Thursday, 22 June 2023

Jetpack vs blogger

Assalamualaikum and haiii guys . 

Ekceli kan , setelah lama nau tak menulis meluah rasa kat blog , aku terdetik nak kembali menulis . 
Jadiknya aku download Jetpack kat fon aku . Install sekali wordpress . 
Cuba menulis kat situ beberapa entri . 

Mungkin permulaaan ,tapi macam kaku . 
Mungkin sebab since 2013 aku menulis hanya kat Blogger , bila cuba menulis kat situ rasa janggal gilaa . 

So mungkin aku decide nak teruskan menulis merapu merepek aku kat sini jelah ehh . 
Jiwaku disini . Sebati gittuw walau lama benau benau kadang biarkan blog tak terusik . 

InsyaAllah . 

Well pendapat hampa ? 

Mana better ? Jetpack Wordpress atau Blog Blogger ?


Wednesday, 14 June 2023

Hukum alam .

Assalamualaikum . 

Rasa nak menulis kat sini harini even dah hampir setengah tahun tak menulis . 
Izinkan pembuka entri 2023 ni dengan entri merapu ini . Bukan selalu datang mood nak menulis macamni haha . 

Well . harini terdetik nak menulis pasal hukum alam yang memang dari dulu lagi terjadi benda ni . 
Apa dia ? 

Normal bila yang senang kaya , dimuliakan . diingati selalu . Cuba kalau kau susah , silap silap selisih bahu kat jalan pon tak dipandang . 

Bila cantik didekati . Even perangai nauzubillah sekalipon . Cuba kalau tak cantik , selalu ja akan dengar orang shaming . ' eh kalau hang putih , mesti cantik . ' ' eh kalau hang kurus mesti ramai orang minat .' 

Ekceli banyak lagii . malas nak senaraikan banyak . 
Sinonim gila dah dalam masyarakat melayu kita tambahnya . Benda benda macamtu seolah mengelilingi kita sehari hari . 

Lupakah manusia , bukan kita minta miskin . bukan kita minta susah . sehabis daya usaha , rezeki setakat cukup makan pakai , itu bukan salah sendiri asal dah berusaha sehabis mungkin . 

Lupakah manusia , bukan kita cipta diri kita . Cantik tak cantik tu subjektif atas manusia . Sedang sekurang kurang penilaian kita terhadap orang , tetap dia cantik disisi Allah. Tetap saja cantik dimata yang tepat . 

Kenapa wujud persekitaran begini ? 

Salahkah miskin ?
Salahkah gemuk ?
Salahkah tak cantik ? 
Salahkah hitam ? 

Benda yang boleh kita tolerate ,insyaAllah boleh sabar . Macam kalau kita kaya ja orang mendekat . Kita senang orang ingat . Orang tumpu bila berduit . Orang sayang bila mudahkan selalu urusan orang . 

Benda macamtu even satu dunia disekeliling mesti ada . Tapi bila cakap pasal benda yang bukan bidang kuasa kita , tak rasa ka macam tu sedang mempersenda ciptaan Allah ? 

Orang lagi miskin dari kita , wajar ja kita hina ? elok ka kita cemuh ? Hasut semua burukkan dia tak usaha ? Kita ada kat tempat dia ? Kita tahu setara mana dia usaha ? kita duduk kat tempat dia ? dalam kasut dia ? 

Kenapaaa judge ? ! 

Hang takmau tolong , tak payah hasut orang untuk rasa benci . Hang tak suka , just tutup mulut hang . Takpayah menghina mengeji . 

Tak selamanya kita kat atas . mungkin kita kat atas ni pon atas doa orang sekeliling kita jugak . 

Bila kita kurang segala segi , normal jugak bila disisihkan oleh semua orang termasuk darah daging sendiri . 

Inilah dugaan hidup . Nikmati sahaja . 

Cuma satu , janganlah menghukum . Kita sendiri kalau Allah uji , rasa berat sangat . 

Allah tak pernah ajar kita hina keji orang yang tak cukup rezeki . Tak pernah suka orang yang bangga diri cantik sampai kutuk orang lain . 

Janganlah . 

Monday, 12 December 2022

NewBorn Baby's Coming

Assalamualaikum and haii semua . 

Alhamdulillah , harini hari keenam aku berpantang selepas selamat lahirkan seorang puteri ke dunia ni . Alhamdulillah sebab semuanya going smooth ja . Allah permudahkan segala dari proses awai mai contraction sampailah berjayanya keluaq seketoi baby AH tu haa . 

Baby aku keluaq tepat jam 12.01 minit tengah malam 07.12.2022 . Pandai mak dia pon bajet waktu hahahahah . Dengan berat 2.81kg , esoknya pukoi 5 petang lebih dah boleh discaj dari wad . 

Tapii tulaa . semalam 11.12.2022 , hari kelima dia , kuning dia naik tinggi . Sampai 294 . 

Sudahnya , terpaksa warded lagi kat hospital . Merasalah mama naik ambulan dari klinik kesihatan ibu anak tu . Sampai hospital , baru tahu mama takleh nak stay dengan baby kat wad .  Kena tinggalkan . 

