Saturday, 23 October 2021

Keda Resort Bendang Man , Sik Kedah

Hai assalamualaikum hampa . 

Harini , macam ada masa sikit nak story pasal short travel kelmarin walaupun dekat ja . Still kami semua anak beranak and yang lain happy . Eh wait , even still tak rentas negeri still dianggap travel kan ? Haha🀣

Ekceli mama pengasuh si Yaya ngan Aisya yang ajak seminggu sebelum tu tak silap . Aisya ngan Yaya sangat sukakan air . Jadi aku rasa macam ohh why nott ? Sebab hari yang mama pengasuh depa ajak pon hari aku offday keja . So aku tanpa pikir panjang terus ON . Boleh la release kejab stress keja kat office kan walaupon tak sampai bermalam semata bercuti . Gittewww hahah . 

Untuk kami yang stay Pendang , aku tak pernah lagipon terpikir nak teroka tempat dekat² dengan rumah . Selalu memang nampak nak ke Langkawi ja palingg dekat tapi tulaa , mana ada orang pegi langkawi balik hari untuk bercuti kan . Nak apply cuti hujung hujung tahun macamni for 3 4 hari memang taklaaa . Bertuah la bos aku nak approve cuti aku haha . 

Mana aku pegi ? 

KEDA RESORT , BENDANG MAN , SIK KEDAH . 

Trust me weh , sangat sangat recommedded tempat ni . Honestly tempat dia tenang , bersih , keadaan air pon boleh tahan sejuk haha . Puas berendam anak beranak . Berkelah ramai ramai . Heaven rasa . 


Cuaca mengizinkan kami berkelah sepanjang pagi sampai ke petang hari tu . Masing masing enjoy gila main air . Sesuai untuk anak anak jugak sebab ada ja kolam , then sungai tu sendiri tak ramai sangat orang , (kat kawasan kami pilih tulahh ya) ,yelah sebab banyak pilihan port² kan . Kami tak ambik port dalam dalam sangat sebab honestly nak anak anak enjoy main air . 

Kat sini ada resort/chalet tau . Hampa boleh ja booking bilik . Ohh sebab aku tak sempat nak amik gambaq bilik bilik rehat yang mama pengasuh dia amik untuk halfday (dari lagi sampai 5 petang) untuk salin baju bersihkan diri rehat rehat . Macam macam pilihan bilik ada so hampa boleh direct pegi page Facebook 'Keda Resort Bendang Man ' untuk tengok sendiri pilihan bilik yang ada . 

Disebabkan mama pengasuh Yaya ngan Aisya dah booking 2 bilik untuk halfday , so kami yang konvoi 6 bijik kereta dari Pendang ke Sik tu yang lebih 30 orang , boleh masuk mandi kat situ for free . Aku taktau la kalau masuk saja kena bayaq ka dak haha . 

Masuk pon mudah , wajib scan suhu and mysejahtera macam biasa , well norma baru kan sekarang , kita follow ja okay ? Haha . Ambik kunci bilik then p letak barang barang . Then terus cari port yang boleh mandi berkelah ramai ramai . Puas hati tengok anak anak main air . Yaya tu sampai takmau balik haha . 

Ekceli penuh ja juadah atas tikaq tu , tapi disebabkan ralit main air , so ni masa mengemas baru terpikir nak amik gambaq . And tak terpikir pon nak update blog hahaha . Unplan . So expect la aku lupa amik gambaq segala segi hahahah . 

Disebabkan aku balik keja lambat malam sebelumnya tu and kedai tak bukak dah , aku just bangun awal and siapkan bekal apa ada ja . Redho ja aku pon hahaha . Sempat buat roti sosej sardin , goreng keropok keping and kentang sikit , bawak kek pisang . And done bahagian aku hat tah apa apa hahahahaa . Mengalahkan orang busy nau nau tau πŸ˜…

Naseb mama pengasuh depa masak nasik ngan lauk lauk . Memahami macam biasa alhamdulillah . And Mama Saif (mak budak asuhan mama ayu depa jugak ) banyak jugak masak siap sediakan bahan buat barbeku lagi pheww . Mama Saif tu doktor tau , tapi menyempat ja masak macam macam . Aku hat tah apa apa ni tak menyempat nak masak apa hahaha daserrrr sangat perangai 🀣🀣

Puas hati main air kat sini . Main sungguh hahaha . Jangan tanya kenapa takda gambaq si Yaya . Sebab dia dari jejak ja kaki kat sini , asyiklahhh main dengan kenkawan dia sampai takk hirau dah mama baba dia haha . Bebudak guys . Jumpa geng terus lupa habeh makpak πŸ˜… mama is redhoo .. 

