Saturday, 28 March 2020

nak benci ? kenapa perlu ajak orang lain ?

Assalamualaikum and haii guys . 

RMO day-11 . 
Dah tetiba hehari aku rajin mengira hari pulak kennn ... hahhahaah . 

Orait guys . 
Harini nak story about something yang selalu jadi . 
Aku percaya semua orang lalui benda ni .
So aku rasa macam nak kongsi pendapat aku kat sini . 

Macam tajuk yang panjang nau tu . 
Aku rasa kalau hampa baca pon , hampa akan tau betapa pelik dan sakit benda tu bila terjadi kat hampa . 

Normallah kan kalau kau tak puas hati kat someone . 
Kau benci perangai dia ka , kau benci dia punya penampilan ka , kau benci segalanya pasal dia , normal sebab kau manusia . 
Tak lepas dari buat silap salah . Tak pernah tak buat dosa . 
Tapiii .. jangan ajak orang lain benci orang yang kau benci tu sama . 

Kenapa  ? 
Kadang kau pon tak kenai sangat orang tu . 
Mungkin kau tak suka dia start dari mula kau nampak dia . Macam first impression kau kat dia an . 
Kau tak boleh nak ajak kawan kawan kau benci dia sekali . 
Tu tak adil untuk dia . 

Yelah , dia tahu apa pon tak , tetiba bila selisih hampa , hampa bagi jelingan maut kat dia . 
Plus cakap cakap belakang pasal dia . 
Burukkan dia sana sini itu ini . 
Padahal dia tak kacau kau pon . 

Its not a best feeling ever . 

Nanti dia akan tertanya tanya , salah apa dia kat hampa . 
Kenapa hampa tak suka dia . 
Kenapa perangai dia tak kena pada hampa . 

Walhal apa yang dia buat , sikitpon tak  pernah dia kacau kau  . 
Takdak satupon yang dia buat membabitkan kau . 

Let say , kau kawan dia . 
Kau tak suka perangai dia . Kau dah tegur macam macam . 
Dia okay and mungkin dia tak terima teguran kau , then kau marah , kau akan rasa geram plus sakit hati teramat . 

Adakah adil kalau kau nak lepaskan amarah kau , dengan kau cerita segala baik buruk dia kat kawan kawan kau yang lain . 
At last apa jadi ? 
Kawan kawan kau akan sama ikot benci dia . 

Dia yang memang dah sedia buruk perangai , kau rasa bila kau buat macam tu , dia akan okay ? 

Sometime , kau kena letak diri kau dalam kasut orang lain . 
Kau kena fikir apa yang akan orang lain fikirkan pasal kau , pasal orang lain pon . 
Kau kena belajar selami apa yang orang lain rasa . 

Hidup masing masing tak sama . 
Kau ada tuah kau . 
Kau ada untung kau . 
Kau ada bahagian kau . 

Dia tak ada . 

Mungkin jugak kau ada keluarga yang sempurna . 
Dia tak ada . 
Kau ada suami isteri yang penyayang . Yang manjakan kau segala segi . 
Dia tak pernah ada . 

Kenapa perlu kau babitkan orang lain untuk sama sama benci dia kalaupun betul kau sangat benci dia ? 

Adakah dengan ajak kawan kawan kau benci dia , terus tak berkawan dengan dia , terus pandang dia sinis , sisihkan dia . Biar dia sendiri . Create hate yang tinggi sampai kau taknak semua yang rapat dengan dia masih berkawan dengan dia , thats too much . 

Semua tak adil untuk dia . 

Aku speechless nak luah pendapat pasal ni sebab sometime aku rasa apa aku cuba nak sampaikan tu tak sampai . 
Maybe sebab emo . 
Maybe sebab atas dasar pengalaman perit sendiri . 

Its okay guys . 
Satu ja nak pesan . 

Sebelum benci orang , 
Belajar untuk fahami keadaan orang . 
Kau cuba bayangkan kau dalam tempat dia . 
Berhadapan situasi dia . 
Bayang dengan hati . Dengan akal . 
Kau selami dalam dalam . 

Jangan ajak orang lain membenci . 
Kau sedang sebarkan kebencian mendalam . 
Hubungan orang tu dengan dia sebelum ni kau boleh putuskan ? 
Allah benci orang yang putuskan silaturrahim orang lain . 
Kau sanggup nak telan azab Allah ? 
Kalau sedia , silakan . 

Jangan nanti , sebabkan kau , orang lain yang perlu bersusah payah merangkak kat padang masyar cari balik orang tu untuk mintak maaf . 
Kau yakin Allah tak soal kau  ? 

