Saturday 12 August 2023

Random update . Selamat Mengundi !

Assalamualaikum . Hai hampaa . ☺️

Macam dah lama tak karang blog hehe . 
Bukan sebab tak menyempat , tapi asyik bertangguh , sudahnya lupa . 
Then bila teringat , rasa takdak mood pulak nak menaip masatu haha . 
Well , untuk mak mak konon terpaling busy macam aku ni perlukan mood yang okay dan suasana yang tenang ya untuk update blog . 
Baru otak geliga sikit nak atur susun ayat ayat dalam nih haha . 

Dah masuk Ogos dah kan tahun 2023 ni . 
Cepat gila masa sekarang . Pejam celik ehhh tukar hari . Pejam celik ehh dah tukar minggu . Pejam celik lagi ehhhh dah tukar bulan dah . Phewwwww . 

Bulan merdeka ni . 
Ada anak sekolah si Yaya tu , mula lahh awal awal pesan mama baba dia belikan bendera , mintak buatkan crown la apa . Dia ingat mama dia pandai serba serbi semua benda hagaknya ehh , main request ja hahhahah .

Itupun sama jugak , pejam celik ehh dah anak dara budak tu . Darjah 1 dah dia . Dah pandai ringankan keja mama kat rumah tolong mama apa patut . Dah pandai mintak ajarkan dia masak . Dah pandai nak bergaya . Dah pandai nak cantik . Siap mintak aku ajar dia mekap lagi wehhh , advanceeee anakkk aku nyahh πŸ˜‚πŸ˜‚. 

Itu kakak , yang si Aisya , masuk 3 tahun lebih ni , makin pandaii lancar bercakap . Makin hari makin panjang ayat dia karang nak bercerita la apa kat mama baba . Dengan mimik mimik muka sekali , ishh comellll . 

Si Alisa , 8 bulan dah dia weh . Sat ja masa . Macam dok terasa lagi sakit tanggung contraction nak beranakkan dia . Ehh dah boleh merangkak merata laju laju ikut kemana ja langkah mama . ishhh , betullah orang cakap , masa dengan anak anak ni sebenarnya singkat ja . Betullah tu . 

masani gigih si Aisya ajak amik gambar . aku layankan ja since memang jarang dah sekarang nak amik gambar sekali macamni . Nak keluar masani, semangat betull pakai mask sampai taknak bukak dulu . 

nihaa si kecik Alisa , macam tak percaya dah lapan bulan dah dia . cepatnya lahaii besar anak anak mama . 

aku obses dengan anak anak sendiri , acii kan ? haha . 


Ehh , aku post ni dah pagi buta . 
Pukul 1 pagi lebih , anak anak dah diulit mimpi semua , aku baru siap mendobi . 
Itu yang mengarang pasal anak anak . 
Mak mak punya simptom jugaklah ni , anak celik mata keja nak menyinga ja garang garang . Bila anak dah lena sunyi sepi alahaii rindu pulakkk hehee . 

Yerr , aku mendobi memalam . Mengemas pon memalam . 
Siang tu takda maknanya nak mengemas mendobi bagai . Si Alisa Aisya tu asyik mengikut ja mana mama ulang alik buat keja .  Satu lagi kemas siang kang , cepat ja sepahnya . Tak boleh ya , nanti mak stress . 
Jadik segala kerja selesaikan waktu anak anak dah lena . 
Soooooo tenanggggggg . 
Mama siap boleh healing baca blog hampa sesambil hirup cuppocino lagi haa . Surrrrrrrrrr . 

Ehh , hampa kena mengundi dak tu ? 

Nak mengundi dah satgi ni , jangan lupa jalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi tau . 
Kita pilih pemimpin yang elok untuk negari dan negara kita jugak . 

Aku nak kena balik Sik . Mengundi sana . 
Yang shuben aku kena balik kampung dia kat Alor Setar . 

Kadang rasa menyesal tak tukar alamat IC . Hahahhah . 
Jenuh nak kehulu kehilir kang . Naseb baik lakibini orang Kedah jugak . Lain daerah ja . Itupon rasa macam nak jadik kelam kabut dah satgi rasa . 
Takpalaa , harung jelah . Bukan selalu hahhahahha . 
Harap harap budak bertiga tu tak buat perangailahh . 

Sampai sini dulu k story kalini . Aku nak kena rest . 
Kang nak bangun awal . Laki aku dah berkobar nak mengundi . Padahal esok pagi kang baru habis keja . Semangat betul dia ! 

Untuk yang baca entri ni , yang kena mengundi , Selamat mengundi k ! 

psss , undi apatuuu ? πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ€ͺ

1 comment: