahahha . 

Kat labour , misi dah mula nak kosongkan pundi kencing , tapi sebab aku baru ja lepas g toilet sebelum turun LB , menyempat kan haha , jadik misi kata pundi kencing aku kosong . Kejab tu doktor datang cakap nak pecahkan air ketuban . Aku macam anggukkkkkk ja masatu sebab sakit . 

Dan ketahuilah lepas ja ketuban dah pecah , sakit tu lagi menggila . Sampai rasa tak cukup nafas nak tahan masatu . At last aku cakap kat misi , aku rasa nak meneran sangat , dia check bukaan , cakap belum cukup 10cm , tapi mungkin sebab aku macam sakit nak meneran tu sangat kot , misi tu cakap , takpala , kalau nak teran , teran ja , saya tolong . Terus dia panggil misi lain 2 3 orang tolong aku , ada misi lain panggilkan suami aku masuk LB . 

Masa nak meneran tu , aku amik nafas dalam dalam , aku cuba lepas nafastu sambil meneran tu sekuat hati , 2 kali ja , dengan kiri kanan misi dok tekan kaki aku , alhamdulillah selamat keluar seketoi Alisa Humaira tu dengan berat dia 2.8kg . Tak koyak tak jahit apa pon syukurrr .  Elok si Alisa tu keluar, elok jugaklah suami sampai genggam tangan aku . Phewwwww legaaaaaaaaaaaaaa wehhh masaniiiii . hahahha . 

Misi letak baby atas dada aku , suruh suami aku iqamatkan dia . Alhamdulillahhhhh . 

Tepat jam 12.01 minit pagi dia lahir . Aku lega sebab ikut firasat tak ikut cakap doktor suruh balik dulu awal tu . 

Kejab ja suami temankan . Masa misi amik baby nak check , dia dah keluar dah . Masani misi bagi aku minum milo , then suruh aku rehat . 

Legaaa . Tak payah hadap dah nak jahit ka apa . Aku terlelap tauuuu masatu .Dah suruh rehat kan hahaha. 

Aku tatau lama mana aku lena , tersedar bila misi datang bawak baby suruh cuba bagi susu . Pukoi 4.30 pagi centu dah masuk wad dahh . Petang hari yang sama dah discharge dah . Mama angkat anak anak aku datang jemput balik .

Alhamdulillah dah nak masuk 7 bulan dah sekarang . Dah banyak akal kesana kesini heret perut mengesot haha . Tengah practice nak merangkak dah . Anak Baba sangat ya dia . Kalau Baba dia ada ,susahlahh dia nak mengada melekat kat mama dah haha . Demam pon merap Baba dia ja . 

Senang mama hang anak , buat keja tenang ja laju kalau Baba ada. hahahbahah . 



Be a good girl Alisa Humaira mama ya . 

Thursday 22 June 2023

Jetpack vs blogger

Assalamualaikum and haiii guys . 

Ekceli kan , setelah lama nau tak menulis meluah rasa kat blog , aku terdetik nak kembali menulis . 
Jadiknya aku download Jetpack kat fon aku . Install sekali wordpress . 
Cuba menulis kat situ beberapa entri . 

Mungkin permulaaan ,tapi macam kaku . 
Mungkin sebab since 2013 aku menulis hanya kat Blogger , bila cuba menulis kat situ rasa janggal gilaa . 

So mungkin aku decide nak teruskan menulis merapu merepek aku kat sini jelah ehh . 
Jiwaku disini . Sebati gittuw walau lama benau benau kadang biarkan blog tak terusik . 

InsyaAllah . 

Well pendapat hampa ? 

Mana better ? Jetpack Wordpress atau Blog Blogger ?


Wednesday 14 June 2023

Hukum alam .

Assalamualaikum . 

Rasa nak menulis kat sini harini even dah hampir setengah tahun tak menulis . 
Izinkan pembuka entri 2023 ni dengan entri merapu ini . Bukan selalu datang mood nak menulis macamni haha . 

Well . harini terdetik nak menulis pasal hukum alam yang memang dari dulu lagi terjadi benda ni . 
Apa dia ? 

Normal bila yang senang kaya , dimuliakan . diingati selalu . Cuba kalau kau susah , silap silap selisih bahu kat jalan pon tak dipandang . 

Bila cantik didekati . Even perangai nauzubillah sekalipon . Cuba kalau tak cantik , selalu ja akan dengar orang shaming . ' eh kalau hang putih , mesti cantik . ' ' eh kalau hang kurus mesti ramai orang minat .' 

Ekceli banyak lagii . malas nak senaraikan banyak . 
Sinonim gila dah dalam masyarakat melayu kita tambahnya . Benda benda macamtu seolah mengelilingi kita sehari hari . 

Lupakah manusia , bukan kita minta miskin . bukan kita minta susah . sehabis daya usaha , rezeki setakat cukup makan pakai , itu bukan salah sendiri asal dah berusaha sehabis mungkin . 

Lupakah manusia , bukan kita cipta diri kita . Cantik tak cantik tu subjektif atas manusia . Sedang sekurang kurang penilaian kita terhadap orang , tetap dia cantik disisi Allah. Tetap saja cantik dimata yang tepat . 

Kenapa wujud persekitaran begini ? 

Salahkah miskin ?
Salahkah gemuk ?
Salahkah tak cantik ? 
Salahkah hitam ? 

Benda yang boleh kita tolerate ,insyaAllah boleh sabar . Macam kalau kita kaya ja orang mendekat . Kita senang orang ingat . Orang tumpu bila berduit . Orang sayang bila mudahkan selalu urusan orang . 

Benda macamtu even satu dunia disekeliling mesti ada . Tapi bila cakap pasal benda yang bukan bidang kuasa kita , tak rasa ka macam tu sedang mempersenda ciptaan Allah ? 

Orang lagi miskin dari kita , wajar ja kita hina ? elok ka kita cemuh ? Hasut semua burukkan dia tak usaha ? Kita ada kat tempat dia ? Kita tahu setara mana dia usaha ? kita duduk kat tempat dia ? dalam kasut dia ? 

Kenapaaa judge ? ! 

Hang takmau tolong , tak payah hasut orang untuk rasa benci . Hang tak suka , just tutup mulut hang . Takpayah menghina mengeji . 

Tak selamanya kita kat atas . mungkin kita kat atas ni pon atas doa orang sekeliling kita jugak . 

Bila kita kurang segala segi , normal jugak bila disisihkan oleh semua orang termasuk darah daging sendiri . 

Inilah dugaan hidup . Nikmati sahaja . 

Cuma satu , janganlah menghukum . Kita sendiri kalau Allah uji , rasa berat sangat . 

Allah tak pernah ajar kita hina keji orang yang tak cukup rezeki . Tak pernah suka orang yang bangga diri cantik sampai kutuk orang lain . 

Janganlah .