Saturday 23 October 2021

Keda Resort Bendang Man , Sik Kedah

Hai assalamualaikum hampa . 

Harini , macam ada masa sikit nak story pasal short travel kelmarin walaupun dekat ja . Still kami semua anak beranak and yang lain happy . Eh wait , even still tak rentas negeri still dianggap travel kan ? Haha🤣

Ekceli mama pengasuh si Yaya ngan Aisya yang ajak seminggu sebelum tu tak silap . Aisya ngan Yaya sangat sukakan air . Jadi aku rasa macam ohh why nott ? Sebab hari yang mama pengasuh depa ajak pon hari aku offday keja . So aku tanpa pikir panjang terus ON . Boleh la release kejab stress keja kat office kan walaupon tak sampai bermalam semata bercuti . Gittewww hahah . 

Untuk kami yang stay Pendang , aku tak pernah lagipon terpikir nak teroka tempat dekat² dengan rumah . Selalu memang nampak nak ke Langkawi ja palingg dekat tapi tulaa , mana ada orang pegi langkawi balik hari untuk bercuti kan . Nak apply cuti hujung hujung tahun macamni for 3 4 hari memang taklaaa . Bertuah la bos aku nak approve cuti aku haha . 

Mana aku pegi ? 

KEDA RESORT , BENDANG MAN , SIK KEDAH . 

Trust me weh , sangat sangat recommedded tempat ni . Honestly tempat dia tenang , bersih , keadaan air pon boleh tahan sejuk haha . Puas berendam anak beranak . Berkelah ramai ramai . Heaven rasa . 


Cuaca mengizinkan kami berkelah sepanjang pagi sampai ke petang hari tu . Masing masing enjoy gila main air . Sesuai untuk anak anak jugak sebab ada ja kolam , then sungai tu sendiri tak ramai sangat orang , (kat kawasan kami pilih tulahh ya) ,yelah sebab banyak pilihan port² kan . Kami tak ambik port dalam dalam sangat sebab honestly nak anak anak enjoy main air . 

Kat sini ada resort/chalet tau . Hampa boleh ja booking bilik . Ohh sebab aku tak sempat nak amik gambaq bilik bilik rehat yang mama pengasuh dia amik untuk halfday (dari lagi sampai 5 petang) untuk salin baju bersihkan diri rehat rehat . Macam macam pilihan bilik ada so hampa boleh direct pegi page Facebook 'Keda Resort Bendang Man ' untuk tengok sendiri pilihan bilik yang ada . 

Disebabkan mama pengasuh Yaya ngan Aisya dah booking 2 bilik untuk halfday , so kami yang konvoi 6 bijik kereta dari Pendang ke Sik tu yang lebih 30 orang , boleh masuk mandi kat situ for free . Aku taktau la kalau masuk saja kena bayaq ka dak haha . 

Masuk pon mudah , wajib scan suhu and mysejahtera macam biasa , well norma baru kan sekarang , kita follow ja okay ? Haha . Ambik kunci bilik then p letak barang barang . Then terus cari port yang boleh mandi berkelah ramai ramai . Puas hati tengok anak anak main air . Yaya tu sampai takmau balik haha . 

Ekceli penuh ja juadah atas tikaq tu , tapi disebabkan ralit main air , so ni masa mengemas baru terpikir nak amik gambaq . And tak terpikir pon nak update blog hahaha . Unplan . So expect la aku lupa amik gambaq segala segi hahahah . 

Disebabkan aku balik keja lambat malam sebelumnya tu and kedai tak bukak dah , aku just bangun awal and siapkan bekal apa ada ja . Redho ja aku pon hahaha . Sempat buat roti sosej sardin , goreng keropok keping and kentang sikit , bawak kek pisang . And done bahagian aku hat tah apa apa hahahahaa . Mengalahkan orang busy nau nau tau 😅

Naseb mama pengasuh depa masak nasik ngan lauk lauk . Memahami macam biasa alhamdulillah . And Mama Saif (mak budak asuhan mama ayu depa jugak ) banyak jugak masak siap sediakan bahan buat barbeku lagi pheww . Mama Saif tu doktor tau , tapi menyempat ja masak macam macam . Aku hat tah apa apa ni tak menyempat nak masak apa hahaha daserrrr sangat perangai 🤣🤣

Puas hati main air kat sini . Main sungguh hahaha . Jangan tanya kenapa takda gambaq si Yaya . Sebab dia dari jejak ja kaki kat sini , asyiklahhh main dengan kenkawan dia sampai takk hirau dah mama baba dia haha . Bebudak guys . Jumpa geng terus lupa habeh makpak 😅 mama is redhoo .. 

Aisya tu sampai tertido dalam sungai tu Baba dia punya dodoi dukung dia haha . Lastly baru naik darat biar dia lena dalam kereta . 

Baba dia yang jagakan anak tu ya . Sesambil mama tolong tolong sesikit kemas barang nak balik bilik berehat . Oh sempat jugak ja selfie ngan baba depa masatu . 


Lepas asar , kami dah mula berkumpul nak gerak ke next destinasi . Berjalan jelahh happykan anak anak hari tu . Next destinasi tu kemana aku akan share kat next entri okay . Takmau campoq entri sebab kang lagi panjanggg aku kena karang hahahahah . 

Sempatlahh masa lepas serah kunci bilik kat kaunter masuk tu , amik gambar ramai ramai . Itupon tak lengkap semualahh sebab 2 keta dah balik awal . Tak ikut sama ke next destinasi . 


Next entri aku story pasal next destination pulak k guys ? So far sini best gilaaa . Rating 10/10 aku bagi sebab aku takda masalah lansung dengan tahap kebersihan , staff , persekitaran kat tempat ni . Lepas dah berkurun sejak MCO tak pegi memana kan , ni adalah cadangan terbaik untuk bawak anak anak bersuka ria main air . 

Till next entri guys 💜💜


20 comments:

  1. Asalam..follow yang ke 16 ya..teruskan berbelog..kongsikan yang baru dan bermanfaat..

    ReplyDelete
  2. Wah menarik di resort tu..boleh mandi

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAA KANN , JANGAN KATA BEBUDAKK , MAKPAK BUDAK PON TAK INGAT DONIA MAIN AYAQ HEEE

      Delete
  3. Bestya main air. Terbayang dah kesejukan air tu. Pergi ramai-ramai lagilah seronok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TULAHH . RAMAI RAMAI TU MERIAH RASA . LAMAAA TAK BERKUMPUL CENTU KANN

      Delete
  4. Selamat beriadah dan beristeri rehat

    ReplyDelete
  5. Seronoknyaa......bestnya dapat mandi sungai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. asal nak anak anak enjoy ja . tapi dah sekali makpaknya pon sama naik haha

      Delete
  6. Asalam..terima kasih follow ya

    ReplyDelete
  7. Lama tak ke Kedah. Last jenjalan hari tu dengan kawan masa praktikal.Hu3.

    ReplyDelete
  8. Rindu nak pergi Kedah. Dulu masa belajar tak sempat pusing-pusing.

    ReplyDelete
  9. wah! seronok tul anak2 boleh mandi sungai. abe kie je blom picnic ke mana2 sejak boleh rentas negeri ni. pi jln2 ke mall je mampu setakat ini...

    P.S. dah follow blog cik idaa ye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAMI NAK P MALL TAKDAN LAGI HAHHAHA .. THANKYOUU FOLLOW ABEE :)

      Delete
  10. Best dpt jln2 mcm ni.
    Dan best juga kami yg boleh tumpang baca keseronokkannya tu.

    ReplyDelete