Sunday, 22 March 2020

Cemburu Seorang Perempuan

Assalamualaikum .. and also Hai . 

Day 5 kuarantin kat rumah . 
So far , hope everything will be okay at the end . Im glad . 


Direct to topic . 
Actually im honestly paling benci this title . Paling benci nak ulas . Apatah lagi nak rasa . Sumpah benci . Serious . 

CEMBURU SEORANG PEREMPUAN . 

well said , dah macam tajuk drama .. 
Tapi realiti sebenarnya , sumpah banyak benda berkaitan yang jadi pada semuaaaa orang . 
Semua wanita . 
Biar dari kalangan golongan manapon . 
It was ill . Sakit . Sangat . 

So ini luahan aku . 

Pernah tak , kau duduk kat memana , alone , then kau pandang sekeliling kau , kau rasa kau yang palinggg kurang . Palingg malang . Paling hodoh ? 
Pernah ? 
Aku pernah . 

Pernah tak , kau makan makanan kegemaran kau kat tempat yang selalu kau makan , tempat kegemaran kau kiranya , then bila kau scroll facebook , intagram or any social media , kau rasa macam terlalu biasa kehidupan kau nak dibandingkan orang lain . Paling biasa . Paling takda yang istimewa . 
Pernah ? 
Aku pernah . 

Pernah tak , kau bergembira dengan seseorang yang kau boleh kata paling kau sayang dalam dunia  , orang yang kau anggap syurga kau , then tetiba masuk call , text , chat from another perempuan lain even kau kenal , rapat dengan kau sekalipon , sampai boleh buat fokus dia pada kau hilang , atau mungkin dia lagi menarik , lagi cantik , lagi sempurna dari kau , takpon tetiba ada perempuan lain yang boleh buatkan dia hilang perhatian pada kau , waima tu adik, kakak ,sibling lain or sedara mara rapat kau sekalipon , kau akan rasa betapa tak berguna , betapa kurangnya kau , betapa rendahkan pandangan dia pada kau sampai kau boleh diketepikan sekelip mata , walau depan mata . 
Pernah ? 
Aku pernah . 

Sumpah wallahi , sakit tu paling sakit yang pernah aku rasa . Yang tak boleh aku buang . 

Sumpah wallahi , seksa tu paling seksa yang pernah aku rasa . Yang tak boleh aku bendung . 

Sumpah wallahi , perasaan tu paling menyesak yang pernah aku rasa . Yang tak boleh aku nafikan . 

Waktu tu , apa pilihan kau boleh buat ? 
Apa perkataan yang boleh kau ucap ? 
Apa perbuatan yang boleh kau protes ? 

Nak pamerkan sakit hati ? 
Kau yakin tu caranya ? 
Orang faham ? 

Nak pamerkan ego meninggi ? 
Kau yakin tu berkesan ? 
Orang faham ? 

Nak marah marah lepaskan perasaan ? 
Kau yakin tu boleh selesaikan masalah ? 
Orang faham ? 

No . Tak . Tak mungkin . 

Hakikatnya , hanya kau yang kenal diri kau . 
Hanya kau yang tahu sisi sakit kau . 
Hanya kau yang boleh kawal amarah kau . 
Hanya kau yang boleh tenangkan diri sendiri . 
Hanya kau yang boleh lupakan benda yang menyakitkan untuk kembali okay . 

Kau tahu kan tu tak senang ? 
Kau tahu kan tu tak mudah yang dijangka ? 
Kau tahu kan tu takkan ambil masa yang sedikit ? 

Pada akhirnya apa ? 
Kau yang kena rawat hati kau sendiri . 
Pada akhirnya apa ? 
Kau yang kena tahu kawal diri . 
Pada akhirnya apa ? 
Kau yang kena pujuk diri sendiri . 
Pada akhirnya apa ? 
Kau yang kena mengalah untuk bahagia sendiri . 

Dan pada akhirnya apa ? 
Kau kena telan apa yang berlaku . Kena bertindak serasional yang boleh . Mengalah pada yang takkan pernah mengalah . Kau kena nafikan segala perasaan yang kau rasa . Kau kena ketepikan perasaan sendiri . Kau kena faham sendiri diri kau . Kau kena ubat sendiri luka kau . Kau kena pastikan diri kau sendiri okay . 

No compromises ! 

Dan tahulah , pada akhirnya hati kau , diri kau , jiwa kau , semangat kau , akan kebal dengan sendirinya . 
Waspadalah , sebab mungkin suatu hari nanti , apa saja yang menyakitkan hati kau berkaitan insan lain yang lebih sempurna dari kau , buat kau jadi prejudis dengan diri sendiri . 

