Kadang kadang , apa yang palingg kau harapkan terjadi dalam hidup kau , benda tu takkan jadi ..
Kau nak sempurna ? Takkan ada yang sempurna kat dunia ..
Kau nak orang hargai kau ? Kau ingat orang boleh sayangkan kau macam kau sayangkan dia ?
Kau nak semua benda lancar sempurna macam apa yang kau impikan ? Kau rasa kau berbaloi dapatkan kesempurnaan tu ?
Hidup ni sakit .
Tak pernah indah .
Kalau indah sekalipon takkan selamanya indah ..
Hidup ni perit ..
Tak pernah adil ..
Kau aturkan sebaik manapon kisah hidup kau , tetap akan ada onak duri kau kena tempuh ..
Kau boleh tempuh rasa sakit ?
Kau boleh ketepikan rasa terabai ?
Kau boleh pejam mata telan semua rasa pahit ?
Akan ada satu masa kau akan rasa sangatt tersisih .
Akan ada satu tahap kau rasa mungkin kau tak mampu bertahan .
Akan ada satu masa kau persoalkan kenapa begitu kenapa begini .
Akan ada satu benda yang akan buat kau sedar yang kau takkan selamanya mampu sabar .
Akan ada satu masa ,kau nak menjauh dari semua untuk lupakan segalanya .
Cuba untuk mulakan sesuatu yang baru .
Buang segala yang sesakkan dada kau . Hapus semua yang sakitkan hati kau .
Sakitt . Payah . Perit ..
Kalau kau simpan lama lama apa yang kau pendam , sakit tu lagiii dalam . Takut nanti kau tak mampu nak tahan .
Kalau kau tahan apa yang selama ini buat kau selalu makan hati takut nanti hati kau sendiri patah . Takut nanti hati kau sendiri berdarah .
Percayalah untuk setakat ini , hati kau dah cukup kebal untuk segala rasa sakit yang bakal kau rasa .
Sebab apa ?
Sebab kau dah terlalu biasa menghadap benda yang sama berulang kali sehinggakan kau lupa macammana pedih perit rasa sakit tu .
Allah .
No comments:
Post a Comment