Salah , dosa , walau setinggi gunung yang kau tak boleh terima , tak boleh bayangkan , yang dia buat , tu antara dia dengan Allah . 

Kau dah jalankan tanggungjawab kau tegur dia untuk lakukan benda yang betul tu dah baik . 
Dia nak ikot atau tak , itu hak dia . 

Ya mungkin kau marah dia tak ikot nasihat kau .tapi kau kena buat macam aku terang tadi balik  . 
Letak diri kau dalam diri dia . 
Duduk rasai situasi dia . 
Jangan 100% salahkan dia , kalau kau tak fahami keadaan dia . 
Jangan biar semua yang kau kenal untuk benci dia walhal kau tahu , kehidupan dia mungkin lebih jerih dari kau . 

Syukur hidup kau lebih baik dari dia . 
Jangan membenci . 
Sekalipon benci , jangan ajak orang lain untuk membenci jugak . 

Honestly , 
Untuk apa yang aku lalui , aku dah maafkan semua yang ada dalam hidup aku . Sentiasa . 

Kadang apa yang jadi pada aku , aku hargai . 
Mungkin itu lebih mengubah hidup aku untuk terus jadi lebig baik . Biar jadi manusia beragama berakal . 
Mungkin salah apa yang aku buat sangat berat . 
Aku tak mintak banyak . 
Setiap yang aku pernah kenal dulu , even dah menjauh sekarang , aku sentiasa anggap semua kawan kawan aku . 
Aku sentiasa maafkan . Salah aku semua , kurang aku , dosa aku , aku mintak maaf . 
Aku tak boleh merayu . 
Aku tak boleh berlutut pada semua untuk kembalikan keadaan seperti asal. Sungguh aku tak boleh . 

Kalau masih ada yang terima perempuan seperti aku yang hidup bergelumang dosa dulu ni sebagai kawan , silakan . Aku tak pernah menjauh . 
Aku tak pernah salahkan sesiapa atas apa yang jadi . 

Sungguh sungguh aku bersyukur , sebab sekurangnya , dalam dosa yang menimbun , masih ada yang setia sayangkan aku sedalamnya . 

Moga kita semua terpelihara dari segala . 
Moga kehidupan kita baik baik . 
Moga kita sentiasa dalam rahmat Allah . 


Monday, 23 March 2020

member toxic ?

Assalamualaikum and hai . 

Day 6 of kuarantin covid-19 . 
Punyalaaa gigit jari duduk rumah taktahu nak buat apa dah . 
Makan tidoq makan tidoq ja . 
Janganlah tegoq aku mengkalau jumpa aku dah rupa ikan buntal nanti . Hahaha . 

Tadi aku scroll IG . 
Terjumpa kawan aku buat post how nak handle kawan or member toxic .. 
Aku macam terus dapat idea nak update blog . Hahahha . 

Member toxic ? 

Aku nak kata ada pengalaman handle toxic people ni macam aku sendiri pon tak pasti . 
Sebab toxic people ni bersepah . 
Kau perasan atau tak ja . 
So kalau nak tanya aku , aku just boleh bagi pendapat sendiri ja . 

Kalau aku , aku tak suka putuskan terus hubungan ngan member hat toxic tu . 
Cuma apa aku buat , aku akan cuba jauhkan diri dari dia . Bukan tak berkawan dengan dia , tapi cuba untuk tak kongsi apa apa dengan dia .
Tak kerap hangout sekali , tak bagi dia kepercayaan . 
Tak anggap dia as orang yang penting atau bagi dia rasa yang dia tu penting pada kau . 
Just anggap dia macam kawan lain . Yang biasa biasa . 

Mungkin someday dia akan perasan yang kau jauhkan diri dari dia . 
Tapi bila kau pandai bagi alasan , dia akan faham sendiri at last . 
Atau mungkin dia akan tahu yang kau taknak rapat dengan dia and kalau boleh jangan serba salah . Biarkan sahaja . 
Kalau dia tetiba nak meroyan atau burukkan kau belakang kau , jangan dilayan . 
Macam aku kata , kau biar sampai dia tahu senyap sendiri . 
Sampai at last dia pon rasa kau bukan sesiapa pada dia . 
Kalau selisih tegur macam biasa and its end up macam tu ja . Tak kurang and tak lebih . 
As simple like that . 

Bagi aku , kawan toxic ni merata kau boleh nampak . 
Dah macam sampah . 
Bila dia rasa dia perlukan bantuan kau , dia punya baik tu hanya Allah yang tahu . 
Bila kau dah tolong , sometime ada masa dia burukkan kau , create cerita cerita yang tak best pasal kau . 
Pendek kata , dia taknak kau lebih dari dia . 