Mungkin masa tu , kau bukan lagi diri kau yang sekarang . 

Allah . 

Saturday, 21 March 2020

Rasa .

Kadang kadang , apa yang palingg kau harapkan terjadi dalam hidup kau , benda tu takkan jadi ..

Kau nak sempurna ? Takkan ada yang sempurna kat dunia ..

Kau nak orang hargai kau ? Kau ingat orang boleh sayangkan kau macam kau sayangkan dia ?

Kau nak semua benda lancar sempurna macam apa yang kau impikan ? Kau rasa kau berbaloi dapatkan kesempurnaan tu ?

Hidup ni sakit .

Tak pernah indah .
Kalau indah sekalipon takkan selamanya indah ..

Hidup ni perit ..

Tak pernah adil ..
Kau aturkan sebaik manapon kisah hidup kau , tetap akan ada onak duri kau kena tempuh ..

Kau boleh tempuh rasa sakit ?
Kau boleh ketepikan rasa terabai ?
Kau boleh pejam mata telan semua rasa pahit ?

Akan ada satu masa kau akan rasa sangatt tersisih .
Akan ada satu tahap kau rasa mungkin kau tak mampu bertahan .
Akan ada satu masa kau persoalkan kenapa begitu kenapa begini .
Akan ada satu benda yang akan buat kau sedar yang kau takkan selamanya mampu sabar .

Akan ada satu masa ,kau nak menjauh dari semua untuk lupakan segalanya .
Cuba untuk mulakan sesuatu yang baru .
Buang segala yang sesakkan dada kau . Hapus semua yang sakitkan hati kau .

Sakitt . Payah . Perit ..
Kalau kau simpan lama lama apa yang kau pendam , sakit tu lagiii dalam . Takut nanti kau tak mampu nak tahan .

Kalau kau tahan apa yang selama ini buat kau selalu makan hati   takut nanti hati kau sendiri patah . Takut nanti hati kau sendiri berdarah .

Percayalah untuk setakat ini  , hati kau dah cukup kebal untuk segala rasa sakit yang bakal kau rasa .

Sebab apa ?

Sebab kau dah terlalu biasa menghadap benda yang sama berulang kali sehinggakan kau lupa macammana pedih perit rasa sakit tu .

Allah .

Wednesday, 11 March 2020

HIKMAH

ASSALAMUALAIKUM .. 

tak ada benda nak explained . 

tapi bila baca quote bawah ni , selalu akan rasa lebih semangat .. 



Allah dah tentukan sebaik baik perancangan untuk kita .. 
  
terima atau tak , kita tetap akan melaluinya ..
Allah tak uji kita tanpa sebab ..
Dia uji sebab Dia tau kita boleh lakukan .. 
sebab kita kuat .. kita mampu lalui .. 

terima . 

ada hikmah indah menanti depan sana .. 
jalan terus . ALLAH ada .

Tuesday, 10 March 2020

karma ada .

Hai .. assalamualaikum .. 

Banyak benda nak luah kat sini .. 
Tapi tulaa , tak tahu mana nak mula . 
Tak tahu mana nak cerita dulu .. 
At the end , pendam sampai lebam .
Paling tidak , menangis dalam diam .. 

Nak buat keputusan dalam hidup ni payahhh .. 
Nak pastikan apa yang kita buat tu betul pon payahh .. 
Kadang apa yang kita rasa betul , bagi orang lain salah .. kadang apa yang kita rasa salah dan berat nak lakukan , benda tu yang orang lain galakkan buat .. 

Seumur hidup , masuk umur aku genap 25 tahun .. 
Aku belajar erti sakit dikhianati . 
Aku belajar erti berdikari tanpa berputus asa . 
Aku belajar terima manusia yang asalnya bukan milik aku . 
Aku belajar jadi baru . Baru semua segi . 

Semangat . Diri sendiri . Semua . 

Aku nak perbaharui . 
Sampai aku ketepikan semua . 
Aku buang semua yang negatif . 
Aku lupa semua yang sakitkan hati . 
Aku tinggalkan semua yang menyesakkan dada . 

Sakit mulanya . 
Sebab semua yang aku sayang . 

Well said , sayang tak selamanya kekal kan ? 
Kenapa nak kena sakit sebab orang lain ? 
Diri sendiri ada hati perasaan . 

Weh , tak pandai nak meluah sebenarnya . 
Tapi cukuplah ujian tu takat tu ja aku rasa perit dia . 
Sakit sangat sampai tak terucap dengan kata kata . 

