Tuesday, 23 November 2021

Penat + Sedih 😞🙁

Haii assalamualaikum hampaa . 

Well , harini rasa macam nak menulis sebab rasa macam penatt sangat sepanjang harini setakat sekarang . 

Pagi tadi bangun and macam biasa rutin mak mak siapkan si Yaya pegi Tabika . Then terus hantar si Aisya ke Pengasuh and terus direct datang office . 

Tak sempat nak menyinggah beli breakfast . Its okay ekceli sebab aku selalu jugak tak breakfast . So okay jelah . 

Then masuk office macam biasa , tetiba rasa macam nak mengemas office . Since aku rasa dah lama tak mengemas office yang dah jadi macam store ni , maka aku pon start la kemas . 

Last month banjir office ni masuk air . So tadi aku masukkan ja barang2 dalam storage box . Im case kalau banjir lagi tak la aku penat sangat nak mengemas apa yang patut . Sebab haritu banjir aku sorang jaa yang mengemas . Maklumlahh , kat bengkel ni aku sorang ja staff perempuan . Aku sorang ja duduk dalam office . 

Dah mengemas sangat sampai clear office , penat tulaaaa hahahah . Dari mula masuk sampai dekat pukoi 5 petang , tak duduk lansung depan komputer . Sat sat ja lari bukak invoice sat . Pastu sambung balik . 


Dalam pukoi 3 lebih macamtu , ladyboss chat marah marah sebab aku terlupa inform dia dengan bigboss pasal claim J&T . Berbakul jugaklahh kena bebel . Selama kerja dekat sini hampir dua tahun , jarang nau kena bebel . Harini kena rasa sedih pulak hahahhaha . 

Ntahlaa hampa . Sometime kan , rasa macam dah bagi all my best dah kat company . Tapi macam tak dihargai . Sometime jelahh rasa macamtu . Ekceli okay ja haa . Boss baik , selalu tolong bila ada problem , selalu faham keadaan staff . Cuma tulahh . Bila ada boss perempuan which is wife bigboss tu , ofcourse la dia cerewet nau nau hahahha . Tapi still dia okay . 

Harini punya problem tu salah aku ekceli . Memang betul betul lupa inform bos balik . Sebab selalunya bos mesti double check setiap call and chat yang masuk dalam fon office , sebab ada ja chat hat aku tak reti nak jawab , aku tinggal ja bagi boss yang reply . And aku rasa , bigboss aku tu pon lupaa nak inform wife dia pasal claim tu . So at last memang aku jelah kena hahahhaha . Dah nama pon staff . Haihh . 




Alaaa . Sedih sikit jaa . Mengada ja lebih ni . Naseb baik boss dengan ladybos aku tu naikkan gaji aku sikit bulan ni hahaha . Terubat hati haa . 

Pandaii ehh amik hati aku masing masing hahahahahah . 




So tu jelah entri harini . Nak meluah perasaan ja . Penat mengemas office dengan store tak habis lagini . Bernanah telinga kena bebel pon tak surut lagi hahahaha . 

Its okay . Lepasni kena hati hati buat keja okay NH ! Jangan nak buat keja laju sangat sampai lupa benda benda penting macam tadi haha . 

Kira okay la bigboss still okay ja . Dia biar wife dia ja bebelkan aku . Kalau dia join bebel aku sekali tadi , mau aku balik terus tadi merajuk hahaha . 

My bad . Sapa ja tak pernah buat salah . Just belajar dari pengalaman . Jadikan pengajaran . 

Claim tu untuk barang yang nilai dia beribu hoi . Boss mana yang tak marahh 😂😅😅 . Tulaa , careless betoi seketoi NH ni kan ? 

Okay bye ! 

Saturday, 20 November 2021

WORLD PREMATURITY DAY

Hai hampaa . Assalamualaikum . 

Sebelum nak karang panjang , Happy World Premie Day ! 

For those yang ada premature baby , ada pengalaman lahirkan anak tak cukup bulan , you're the best . You're the strongest ! 

Baby baby premature ni seriously sangatlahhhhhh istimewa for sure ! 

Untuk aku sendiri , yang dah 2 kali rasai pengalaman lahirkan anak anak premature ni , rasa betapa bertuahnya bila anak anak ni membesar sama seperti baby lain . Malah sometimes , perkembangan depa jauh lebih laju dan matang dari yang lain . 


Penghuni pertama rahim aku , Muhammad Qayyum Iman . Dia dilahirkan masa baru cecah 33minggu . Kuatnyaa dia masatu . Berat dia just 1.80kg ja . But see , membesar dengan sihat ,semangat . Mama missyouu saiyangg 💜

Qayyum dengan Nekma dia ekceli . Ada sejarah pahit dia tapi aku dah lama redha . Dah lama ikhlaskan . Yang tahu ja tahu . Asalkan aku tahu dia dijaga dengan baik , cukup makan pakai , happy and boleh dapat apa dia nak , its enough for me . 


Penghuni rahim kedua . Si kembar yang super duper aktif . 

Nur Faryana Zulaikha , Nur Faryani Zulaikha . 