Allah berat rasa hati . Rindu risau semua ada . Harap sangat ada keajaiban yang jadi . Harap sangat kuning dia cepat turun . Mama dari semalam tahan nangis . Sumpah sungguh mama rindu gilaa kat baby . 

Mama doa mama harap sangat baby AH mama boleh discaj cepat cepat . Mama dah rindu nak susukan dia . dah rindu nak dengar dia menangis merengek . dah rindu semua benda pasal dia . rindu bau dia , rindu kedip kedip mata dia , rindu semuanyalah ! 

Sumpah mama rindu !

Cepat turun kuning tu please anak . Baba work . Mama tak boleh melawat baby kalau baba work . Mama rindu . hmmmm

Tuesday, 22 November 2022

Debaran Menanti Keputusan Kerajaan Baru

Assalamualaikum haii hampa . 

Depan TV lagi ka ? Mana tau setia berkampung depan TV semata nak tunggu keputusan rasmi sapa sebenarnya nak jadi Perdana Menteri kita ke 10 . 

Aku dari hari mengundi asyik laa dok tertunggu tunggu . 
Dari habeh masa mengundi tu sampai dekat pukoi 5 pagi aku dok congok jaga scroll fon . 

Esoknya bangun scroll lagi . 
pastu asyik tunda tunda tunda . i is frust dah . 

Rasanya mengundi kalini palingggg lama nak tunggu keputusan . 
Macam payah benau nak sepakat semua parti hat bertanding . 

Sejujurnya , boleh nampak keadaan jadi macam ni sebab kita sendiri berpecah belah . 
Bukan nak kata , tapi hakikatnya macamtu . 
Gaya masing masing macam tak boleh nak bersatu bentuk kerajaan pon . 
Sudahnya dah bertangguh berhari hari macamni . 
Agong sendiri pon mesti nak adil dan beri yang terbaik untuk rakyat dia . 

Entahlahh guys  .
Mampu doa ja biar cepar berakhir semua ni . 
Penantian satu penyiksaan tu benar ya haha . 

Marilah kita doa agar Malaysia kita ni dipimpin oleh kerajaan yang sayangkan rakyat . ikhlas , jujur amanah dan sentiasa jaga kebajikan rakyat . 
Tahun depan tahun perit untuk kita semua . jadi kita sangat perlukan pemimpin bersemangat juang nak berjuang pertahan ekonomi dan nasib rakyat . 

Kita tunggu malamni pulak la noh . 

Saturday, 19 November 2022

Selamat Mengundi guys !

Assalamualaikum guys . 

Harini hari mengundi satu Malaysia . 
setakat pukoi 2 petang ni , semua okay ka tu ? haha . 

Dari semalam , setiap pelusuk jalan jem ja . 
Masuk celah bedah jalan mana pon sama . takdak tempat tak jem . jalan yang tak pernah jem pon jadi jem . meriah jugak eh mengundi kalini . 

Aku even dah 28 tahun , masuk kalini kira baru first time nak mengundi sepatutnya . 
Tapi tula , rasanya tak menyempat lagi nak mengundi kalini . 
Tengah sarat mengandung . jalan pon mengah mengah dah . 
Pulak husband mengundi tempat lain , aku tempat lain . hmm so kira halallah Malaysia dah rugi 1 undi dari aku eh . huhu . 

Nak taknak tunggu 5 tahun akan datang pulak nak mengundi pon . 
Itu pon kalau panjang umur lagi . 

So , hari orang busy keluaq mengundi , aku kat rumah ja berehat jaga anak anak . 
Sarat sarat ni nak turun tangga flat g kedai pon sis tak berdaya guys . 
Malaih nak turun naik walau duduk tingkat 2 ja haha . manja benau . 

Husband tengahhari dah start motor balik kampung dia . 
Semangat dia lain maciam sikit mengundi kalini . 
Boleh kata dalam seminggu ni , dia asyikk dok dengaq video video politikk ja . aku pulak yang serabut dengaq video orang kempen ni kenkadang hahahah . 
Tappala suami , moga selamat pegi balik . 
Dah mengundi nanti claim Tealive bagi saya , saya teringin . muahahaha 
 
Ini kalau aku join mengundi harini , aku nak kena balik Sik , dia nak kena balik Alor Setar . naik moto pulak tu . usung si Aisya ngan Tiha , dengan sarat baby dalam perut aku lagi , haih , tak daya la rasa . 

So mintak maap la Malaysia . 
Nanti ada rezeki aku ngundi yaaa . 
Aku doa biarlah kerajaan yang bebetul layak memimpin Malaysia kalini . 2023 dah la zaman ekonomi jatuh, tak dapat nak bayang keadaan pon macammana struggle kita semua masatu . 

Moga Allah perkenan setiap doa kita semua nakkan pemimpin terbaik . aminnnn . 

Eh hampa , dah mengundi kan ?
Undi apa tuuuu ? hehe