Sunday 5 December 2021

Tanggungjawab sebagai Manusia

Assalamualaikum , hai hampaaa. 

Tajuk tak menahan nau rasa haha . 
Okay okay sorry , topik serius aku nak bebel harini . 

Ekceli nak story pasal apa yang jadi petang kelmarin kat bengkel . 

Masatu dah nak tutup dahpon bengkel . Bos takdak seharian sebab cuti bawak wife dia balik kampung kat Ipoh sana . So dari pagi dia asyiklah dok pesan suruh mlnitor bengkel , tengok staff sama apa bagai .

Aku masatu dah habis keja dah pon . Sebab dah siap tutup office , punchcard balik pon dah . So sementara tunggu laki aku amik aku balik , aku tunggu jelah dia kat bengkel macam biasa sambil borak borak kosong perati pomen buat keja . Lagipon masa depa balik pon dah dekat . Oh hat pelik pasaipa kami tak balik waktu sama tu , ekceli aku balik awal setengah jam dari waktu depa habis keja . Aku punya puntual balik pukoi 6.30 petang , pomen semua pukoi 7.00 malam . 

Alahhh kira tak lama pon laa masatu dok sembang sembang kat situ , kebetulan kelmarin laki aku Overtime sejam settle keja dia , jadi aku tunggu jelahh sampai dia mai . 

Dalam pukoi 6.55 petang centu , tengah ralit sembang ngan supervisor pomen melawak apa bagai , aku dari tempat aku berdiri tu boleh nampak bapak bos (aku panggil Uncle) ,tengah tongkat moto kat luar bengkel , 2 orang pomen dah meluru p kat dia , panik masing masing . Dengan ada sebijik keta kat depan benti masatu . Tepi jalan besaq kan , hang expect aku pikiaq apa jadi ? Masatu aku rasa macam ehh Uncle accident ka ni , sebab pomen dah papah Uncle masuk bengkel balik . Aku meluru p nak tengok , dia okay tapi sekali aku tengok kaki dia , Allahhh , terkoyak dengan darah merambuu keluaq tak benti . Siap nampak isi dalam dah . Aku dah risau sebab dia orang tua kan , Boss tadak pulak . 

Dalam luka luka tu pon dia gagah jugaklaa nak jalan sendiri . Takmau susahkan orang ,sebab aku tau , baik bos aku menurun perangai bapak dia la , sukaa memudahkan orang . Aku papah dia masuk kawasan bengkel balik , bagi dia duduk atas kerusi . And guess what , supervisor pomen hat aku sembang tadi baru perasan apa jadi . Tupon sebab sorang budak pomen p keloi dia dalam kereta hat dia repair bagitau apa jadi . Dia tengah sibuk pasang dashboard keta tu balik sebab esoknyaa keta tu nak keluaq dah . 

Supervisor dah meluru kat keta dia amik first aid , aku cuci ja darah luka hat ada kat situ . Masatu jugak aku perasan laki aku sampai . Tapi aku pedulikan ja sebab nak cuci luka Uncle ni . Kuat tau Uncle ni , setitik air mata dia pon tak meleleh . Padahal kaki dah koyak nampak isi dalam dah . Aku yang cuci pon sadis tengok luka dia . Bila supervisor tadi nak bawak dia p klinik , dia boleh cakap nak pegi sendiri . Ya Allah , sabaq jalaa hahhaha . 

Pujuk punya pujuk , baru dia mau p ngan supervisor tu . Sempat dia huloq kunci autogate kat aku suruh tutup bengkel haha haihh . 

Tuu punya panjang cerita , mesti dok tertanya tanya sebenaqnya apa jadi kan ? 

Sebenaqnya , bengkel aku kan tepi jalan besaq . Semalam masa jadi tu , pagaq utama bengkel belah kanan dah tutup pon . Kira memang target si supervisor tadi ni habis siap pasang dashboard keta yang dia buat , terus pakat balik la . 

Tapi dah nak jadi , masatu ada keta sebijik tetiba mati betui betui luaq bengkel . Uncle nampak . Dia yang tengah naik moto masatu p la nak tengok kenapa dengan keta tu . Dia parking moto belakang keta tu , dia turun . Masa dia turun moto , ada sebijik basikal roda 3 bawak besi panjang banyak banyak lawan arah . Selisih dengan Uncle , masa selisih tu , mungkin dia ingat lepas , besi dia bawak takkan kena Uncle tapi terkena jugakk . Besi dia macam jatuh centu , terkena kaki Uncle , tu yang terkoyak gitu kaki dia . 

Sepatutnya , kat sini nak selit moral sikit , kalau dah tau hang lukakan orang , hang berenti , kalaupon tak boleh tolong , hang patah balik minta maaf pon okay what . Kira ada lagi la nilai kemanusiaan yang hang tunjuk . Ni dak , lepas hang buat orang tua tu jadi centu , hang lari , hang tak rasa bersalah ka ? Tak rasa ka macam tadak tanggungjawab nak betoikan kesilapan ? Hang lari hang takot apa ? Ayooooo . 

Pomen pomen aku memang takdan nak ligan dia semalam . Semua pakai risau kat Uncle tu . Semua pakat tumpu kat Uncle . So pelaku amik peluang lari hilangkan diri . Bagus sangat eh perangai manusia macamni . Serius aku takleh nak brain . Nak marah geram tapi tulahh , jenis Uncle , dia kata takpala , biarkan . 

Boleh dak kalau jadi sesuatu benda , belajaq ada rasa tanggungjawab dalam diri nak betulkan keadaan , nak betoikan kesilapan . Hang mintak maaf pon , orang dah lega . Takdaknya dia nak paksa hang bayaq kos jahitan apa bagai haa   . 

Entahlah hampa , rasa macam orang sekarang makin kurang empati dalam diri . Tak rasa kesian kat orang tua . Entahlahh . 

Sudahnya , Uncle dapat 19 jahitan . Harini masuk office , sekali pon tak nampak Uncle . Rehatlaaa Uncle . Moga cepat sembuh okay ? 

9 comments:

  1. alahai kesiannya uncle. semoga cepat sembuh

    ReplyDelete
  2. sian uncle tu, dh report polis ke? kedai tu xde cctv erk?

    ReplyDelete
  3. Pernah ada pengalaman yang sama, cuma situasi agak berbeza.. kemalangan melibatkan bawahan semasa kerja dulu..C pelaku akan berfikir untuk melarikan diri sebab perasaan takut akan menguasainya.. Mujur mangsa dapat diselamatkan. Memang mengerikan juga la pengalaman mcm tu.

    ReplyDelete
  4. saya pun terfikir apa tanggung jawab saya pula hehehe

    ReplyDelete
  5. Innalillahiwainnailayhirojiuun.
    Baca pun dah rasa nyilu.
    GWS Uncle.

    ReplyDelete
  6. Allahu.. semoga cepat sembuh ya Uncle. Tak tau nak cakap macamana orang jenis tak bertanggungjawab nie.. geram..

    ReplyDelete
  7. smoga dipermudahkan segala urusan.. amin..

    ReplyDelete