Wednesday 16 August 2023

Mulut Jahat Hati Baik ?

Assalamualaikum and selamat tengah malam semua . 

Hee maaflah . memang selalu tetangah malam macamni baru sempat nak menaip kat sini . 
Waktu bertenang dah jam jam segini haha . 

Tapiiiiiiiiii , sekarang jam 12.54am , tapi anak anak aku tiga tiga segar bugar lagi ehh mata . 
Tak paham akuu haha .

Baba depa night shift minggu ni , mama malas nak layan . 
Sukati hampa nak tido pukoi berapa janji tak hingaq tak bising . 
Yang sikecik ni rasanya sebab oversleep tadi sampai ke isyak , jadi waktu sekarang memasing segar lagi . 

Mama ? 

Aku nak kena tunggu bebudak ni lena dulu baru boleh lelap mata hahaha . 

Okayy that's not my point nak story harini mihmihmih . 

Macam hampa baca kat atas tajuk tu , ekceli aku macam terpanggil la nak taip serba sedikit 'pandangan' atau 'pendapat' aku soal ni . 

Orang selalu cakap macamni tau , " alah dia tu mulut ja jahat tapi hati dia baik.. " 

ahh gitu la bunyik lebih kurang . 

Pendapat aku yang tipikal , sebaiknya janganlah biasakan . 

Kalau kata orang tu kat mulut asyik keluar bahasa kasar , kesat , over , tak sedap didengar atau kurang baik disebut , please please please janganlahhhh hang mai cakap ngan aku yang diatu mulut ja jahat tapi hati baik . 

Ini serius tau . aku bukan nak cakap aku ni tak pernah nak sebut bebenda lagha atau perkataan perkataan yang tak elok disebut tu , takk . As a human , manusia biasa , aku pernah saja . 

Tambah waktu emosi , lagi lagi zaman zaman baru nak up dulu awal 20an . Even arwah tok yang jaga aku , tak suka and tak pernah ajar kami adik beradik sebut bebukan , jangan biasakan dimulut katanya , nanti terbiasa then kita terus normalisekan bendatu dalam kehidupan kita . 

Nope . Its not nice tau . 

Aku tak tahu kalah aku ni yang terlalu pandang serius bendani or what , tapiiii , atas sebab pengalaman jugak aku bercakap . 

Honestly , dulu awal awal remaja , habis sekolah la kira , melangkah ke alam pekerjaan . Time aku kenal sorang mamat ni , dia kat mulut memang selalu mencarut , kesatnya perkataan . Bodoh , sial , babi , bangang and etc tu kira kebiasaan yang aku akan dengar hari hari tambah tambah lagi waktu gaduh . 

Aku yang diajar berbahasa bercakap ngan orang , bila dah terlalu lama stay dengan orang macamtu , sekali aku dah terjebak bila bergaduh menyumpah orang itu ini macam dia selalu sebut . 

Lapan tahun weh aku hadap caci maki sumpah seranah , trust me aku realise masatu yang bila terbiasa dengan keadaan macamtu , hang takkan rasa diri hang baik dah . And jujur cakao hang akan anggap orang macamtu pon hati dia seiring dengan apa yang dia cakap . Takda maknanya mulut jahat hati baik . No ! 

Bila dah terbiasa dengan diri , susah nak ubah . Tipulah tak sedih tak menyesal . Lama aku amik masa ubah attitude , ubah semua , sebab terpengaruh ja awalnya . Fragile gila jiwa muda kita terpengaruh dengan benda negatif . 

Anddd , takkan nak cakap orang yang sibuk jaja perangai orang , umpat sana sini , as mulut ja jahat tapi hati dia baik . Choiiiiiiii !!!!

Maaflah , untuk aku , aku hindari orang begitu . 

Dah menua ni , aku hindari orang toxic . Mulut yang macamtu aku anggap mulut jahat . 

Aku bagi contoh eh . Hang tengah buat apa apa , tetiba hang dengaq orang dok bercakap kasar kasar guna perkataan yang tak sedap didengar , sebagai first impression hang , hang rasa orangtu hati dia baik tak ?

NO ! 
Red Flag !

Orang yang hatinya baik , mulut dia akan keluarkan kata kata perkataan yang baik saja . yang tak sakitkan hati orang sekeliling . Yang tak buat orang terasa . Yang buat orang selesa ngan dia  . 

Orang yang hatinya baik takkan tergamak nak lontarkan kata kesat bagai tu . Trust me , takkan . 

Kita sendiri bila berhadapan dengan orang yang macamtu , kita punya first impression pasal orang tu akan anggap ohhh baiknyaa dia niii . haa acentuu . 

Hee , maaflah , dah lewat malamni otakku jadi protes dengan statement tu . Tiber lalu kat wassap status aku tadi . Jadi terasa nak ulas . Nak luah pandangan aku . 

Aku tak cakap aku betul . Aku pon tak baik . 

Tapi tulahh , jangan laa normalisekn bendanii . 

Jangan normalise bila gaduh kena mencaci maki sesama sendiri .
Jangan normalise bila bergurau kena menyumpah seranah nak lawak sampai . 
Jangan normalise guna kata kata kesat bila selisih faham dengan orang . 