Orang luar ? 

Manusia boleh menilai macam macam . 
Semua yang menyakitkan . Tak ada yang memahami . 

Masatu tak kisah apa nak jadi . 
Nak menjauh silakan . 
Nak mendekat dipersilakan . 

Sebab jadi semua tu , buat aku rasa kuat hari ni . 

Untung ada Abah .
Dia ja jadi penguat aku . 
Takkan aku lupa sampai bebila . 

Melalui abah jugak , aku tau siapa salah selama ni . 
Aku tau perangai sebenar seorang manusia yang mulia bagi aku . 
Aku nampak betapa sakitnya abah dulu . 
Betapa kecewanya abah dulu . 

Hikmahnya besar . 
Abah senang sekarang . 
Yang salah  ? Berdepan karma barangkali . 

Kenapa mulut aku payah tuturkan maaf ? 

Sebab aku tahu segalanya yang takkan aku boleh terima luar dan dalam . 
Aku tahu segalanya dan aku kadang salahkan manusia tu kenapa aku jadi macam ni macam tu suatu ketika . 

Dunia ni berputar . 
Tanpa sedar , dalam membenci , aku jadi dia . 

Anehnya , disalahnya aku jugak . 
Salahnya tetap pada aku . 
Sebab utamanya ? 

Kedudukan dia lagii muliaaa dari aku . 
Jadi manusia lain takkan nampak apa sebenarnya yang berlaku . 
Hanya tertipu dengan tipu daya helah dia semata mata . 


Hati   
Moga kau tak membenci insan mulia itu   
Kadang buang dendam tu payah . 
Nak melupakan tu jerih .

Tapi kalau boleh buat . 
Itu yang lagii mulia . 

Monday, 9 March 2020

semoga bahagia BFF

Haii Assalamualaikum . 

Haa tinggai entri berapa hari dah .. 
Poyoo ja kenkonon taknak skip sangat entri .. 
Nak semangat update blog pon tak menyempat .. 
Mood pon kenkadang kelaut jugakk haha . 

Well . Entri kalini entri basi ya kita panggil  .
Asal ada story nak cerita as kenangan yang boleh kita ingat , makanya kita cerita sesikit .. gittew .. 

Okay , ni pasal hari bahagia bff aku dari zaman sekolah . Zahirah Asyiqin nikah dengan majlis kahwin dia .. 

Dianii kalau aku spell nama dia salah memang buleh jadik bahan kat aku .. hahhaha .. 

Kebetulan dia nikah hari cuti raya cina .. 
Makanya aku free dah la masatu sebab cuti .. 
So marilah travel walau jarak dekat . 

Gigih hoi travel naik moto semata nak ada hari dia akad pastu attend kenduri dia esoknyaa . 
Kalau dia tak sayang aku lagi aku tatau ah .. hahahhaha


Ni masa kenduri dia . Kat dewan apa tah aku dah lupaa .. hahaha .. cantik lahai kawan baik aku .. 

Petang tu aku dah nak gerak attend kenduri kawan aku kat Baling pulak . Kenduri baling tu esoknya .. tapi sebab jauh kan kalau nak gerak terus dari SP , maka aku pilih stay one night kat sana laa .. alang alangg nak travel sangatt kannnn .. 

Naseblahh laki jenih melayan perangai gila bini dia .. kalau dak mau kena membebel ni sepanjang jalan .  

Teraboqq wehh gambaq .. hahha maapp  ... hatni gambaq atas pelamin kat umah pengantin perempuan .. 
Lepas akad nikah kat masjid , aku follow balik rumah makan makan sikit kat rumah pengantin .. 
Sesambil tu lepas makan , aku pon ambik la kesempatan bergambaq kat pelamin orang .. hahahah .. 

One with my best friend . 
And abaikan muka budak kecik poyo tuu .. 
Apoo lahai muka tanjat centuu budak kecik tu pon .. 

Both them . 

SELAMAT PENGANTIN BARU ZAHIRAH ASYIQIN ZAINAL ABIDIN & SUAMI .. 

Aku doakan hang bahagia sampai Jannah . Berkekalan sampai Syurga .. 

Aku sayang hang dari dulu sampai sekarang . 
Tak berubah . 
Thankyouu sebab jadi kawan terbaik pernah aku ada .

Walau jauh tapi sentiasa dekat dihati . 

Cecepat ligan aku , anak anak aku tak sabaq nak jadik bestfriend anak anak hang pulak . Hahhahahahah . 

Okay done . 
Bye