Harini hari mengundi satu Malaysia .
setakat pukoi 2 petang ni , semua okay ka tu ? haha .
Dari semalam , setiap pelusuk jalan jem ja .
Masuk celah bedah jalan mana pon sama . takdak tempat tak jem . jalan yang tak pernah jem pon jadi jem . meriah jugak eh mengundi kalini .
Aku even dah 28 tahun , masuk kalini kira baru first time nak mengundi sepatutnya .
Tapi tula , rasanya tak menyempat lagi nak mengundi kalini .
Tengah sarat mengandung . jalan pon mengah mengah dah .
Pulak husband mengundi tempat lain , aku tempat lain . hmm so kira halallah Malaysia dah rugi 1 undi dari aku eh . huhu .
Nak taknak tunggu 5 tahun akan datang pulak nak mengundi pon .
Itu pon kalau panjang umur lagi .
So , hari orang busy keluaq mengundi , aku kat rumah ja berehat jaga anak anak .
Sarat sarat ni nak turun tangga flat g kedai pon sis tak berdaya guys .
Malaih nak turun naik walau duduk tingkat 2 ja haha . manja benau .
Husband tengahhari dah start motor balik kampung dia .
Semangat dia lain maciam sikit mengundi kalini .
Boleh kata dalam seminggu ni , dia asyikk dok dengaq video video politikk ja . aku pulak yang serabut dengaq video orang kempen ni kenkadang hahahah .
Tappala suami , moga selamat pegi balik .
Dah mengundi nanti claim Tealive bagi saya , saya teringin . muahahaha
Ini kalau aku join mengundi harini , aku nak kena balik Sik , dia nak kena balik Alor Setar . naik moto pulak tu . usung si Aisya ngan Tiha , dengan sarat baby dalam perut aku lagi , haih , tak daya la rasa .
So mintak maap la Malaysia .
Nanti ada rezeki aku ngundi yaaa .
Aku doa biarlah kerajaan yang bebetul layak memimpin Malaysia kalini . 2023 dah la zaman ekonomi jatuh, tak dapat nak bayang keadaan pon macammana struggle kita semua masatu .
Moga Allah perkenan setiap doa kita semua nakkan pemimpin terbaik . aminnnn .
Eh hampa , dah mengundi kan ?
Undi apa tuuuu ? hehe
Selamat memangkah
ReplyDeleteBuatlah pangkahan bijak