Tuesday 22 November 2022

Debaran Menanti Keputusan Kerajaan Baru

Assalamualaikum haii hampa . 

Depan TV lagi ka ? Mana tau setia berkampung depan TV semata nak tunggu keputusan rasmi sapa sebenarnya nak jadi Perdana Menteri kita ke 10 . 

Aku dari hari mengundi asyik laa dok tertunggu tunggu . 
Dari habeh masa mengundi tu sampai dekat pukoi 5 pagi aku dok congok jaga scroll fon . 

Esoknya bangun scroll lagi . 
pastu asyik tunda tunda tunda . i is frust dah . 

Rasanya mengundi kalini palingggg lama nak tunggu keputusan . 
Macam payah benau nak sepakat semua parti hat bertanding . 

Sejujurnya , boleh nampak keadaan jadi macam ni sebab kita sendiri berpecah belah . 
Bukan nak kata , tapi hakikatnya macamtu . 
Gaya masing masing macam tak boleh nak bersatu bentuk kerajaan pon . 
Sudahnya dah bertangguh berhari hari macamni . 
Agong sendiri pon mesti nak adil dan beri yang terbaik untuk rakyat dia . 

Entahlahh guys  .
Mampu doa ja biar cepar berakhir semua ni . 
Penantian satu penyiksaan tu benar ya haha . 

Marilah kita doa agar Malaysia kita ni dipimpin oleh kerajaan yang sayangkan rakyat . ikhlas , jujur amanah dan sentiasa jaga kebajikan rakyat . 
Tahun depan tahun perit untuk kita semua . jadi kita sangat perlukan pemimpin bersemangat juang nak berjuang pertahan ekonomi dan nasib rakyat . 

Kita tunggu malamni pulak la noh . 

Saturday 19 November 2022

Selamat Mengundi guys !

Assalamualaikum guys . 

Harini hari mengundi satu Malaysia . 
setakat pukoi 2 petang ni , semua okay ka tu ? haha . 

Dari semalam , setiap pelusuk jalan jem ja . 
Masuk celah bedah jalan mana pon sama . takdak tempat tak jem . jalan yang tak pernah jem pon jadi jem . meriah jugak eh mengundi kalini . 

Aku even dah 28 tahun , masuk kalini kira baru first time nak mengundi sepatutnya . 
Tapi tula , rasanya tak menyempat lagi nak mengundi kalini . 
Tengah sarat mengandung . jalan pon mengah mengah dah . 
Pulak husband mengundi tempat lain , aku tempat lain . hmm so kira halallah Malaysia dah rugi 1 undi dari aku eh . huhu . 

Nak taknak tunggu 5 tahun akan datang pulak nak mengundi pon . 
Itu pon kalau panjang umur lagi . 

So , hari orang busy keluaq mengundi , aku kat rumah ja berehat jaga anak anak . 
Sarat sarat ni nak turun tangga flat g kedai pon sis tak berdaya guys . 
Malaih nak turun naik walau duduk tingkat 2 ja haha . manja benau . 

Husband tengahhari dah start motor balik kampung dia . 
Semangat dia lain maciam sikit mengundi kalini . 
Boleh kata dalam seminggu ni , dia asyikk dok dengaq video video politikk ja . aku pulak yang serabut dengaq video orang kempen ni kenkadang hahahah . 
Tappala suami , moga selamat pegi balik . 
Dah mengundi nanti claim Tealive bagi saya , saya teringin . muahahaha 
 
Ini kalau aku join mengundi harini , aku nak kena balik Sik , dia nak kena balik Alor Setar . naik moto pulak tu . usung si Aisya ngan Tiha , dengan sarat baby dalam perut aku lagi , haih , tak daya la rasa . 

So mintak maap la Malaysia . 
Nanti ada rezeki aku ngundi yaaa . 
Aku doa biarlah kerajaan yang bebetul layak memimpin Malaysia kalini . 2023 dah la zaman ekonomi jatuh, tak dapat nak bayang keadaan pon macammana struggle kita semua masatu . 

Moga Allah perkenan setiap doa kita semua nakkan pemimpin terbaik . aminnnn . 

Eh hampa , dah mengundi kan ?
Undi apa tuuuu ? hehe