Tak baik . 

Aku tak baik . Aku nasihat sebab aku dah tua . Dah rasa perasaan jadik mulut jahat . Dah tau betapa benci orang bila dengar orang memaki hamun , guna worst word . 

Ah sudah , aku takmau melarut dah . Kang otak karang ayat tak benti hahaha . 

Aku just suarakan pendapat aku . 
No hate k ?

Mornite guys . 

Saturday 12 August 2023

Random update . Selamat Mengundi !

Assalamualaikum . Hai hampaa . ☺️

Macam dah lama tak karang blog hehe . 
Bukan sebab tak menyempat , tapi asyik bertangguh , sudahnya lupa . 
Then bila teringat , rasa takdak mood pulak nak menaip masatu haha . 
Well , untuk mak mak konon terpaling busy macam aku ni perlukan mood yang okay dan suasana yang tenang ya untuk update blog . 
Baru otak geliga sikit nak atur susun ayat ayat dalam nih haha . 

Dah masuk Ogos dah kan tahun 2023 ni . 
Cepat gila masa sekarang . Pejam celik ehhh tukar hari . Pejam celik ehh dah tukar minggu . Pejam celik lagi ehhhh dah tukar bulan dah . Phewwwww . 

Bulan merdeka ni . 
Ada anak sekolah si Yaya tu , mula lahh awal awal pesan mama baba dia belikan bendera , mintak buatkan crown la apa . Dia ingat mama dia pandai serba serbi semua benda hagaknya ehh , main request ja hahhahah .

Itupun sama jugak , pejam celik ehh dah anak dara budak tu . Darjah 1 dah dia . Dah pandai ringankan keja mama kat rumah tolong mama apa patut . Dah pandai mintak ajarkan dia masak . Dah pandai nak bergaya . Dah pandai nak cantik . Siap mintak aku ajar dia mekap lagi wehhh , advanceeee anakkk aku nyahh 😂😂. 

Itu kakak , yang si Aisya , masuk 3 tahun lebih ni , makin pandaii lancar bercakap . Makin hari makin panjang ayat dia karang nak bercerita la apa kat mama baba . Dengan mimik mimik muka sekali , ishh comellll . 

Si Alisa , 8 bulan dah dia weh . Sat ja masa . Macam dok terasa lagi sakit tanggung contraction nak beranakkan dia . Ehh dah boleh merangkak merata laju laju ikut kemana ja langkah mama . ishhh , betullah orang cakap , masa dengan anak anak ni sebenarnya singkat ja . Betullah tu . 

masani gigih si Aisya ajak amik gambar . aku layankan ja since memang jarang dah sekarang nak amik gambar sekali macamni . Nak keluar masani, semangat betull pakai mask sampai taknak bukak dulu . 

nihaa si kecik Alisa , macam tak percaya dah lapan bulan dah dia . cepatnya lahaii besar anak anak mama . 

aku obses dengan anak anak sendiri , acii kan ? haha . 


Ehh , aku post ni dah pagi buta . 
Pukul 1 pagi lebih , anak anak dah diulit mimpi semua , aku baru siap mendobi . 
Itu yang mengarang pasal anak anak . 
Mak mak punya simptom jugaklah ni , anak celik mata keja nak menyinga ja garang garang . Bila anak dah lena sunyi sepi alahaii rindu pulakkk hehee . 

Yerr , aku mendobi memalam . Mengemas pon memalam . 
Siang tu takda maknanya nak mengemas mendobi bagai . Si Alisa Aisya tu asyik mengikut ja mana mama ulang alik buat keja .  Satu lagi kemas siang kang , cepat ja sepahnya . Tak boleh ya , nanti mak stress . 
Jadik segala kerja selesaikan waktu anak anak dah lena . 
Soooooo tenanggggggg . 
Mama siap boleh healing baca blog hampa sesambil hirup cuppocino lagi haa . Surrrrrrrrrr . 

Ehh , hampa kena mengundi dak tu ? 

Nak mengundi dah satgi ni , jangan lupa jalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi tau . 
Kita pilih pemimpin yang elok untuk negari dan negara kita jugak . 

Aku nak kena balik Sik . Mengundi sana . 
Yang shuben aku kena balik kampung dia kat Alor Setar . 

Kadang rasa menyesal tak tukar alamat IC . Hahahhah . 
Jenuh nak kehulu kehilir kang . Naseb baik lakibini orang Kedah jugak . Lain daerah ja . Itupon rasa macam nak jadik kelam kabut dah satgi rasa . 
Takpalaa , harung jelah . Bukan selalu hahhahahha . 
Harap harap budak bertiga tu tak buat perangailahh . 

Sampai sini dulu k story kalini . Aku nak kena rest . 
Kang nak bangun awal . Laki aku dah berkobar nak mengundi . Padahal esok pagi kang baru habis keja . Semangat betul dia ! 

Untuk yang baca entri ni , yang kena mengundi , Selamat mengundi k ! 

psss , undi apatuuu ? 😉😉ðŸĪŠ