Day 6 of kuarantin covid-19 .
Punyalaaa gigit jari duduk rumah taktahu nak buat apa dah .
Makan tidoq makan tidoq ja .
Janganlah tegoq aku mengkalau jumpa aku dah rupa ikan buntal nanti . Hahaha .
Tadi aku scroll IG .
Terjumpa kawan aku buat post how nak handle kawan or member toxic ..
Aku macam terus dapat idea nak update blog . Hahahha .
Member toxic ?
Aku nak kata ada pengalaman handle toxic people ni macam aku sendiri pon tak pasti .
Sebab toxic people ni bersepah .
Kau perasan atau tak ja .
So kalau nak tanya aku , aku just boleh bagi pendapat sendiri ja .
Kalau aku , aku tak suka putuskan terus hubungan ngan member hat toxic tu .
Cuma apa aku buat , aku akan cuba jauhkan diri dari dia . Bukan tak berkawan dengan dia , tapi cuba untuk tak kongsi apa apa dengan dia .
Tak kerap hangout sekali , tak bagi dia kepercayaan .
Tak anggap dia as orang yang penting atau bagi dia rasa yang dia tu penting pada kau .
Just anggap dia macam kawan lain . Yang biasa biasa .
Mungkin someday dia akan perasan yang kau jauhkan diri dari dia .
Tapi bila kau pandai bagi alasan , dia akan faham sendiri at last .
Atau mungkin dia akan tahu yang kau taknak rapat dengan dia and kalau boleh jangan serba salah . Biarkan sahaja .
Kalau dia tetiba nak meroyan atau burukkan kau belakang kau , jangan dilayan .
Macam aku kata , kau biar sampai dia tahu senyap sendiri .
Sampai at last dia pon rasa kau bukan sesiapa pada dia .
Kalau selisih tegur macam biasa and its end up macam tu ja . Tak kurang and tak lebih .
As simple like that .
Bagi aku , kawan toxic ni merata kau boleh nampak .
Dah macam sampah .
Bila dia rasa dia perlukan bantuan kau , dia punya baik tu hanya Allah yang tahu .
Bila kau dah tolong , sometime ada masa dia burukkan kau , create cerita cerita yang tak best pasal kau .
Pendek kata , dia taknak kau lebih dari dia .
Ada eh kawan jenis macam ni .
Hat depan perangai lain , belakang kau lain pulak .
Bersepah ya jenis macam ni zaman sekarang ni .
Orang macam ni , lagi kau melayan , lagi kau menggila .
Lagi kau berlawan kata ngan dia , lagi dia menjadi .
Lagi kau menjeling kat dia , lagi dia mengata .
So jangan layan .
Atau kau mungkin jenis taknak keruhkan keadaan atau hubungan yang sedia ada sekarang ni .
Yang balik balik nanti kau kena makan hati .
Pendam . Sampai tak mampu tahan .
Sampai kenkadang nak tegur rasa serba salah . Tak kuat tak mampu .
Taknak hilang kawan ka .
Tapi dalam hati meluap luap amarah dengan perangai dia yang melampau .
Satu ja aku nak tanya , kau nak tahan sampai bila ?
Better kau yang jauhkan diri . Senang .
Sekurangnya kau jauhkan diri tanpa burukkan dia .
Apapon yang dia nak buat , kau biarkan .
Percayalah , tak mati pon kalau setakat kau hilang sorang sampah camtu kat dunia ni .
Tak luak mana pon .
Paling tidak , kau legakan hati kau .
Jangan simpan jangan pendam .
Kang kalau lagi lama kau tahan , satu hari kau sendiri sakit . Bila tak mampu dah , kau lepaskan semua kat dia , masatu , everything jadi kacau . Huru hara .
Fuhh , penat nak taip pon . Hahaha
So the conclusion is , jangan sampai kau pon terikut jadi toxic macam dia . Lagi kacau nanti . Haha .
No comments:
Post a Comment