For second time , depa pon dilahirkan tak cukup bulan . Mungkin sebab depa kembaq . Mama depa pon haluih ja masatu , so takleh nak tunggu cukup bulan , depa dah tak sabaq nak tengok dunia haha . 27 minggu usia kandungan , depa dah dilahirkan . Sorang normal , sorang emergency operate . Sebab lepas ja Faryana keluaq , contraction dah takda . Doktor takot Faryani yang still kt dalam perut tu lemas ,dengan songsangnya , terpaksa la operate with full bius . 

Lahirkan twin ni sumpah ajar aku jadi kuat . Sebab masing masing lahir still tak cukup berat . Faryana 880gram , Faryani 1.08kg . Dekat dua bulan dalam NICU . Aku berulang almost everyday dalam pantang jenguk depa . Hantar susu badan yang aku perah untuk pastikan depa sentiasa dapat susu aku walau dari picagari masatu .  Dari dedua dalam incubator sampailahh hari aku kena masuk sekali dengan depa untuk pantau depa time dekat dekat nak discaj tu . Kenangan tu sampai sekarang melekat kat kepala . Takkan aku lupa sampai habis nyawa ni . 

Sekarang , both twin dah 6 tahun . Tahun depan dah darjah 1 dah . Masing masing cerdik pandai . Depa dua ni stay dengan Abah depa . Trust me , no matter what , sejaub manapon kami anak beranak terpisah , rindu kat depa tak pernah padam . Its okay . Aku tau doa aku sentiasa mengiringi setiap langkah depa . Aku doakan yang terbaik sentiasa untuk semua anak anak aku . 

You know what , NICU baby is a true Survivor ! 

And last , ni haa budak bertuah yang cerdik ni . 


Si Aisya Humaira . 

Aku lahirkan dia sehari sebelum genap 37 minggu . Aku nak cakap tak cukup bulan pon macam tak gamak haha . Tapi still lepas ja dilahirkan , dia terus ditolak masuk dalam NICU untuk dipantau rapi . Berat dia 2.42kg masa lahir . Still okay la kann . 

Tapi tulahh . Cerdik dia boleh tahan . Banyak akal pon satu hal . Haha . 

So , untuk sesiapa yang ada baby prematured ni , jangan sedih . Sebab boleh jadi yang tulaaa sebenarnya paling istimewa . Paling lain dari yang lain . Yang penting depa sihat , aktif , cerdas cergas . 

Happy World Prematurity Day hampaa yang ada anak anak prematured 💜 Hampa ibu yang hebat ! 

Thursday, 18 November 2021

Budak cerdik mama 💜

Haii assalamualaikum hampaaa . 

Masuk November 2021 , tabika dah start boleh beroperasi dah . Alhamdulillah . 

Si Yaya tu baru 5 tahun , tapi kerap nau tanya bila nak sekolah bila nak sekolah . Tak sabar hagaknya nak jumpa kawan kawan , jumpa cikgu cikgu , makan sedap sedap ehh ? Hahaha

Sayangnya minggu pertama sekolah Yaya selsema sikit . So memang takmau campur dia ngan bebudak lain . Plus minggu pertama tu 2 hari ja sekolah lepastu cuti balik sempena Deepavali . 

So next weeknya tu , dia dah mula pegi sekolah . 


Mama amik gambaq ni masa tengah tunggu Baba dia p isi minyak kat Shell yang dekat ngan umah . Alhamdulillah setakat harini dia selalu happy bila nak pegi sekolah . 

Belajar pandai jadi manusia berguna nah Fatihah Zulaikha mama sayang 💜

Doa mama sentiasa dengan Yaya . Sayang mama tak pernah padam . Sayanggggg anak mama ni sangat 💜

Tahun depan dah 6 tahun dia . Cepatnya masa . Banyak benda kadang tak perasan yang anak anak sedang membesar dengan cepat . Boleh ajak borak . Boleh mengadu . Pandai pujuk . Pandai bebel . Pandai tolong mama . Pandai layan adik . Pandai segala . Alhamdulillah . 

Semoga Allah lindung semua anak anak aku . Diberi kesihatan yang baik . Dikelilingi manusia baik baik . Amenn . 

Wednesday, 17 November 2021

My Fav Car Ever !

Hai hampa . Salam hari rabu haha . 

Wordless for today . 

Setiap orang ada impian masing masing kan ? 
And kalau nak tau , nilaa impian dari form 4 . 

Nak ada sebijik Mitsubishi Lancer merah terang acenni . 

Doakan seketul Idaa murah rezeki selalu ya hampaa . Ameen . 

Sunday, 14 November 2021

RUDE !

Haii hampa . Assalamualaikum . 

Harini entri nak bebel . Tapi taklaaa bebel takda point. Kang orang kata aku meroyan pulak . Walhal hakikatnya memang nak meroyan hahahahhaha . 

To be short , aku just takleh nak brain , how can eh bebudak lepasan SPM , budak budak menengah sekarang , pergaulan depa melebihi kita yang dah nak masuk 30 series ke atas . Maksud aku , cara percakapan , bahasa , pergaulan and etc . 

