Hai hampaa . Assalamualaikumm .
Entri kalini nak story pasal short vacay ke Peneng . Sempena hari lahir aku 25 november haritu .
Planning ekceli dalam 2 minggu sebelum tu tak silap . Aku bebuat tanya kat laki aku , ' boleh tak masa birthday saya nanti saya nak jenjalan ? ' macam biasa laki aku punya jawapan , as suami yang tak pernah hampakan permintaan isteri dia , dia lajuu angguk cakap boleh tanpa was was . Lebar senyum aku masatu tauu hahahah .
Masatu still aku tak amik serius lagi . Sebab 25 November tahun ni jatuh hari khamis which is hari aku ngan laki aku kerja . So aku macam hmm takpala . Jenjalan esoktu jelah , sebab kami dua cuti hari jumaat ja .
Esoknya , laki aku tanya , ' nak pergi mana birthday awak nanti ? ' . Aku macam ' ehh awakkan keja . Saya pon keja . Mana boleh saya cuti . Nanti bos bising pulak .'
Laki aku cakap dia nak amik cuti . Aku memang sah sah tak boleh laa nak amik satu hari cuti terus . Tapi still aku plan nak berjalan jugak 25 November tu . So terus book hotel kat Feringgi . Book 2 bilik sebab nak bawak adik ipar aku yang kembar tu sekali . Before that of course la aku tanya depa dulu . Then masa tarikh tu depa tak sekolah lagi sebab dapat Kumpulan B masuk sekolah , maka jomlahhh haha .
To be short , dalam 3 hari sebelum 25 November tu , aku search banyak tempat best area Georgetown . So why not aku terus book hotel area Georgetown ja kan ? Then apalagi , laju ja aku cancel book hotel kat feringgi tu , book hotel area Georgetown pulak . Ohh , aku book without payment la sebab pilih untuk pay kat hotel masa check in . And selalunya aku book kat Oyo Hotel ja setiap kali nak check in memana sebab tau semua murah murah dan affordable .
Petang tu , boss cakap dia nak cuti dua hari . Mintak aku jaga dan tengokkan office sebab dia nak balik Ipoh kampung wife dia . Maknanya dia cuti hari Rabu dan Khamis . Ahhh sudahhh , aku nak cuti Khamis ni . Aduhaii .
Masa bos cakap tu terus spontan aku cakap aku nak halfday Khamis tu . Bos aku pulak masatu terus cakap ' haa okaylaa . Janji you ada masuk office tengok tengokkan staff kejab .' Fuhhh alhamdulillahhhh .
So , hari yang ditunggu tiba hhahaha .
Aku masuk halfday Khamis 25 November tu . Dari pukul 10 pagi sampai 1 petang .
Laki aku memang dah cuti haritu . Dia settlekan barang barang aku packing malam sebelumnya tu masuk keta . Ambil adik adik ipar aku tu kat rumah mak mertua aku , ambil si Fatihah balik sekolah balik tukar baju apa bagai , ambil Aisya kat rumah pengasuh , then terus ambik aku kat bengkel tepat pukoi 1 petang hahahha . Bagus betull .
So sebelum pegi Peneng , isi perut makan kat tempat mak mertua aku kerja area bengkel aku tu . Lepas makan terus gerak pergi Georgetown nak check in dulu .
Dalam pukoi 3 petang jugaklaa check in , rehat kejab , pukoi 5 terus keluar meronda keliling Peneng setakat boleh hahahha .
Sampai malam jugaklaaa . Balik hotel dalam pukul 10 malam lebih tu , makan sikit , terus lenaa .
Pagi esoknya checkout pukoi 11 pagi kot , singgah beberapa tempat jugak usha view ,makan makan , dalam pukoi 2 petang , gerak balik Kedah balik .
Puas hati boleh meronda macamtu lepas berapa lamaa tak meronda sebab PKP kann. Seronok anak anak boleh jenjalan . Alhamdulillahh boleh happykan anak anak jugak . Walaupun birthday mama , tapi buat anak anak happy , tu hadiah paling tak boleh mama lupa sampai bila bila . Agitewww cipta kenangan haha .
Tak habis lagi berjalan . Gerak balik Kedah lajak pergi Pantai Merdeka singgah. Tengok pantai , tapi sayangg gila masa kami sampai hujan pulak renyai renyai . Tak boleh nak amik gambar tepi pantai la apa . Takpala. Makan jelahh kat situ kejab sebelum nak gerak balik Pendang kan .
Before balik , since tak banyak gambar sangat , amiklahh gambar kat sini buat kenangan jugak . Anak anak masani dah letih sangat dah . Penat . Fatihah sampai dah muntah dalam kereta . So jomlahh balik ke sarang balik ahhahah . Sebab esoknya Sabtu aku ngan laki aku dah mula keja macam biasa balik .
Penat memang penat tapi puas !
Bukan senang nak freekan masa , amik time bonding dengan anak anak , happykan depa bawak jenjalan . Selalu mama baba depa balik keja , hadap rutin sama ja . Ada kat rumah dah malam . Keluaq pergi keja pagi , balik ja dah nak gelap .
Paling utama , thankyou kat laki sendiri la sebab sudi bawak anak anak jenjalan . Layankan permintaan bini nak vacay . Layankan bini nak kesana kesini . Dah la dia ja yang drive , Itupon kalau nak tau sampai ja Pendang lepas hantaq adik adik ipar aku balik umah mak mertua kat Kota Sarang Semut , aku merap laki aku jenjalan keliling Alor Setar pulak hahaha . Balik rumah dekat pukul 12 malam lebih jugaklaa . Esoknya keja . Tapi tak merungut pon lahai laki aku .
I loveyouu suami 💜
Terima kasih hehe .
Okay dahlaa takat ni . Penat dah nak taip haha . Panjang panjang sangat kang bukan hampa nak baca pon heheheh .
oo pantai merdeka tu wak dh smpi, dekat dgn Tanjung dawai kannn.. mcm dlm lagu tuuh 😅😅
ReplyDeletehhahaah yaa wakk . dekat dengan tanjung dawaii . dah sampai makan kat tanjung dawai ka belum ? hehe
DeleteYa Allah sakan betul berjalan. Kaki tidak penat ke? Hehe harijadi awak sama dengan abah saya tapi sambut hari ini.
ReplyDeleteehh yekaa ? wish happy belated birthday kat abah awak k ?
DeleteHepi birthday, semoga diberkati...
ReplyDeleteSeronok ronda tuuuu....
thankyouu unclee . seronok laa sebab dah lamaa tak meronda cenni hahahah
DeleteHappy Birthday Cikdaa. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.
ReplyDeletethankyouu <3 aminn aminn
DeleteHappy belated bthday dik..seronoknye ronda2 utara.
ReplyDeleteorang utara siss haha . thankyouuu <3
Deletecuci mata ronda ronda pun dah cukup seronok kan
ReplyDeleteTulahh tuuu . bosan dah terperuk lama PKP rituu hehe
Deletebest pergi jenjalan
ReplyDelete