Ada eh kawan jenis macam ni . 
Hat depan perangai lain , belakang kau lain pulak . 
Bersepah ya jenis macam ni zaman sekarang ni . 

Orang macam ni , lagi kau melayan , lagi kau menggila . 
Lagi kau berlawan kata ngan dia , lagi dia menjadi . 
Lagi kau menjeling kat dia , lagi dia mengata . 

So jangan layan . 

Atau kau mungkin jenis taknak keruhkan keadaan atau hubungan yang sedia ada sekarang ni . 
Yang balik balik nanti kau kena makan hati . 
Pendam . Sampai tak mampu tahan . 
Sampai kenkadang nak tegur rasa serba salah . Tak kuat tak mampu . 
Taknak hilang kawan ka . 
Tapi dalam hati meluap luap amarah dengan perangai dia yang melampau . 

Satu ja aku nak tanya , kau nak tahan sampai bila ? 

Better kau yang jauhkan diri  . Senang . 
Sekurangnya kau jauhkan diri tanpa burukkan dia . 
Apapon yang dia nak buat , kau biarkan . 

Percayalah , tak mati pon kalau setakat kau hilang sorang sampah camtu kat dunia ni . 
Tak luak mana pon . 
Paling tidak , kau legakan hati kau . 
Jangan simpan jangan pendam . 

Kang kalau lagi lama kau tahan , satu hari kau sendiri sakit . Bila tak mampu dah , kau lepaskan semua kat dia , masatu , everything jadi kacau . Huru hara . 

Fuhh , penat nak taip pon . Hahaha 

So the conclusion is , jangan sampai kau pon terikut jadi toxic macam dia . Lagi kacau nanti . Haha . 



Sunday, 22 March 2020

Cemburu Seorang Perempuan

Assalamualaikum .. and also Hai . 

Day 5 kuarantin kat rumah . 
So far , hope everything will be okay at the end . Im glad . 


Direct to topic . 
Actually im honestly paling benci this title . Paling benci nak ulas . Apatah lagi nak rasa . Sumpah benci . Serious . 

CEMBURU SEORANG PEREMPUAN . 

well said , dah macam tajuk drama .. 
Tapi realiti sebenarnya , sumpah banyak benda berkaitan yang jadi pada semuaaaa orang . 
Semua wanita . 
Biar dari kalangan golongan manapon . 
It was ill . Sakit . Sangat . 

So ini luahan aku . 

Pernah tak , kau duduk kat memana , alone , then kau pandang sekeliling kau , kau rasa kau yang palinggg kurang . Palingg malang . Paling hodoh ? 
Pernah ? 
Aku pernah . 

Pernah tak , kau makan makanan kegemaran kau kat tempat yang selalu kau makan , tempat kegemaran kau kiranya , then bila kau scroll facebook , intagram or any social media , kau rasa macam terlalu biasa kehidupan kau nak dibandingkan orang lain . Paling biasa . Paling takda yang istimewa . 
Pernah ? 
Aku pernah . 

Pernah tak , kau bergembira dengan seseorang yang kau boleh kata paling kau sayang dalam dunia  , orang yang kau anggap syurga kau , then tetiba masuk call , text , chat from another perempuan lain even kau kenal , rapat dengan kau sekalipon , sampai boleh buat fokus dia pada kau hilang , atau mungkin dia lagi menarik , lagi cantik , lagi sempurna dari kau , takpon tetiba ada perempuan lain yang boleh buatkan dia hilang perhatian pada kau , waima tu adik, kakak ,sibling lain or sedara mara rapat kau sekalipon , kau akan rasa betapa tak berguna , betapa kurangnya kau , betapa rendahkan pandangan dia pada kau sampai kau boleh diketepikan sekelip mata , walau depan mata . 
Pernah ? 
Aku pernah . 

Sumpah wallahi , sakit tu paling sakit yang pernah aku rasa . Yang tak boleh aku buang . 

Sumpah wallahi , seksa tu paling seksa yang pernah aku rasa . Yang tak boleh aku bendung . 

Sumpah wallahi , perasaan tu paling menyesak yang pernah aku rasa . Yang tak boleh aku nafikan . 

Waktu tu , apa pilihan kau boleh buat ? 
Apa perkataan yang boleh kau ucap ? 
Apa perbuatan yang boleh kau protes ? 

Nak pamerkan sakit hati ? 
Kau yakin tu caranya ? 
Orang faham ? 

Nak pamerkan ego meninggi ? 
Kau yakin tu berkesan ? 
Orang faham ? 