Aku macam tanjat bila kena sendiri dengan 'budak' macamni . Seriously , rasa macam wowww . Hebat gilaaa bebudak lanii guna bahasa untuk berinteraksi dengan orang yang lebih tua . 

Bagi aku , kalaupon takda rasa hormat kat orang yang lebih berusia dari hang sebab maybe hang tak suka orang tu or apa apa jalaa , at least please have a manners . Kita yang berakal , terpikir banyak kali tau nak beradab atau dak dengan orang yang tua dari kita. Rasa macam tak gamak nak kurang ajar tanpa sebab . 

Aku taklah kata aku ni baik nauu budi bahasa . Tapi at lease mulut aku ni janggal la nak memaki orang sesuka hati . Bila kena maki centu dengan budak budak bawah umur aku , aku jadik sentap jugak ah , bukan sentap sebab terasa ka apa , tapi sentap sebab terkejut macammana cara didikan dia yang masih ada mak ayah , yang belajar sampai tamat SPM , tapi kata kata carut maki semua seakan mudah dilafaz kat mulut seharian . 

How can eh ? 

Hidup ni macam roda . Hang baru nak melangkah masuk alam dewasa . Baru nak merasa selesa bila dah mula masuk ke alam kerja . Tapi bagi aku , still jauhhh lagi perjalanan yang hang nak kena hadap dalam hidup hang . 

Aku still boleh consider bila budak macam ni nak bahasakan aku kau , hang aku , dengan aku . Still boleh accept kalau kata makian tu takat hang sebut Bab* , bod*h , bing*i , walauu tu pon boleh dikategorikan as bahasa kasar and tak patut dilafaz bila bercakap atau berurusan dengan orang yang lebih tua . 

Ni sampai tahap melampau bagi aku bila budak 21 tahun label aku pu**mak ! Bukan nak marah tapi sumpah takleh hadam . Aku rasa speechless gilaaa kot . 

Aku lancang weh bila orang cari pasal dengan aku tapi tak pernah la sampai memaki . Tak sampai hilang manners . Tak sampai terlalu biadap . Even kadang kadang penyebab aku jadi lancang tu terlalu menguji kesabaran aku as wanita , as manusia biasa . Tapi bila kena ayat centu , first thing aku fikir , macammana ehh mak ayah dia didik anak ? Macammana eh dia boleh terlalu mudah terpengaruh belajaq berkasar sampai macam tu ? 

To be honest , aku yang pernah hidup 8 tahun dengan lelaki panas baran , kuat memaki , kaki pukul , sumpah aku rasa takguna gila sepanjang 8 tahun tu dan tulahh tne worst thing yang aku akan pastikan takkan berulang dalam hidup aku sampai bila bila ! 

Betullah , cara kita adapt matangkan diri kita bergantung jugak dengan siapa kita bergaul . Dengan siapa kita berkawan . Salah pilih kawan , habes laa . Salah pilih partner , good luck la for masa depan . 

Takkk , tak marahhh . Nak kata aku meroyan ? Tak jugakk even benda yang buat aku melenting tu berkaitan dengan hidup aku jugak . Tapi still dari awal , even aku tau budak tu muda dari aku , awal 20 an , baru 21 tahun , aku still boleh respect apa . Cakap elok elok , tak kasar , still berlembut . Sebab apa ? Sebab dia perempuan , aku perempuan . Sebab apa ? Sebab setiap manusia wajar dihormati . Sebab apa ? Sebab aku tak tuding jari salahkan orang yang tak pernah bersalah , tak pernah ada salah , and tak pernah kacau hidup aku . 

Senang kata , hang baik dengan aku , aku balas baik 10 kali ganda . Hang biadap dengan aku , maaf , sorrg to say , hang hilang respect aku . 

Nak orang respect , belajar respect orang . 
Nak jadi wanita matang , belajar selidik apa yang betul apa yang tak betul . 

Orang matang , sentiasa tahu yang manusia tak pernah terlepas dari buat salah . Dan orang matang takkan jadi biadap dengan orang lain tanpa sebab . 

Even beralasan , tapi biar nampak terpuji . Biar tersakiti , biar nampak berpendidikan . 

Panjang pulak bebel meroyan kat entri ni . Saja nak ulang apa yang biasa kita dengar . Budi bahasa budaya kita . 

Hang berkawan dengan orang baran , sendiri boleh fikir , baik atau tak nak ikut sekali perangai tu . Unless hang tak rasa bersalah bila orang yang nilai peribadi hang ,tuding jari dekat parents hang sebab tak pandai didik anak . 

Its always a choices ! 

Pilih dengan bijak . 
Fikir dengan matang . 

Orang takkan anggap hang tu berakhlak bila dengaq hang carut dan biasakan bila bercakap dengan orang . Nampak remeh , tapi kesannya dalam . 

Sekiann . Entri ni mungkin berbentuk keperibadian sikit , tapi nak tekankan satu benda , 

DALAM DIRI , KENA ADA RESPECT , KENA ADA MANNERS .