Tuesday 23 November 2021

Penat + Sedih 😞🙁

Haii assalamualaikum hampaa . 

Well , harini rasa macam nak menulis sebab rasa macam penatt sangat sepanjang harini setakat sekarang . 

Pagi tadi bangun and macam biasa rutin mak mak siapkan si Yaya pegi Tabika . Then terus hantar si Aisya ke Pengasuh and terus direct datang office . 

Tak sempat nak menyinggah beli breakfast . Its okay ekceli sebab aku selalu jugak tak breakfast . So okay jelah . 

Then masuk office macam biasa , tetiba rasa macam nak mengemas office . Since aku rasa dah lama tak mengemas office yang dah jadi macam store ni , maka aku pon start la kemas . 

Last month banjir office ni masuk air . So tadi aku masukkan ja barang2 dalam storage box . Im case kalau banjir lagi tak la aku penat sangat nak mengemas apa yang patut . Sebab haritu banjir aku sorang jaa yang mengemas . Maklumlahh , kat bengkel ni aku sorang ja staff perempuan . Aku sorang ja duduk dalam office . 

Dah mengemas sangat sampai clear office , penat tulaaaa hahahah . Dari mula masuk sampai dekat pukoi 5 petang , tak duduk lansung depan komputer . Sat sat ja lari bukak invoice sat . Pastu sambung balik . 


Dalam pukoi 3 lebih macamtu , ladyboss chat marah marah sebab aku terlupa inform dia dengan bigboss pasal claim J&T . Berbakul jugaklahh kena bebel . Selama kerja dekat sini hampir dua tahun , jarang nau kena bebel . Harini kena rasa sedih pulak hahahhaha . 

Ntahlaa hampa . Sometime kan , rasa macam dah bagi all my best dah kat company . Tapi macam tak dihargai . Sometime jelahh rasa macamtu . Ekceli okay ja haa . Boss baik , selalu tolong bila ada problem , selalu faham keadaan staff . Cuma tulahh . Bila ada boss perempuan which is wife bigboss tu , ofcourse la dia cerewet nau nau hahahha . Tapi still dia okay . 

Harini punya problem tu salah aku ekceli . Memang betul betul lupa inform bos balik . Sebab selalunya bos mesti double check setiap call and chat yang masuk dalam fon office , sebab ada ja chat hat aku tak reti nak jawab , aku tinggal ja bagi boss yang reply . And aku rasa , bigboss aku tu pon lupaa nak inform wife dia pasal claim tu . So at last memang aku jelah kena hahahhaha . Dah nama pon staff . Haihh . 




Alaaa . Sedih sikit jaa . Mengada ja lebih ni . Naseb baik boss dengan ladybos aku tu naikkan gaji aku sikit bulan ni hahaha . Terubat hati haa . 

Pandaii ehh amik hati aku masing masing hahahahahah . 




So tu jelah entri harini . Nak meluah perasaan ja . Penat mengemas office dengan store tak habis lagini . Bernanah telinga kena bebel pon tak surut lagi hahahaha . 

Its okay . Lepasni kena hati hati buat keja okay NH ! Jangan nak buat keja laju sangat sampai lupa benda benda penting macam tadi haha . 

Kira okay la bigboss still okay ja . Dia biar wife dia ja bebelkan aku . Kalau dia join bebel aku sekali tadi , mau aku balik terus tadi merajuk hahaha . 

My bad . Sapa ja tak pernah buat salah . Just belajar dari pengalaman . Jadikan pengajaran . 

Claim tu untuk barang yang nilai dia beribu hoi . Boss mana yang tak marahh 😂😅😅 . Tulaa , careless betoi seketoi NH ni kan ? 

Okay bye ! 

6 comments:

  1. Wak kerja tak pernah kena bebel, sebab kerja sendiri
    kadang2 bebel sendiri adalah

    ReplyDelete
  2. bila rasa penat sgt, ayu suka hiburkan/ reward diri sendiri..emm..mcm beli choc or coffee. or grande..shopping something new utk diri sendiri. utk kasi kita happy. normal la manusia buat salah sesekali, jgn blame diri sendiri sgt key. kena rehatkan badan & rehatkan otak jugaks... ok. caiyok caiyok!!!

    ReplyDelete
  3. Tak pe... sedih sekejap je tau. Jangan lama-lama. Lepas tu happy kan diri balik.

    ReplyDelete
  4. Takpelah buat ingatan supaya jangan lupa lain kali. Takpe lama-lama akan dilupakan.

    ReplyDelete
  5. dalam byk2 hari mmg ada hari yg kita penat sgt, so have a good rest ya

    ReplyDelete