Nak marah marah lepaskan perasaan ? 
Kau yakin tu boleh selesaikan masalah ? 
Orang faham ? 

No . Tak . Tak mungkin . 

Hakikatnya , hanya kau yang kenal diri kau . 
Hanya kau yang tahu sisi sakit kau . 
Hanya kau yang boleh kawal amarah kau . 
Hanya kau yang boleh tenangkan diri sendiri . 
Hanya kau yang boleh lupakan benda yang menyakitkan untuk kembali okay . 

Kau tahu kan tu tak senang ? 
Kau tahu kan tu tak mudah yang dijangka ? 
Kau tahu kan tu takkan ambil masa yang sedikit ? 

Pada akhirnya apa ? 
Kau yang kena rawat hati kau sendiri . 
Pada akhirnya apa ? 
Kau yang kena tahu kawal diri . 
Pada akhirnya apa ? 
Kau yang kena pujuk diri sendiri . 
Pada akhirnya apa ? 
Kau yang kena mengalah untuk bahagia sendiri . 

Dan pada akhirnya apa ? 
Kau kena telan apa yang berlaku . Kena bertindak serasional yang boleh . Mengalah pada yang takkan pernah mengalah . Kau kena nafikan segala perasaan yang kau rasa . Kau kena ketepikan perasaan sendiri . Kau kena faham sendiri diri kau . Kau kena ubat sendiri luka kau . Kau kena pastikan diri kau sendiri okay . 

No compromises ! 

Dan tahulah , pada akhirnya hati kau , diri kau , jiwa kau , semangat kau , akan kebal dengan sendirinya . 
Waspadalah , sebab mungkin suatu hari nanti , apa saja yang menyakitkan hati kau berkaitan insan lain yang lebih sempurna dari kau , buat kau jadi prejudis dengan diri sendiri . 

Mungkin masa tu , kau bukan lagi diri kau yang sekarang . 

Allah . 

Saturday, 21 March 2020

Rasa .

Kadang kadang , apa yang palingg kau harapkan terjadi dalam hidup kau , benda tu takkan jadi ..

Kau nak sempurna ? Takkan ada yang sempurna kat dunia ..

Kau nak orang hargai kau ? Kau ingat orang boleh sayangkan kau macam kau sayangkan dia ?

Kau nak semua benda lancar sempurna macam apa yang kau impikan ? Kau rasa kau berbaloi dapatkan kesempurnaan tu ?

Hidup ni sakit .

Tak pernah indah .
Kalau indah sekalipon takkan selamanya indah ..

Hidup ni perit ..

Tak pernah adil ..
Kau aturkan sebaik manapon kisah hidup kau , tetap akan ada onak duri kau kena tempuh ..

Kau boleh tempuh rasa sakit ?
Kau boleh ketepikan rasa terabai ?
Kau boleh pejam mata telan semua rasa pahit ?

Akan ada satu masa kau akan rasa sangatt tersisih .
Akan ada satu tahap kau rasa mungkin kau tak mampu bertahan .
Akan ada satu masa kau persoalkan kenapa begitu kenapa begini .
Akan ada satu benda yang akan buat kau sedar yang kau takkan selamanya mampu sabar .

Akan ada satu masa ,kau nak menjauh dari semua untuk lupakan segalanya .
Cuba untuk mulakan sesuatu yang baru .
Buang segala yang sesakkan dada kau . Hapus semua yang sakitkan hati kau .

Sakitt . Payah . Perit ..
Kalau kau simpan lama lama apa yang kau pendam , sakit tu lagiii dalam . Takut nanti kau tak mampu nak tahan .

Kalau kau tahan apa yang selama ini buat kau selalu makan hati   takut nanti hati kau sendiri patah . Takut nanti hati kau sendiri berdarah .

Percayalah untuk setakat ini  , hati kau dah cukup kebal untuk segala rasa sakit yang bakal kau rasa .

Sebab apa ?

Sebab kau dah terlalu biasa menghadap benda yang sama berulang kali sehinggakan kau lupa macammana pedih perit rasa sakit tu .

Allah .

Wednesday, 11 March 2020

HIKMAH

ASSALAMUALAIKUM .. 

tak ada benda nak explained . 

tapi bila baca quote bawah ni , selalu akan rasa lebih semangat .. 



Allah dah tentukan sebaik baik perancangan untuk kita .. 
  
terima atau tak , kita tetap akan melaluinya ..
Allah tak uji kita tanpa sebab ..
Dia uji sebab Dia tau kita boleh lakukan .. 
sebab kita kuat .. kita mampu lalui .. 

terima . 

ada hikmah indah menanti depan sana .. 
jalan terus . ALLAH ada .