Aisya tu sampai tertido dalam sungai tu Baba dia punya dodoi dukung dia haha . Lastly baru naik darat biar dia lena dalam kereta . 

Baba dia yang jagakan anak tu ya . Sesambil mama tolong tolong sesikit kemas barang nak balik bilik berehat . Oh sempat jugak ja selfie ngan baba depa masatu . 


Lepas asar , kami dah mula berkumpul nak gerak ke next destinasi . Berjalan jelahh happykan anak anak hari tu . Next destinasi tu kemana aku akan share kat next entri okay . Takmau campoq entri sebab kang lagi panjanggg aku kena karang hahahahah . 

Sempatlahh masa lepas serah kunci bilik kat kaunter masuk tu , amik gambar ramai ramai . Itupon tak lengkap semualahh sebab 2 keta dah balik awal . Tak ikut sama ke next destinasi . 


Next entri aku story pasal next destination pulak k guys ? So far sini best gilaaa . Rating 10/10 aku bagi sebab aku takda masalah lansung dengan tahap kebersihan , staff , persekitaran kat tempat ni . Lepas dah berkurun sejak MCO tak pegi memana kan , ni adalah cadangan terbaik untuk bawak anak anak bersuka ria main air . 

Till next entri guys πŸ’œπŸ’œ


Tuesday, 19 October 2021

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum semua . 

Haii . Sekian lama tak menaip. 

Harini sempena Maulidur Rasul 2021 , aku menaip sikitlah ehh , heeheπŸ˜…

Moga makin hari makin baik . 
Lamaa tak aktif menulis . Ekceli rindu nau nau nak menaip , menulis , cari idea . Tapi tulaaa , masa selalu suntuk ja haha . Busy keja , busy dengan rumah . Ehhh alasannnn hahahhahaha . 

Apapon , takmau bebel banyak hari Maulid Nabi ni . Simpan hari lain yang tah taktau bila pulak nak muncul entri baru dalam blog ni haha . 


Stay safe hampa . Elok elok balik kampung . Dah lama tak boleh rentas negeri kan asyik berkurung asbab PKP ? So manfaatkan masa dengan yang tersayang sebaiknya okay ? 

Take care hampa . Covid ni takkan habis . Harap semua kita dilindungi Allah sentiasa . Ameen πŸ’œ

Wednesday, 26 May 2021

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Haii assalamualaikumm ..
Lamaaa jugak tak berupdate blog . Rindu nak menulis tapi tulaaa , tak menyempat sebab selalu banyak keja lain yang penting nak kena settle . 

Harini , 14 Syawal dah .
Takpaa kan baru nak wish raya ? Haha . Rayakann sebulan . Walaupon raya dalam PKP kannnnn haha . 

Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga . 

Mana ada tersalah silap . Terupdate bebukan , tersalah bagi info ka , tersilap luah perasaan ka , sis mintak ampun maaf kat semua . Sebab kita manusia ., Yang baik tu tentunya dari Allah . Yang buruk tu dari diri kita sendiri . 

Salam kosong kosong ehh semua hee . 

Raya kalini raya kat rumah sewa sendiri . Alhamdulillah sedeehana saja . Nak beriya sangat tak boleh sebab kalini pon raya dalam PKP . Cuma bezanya raya kalini SOP lagi ketat sampai nak melawat menziarah pon tak boleh . Jangankan nak merentas negeri , merentas daerah pon tak boleh .. ehh jangankan nak merentas daerah , nak beraya sebelah rumah pon tak boleh .

Pheww . Takpalaa . Bersyukur jelah sebab boleh jugak raya dari tak boleh . 

So decide nak amik slot photoshoot pagi raya . At least bagi ada jugak kenangan raya . Pergi photoshoot kat studio pon kena Que naa . SOP ketat jugak . Setengah jam saja pon okay . 

Cukuplaaa dari tak ada . Lagipon this year tahun pertama kami raya dengan si Aisya Humaira . 

Walaupu budak budak sangatlahh tak mesra kamera maka mama ngan baba tapau jelah bagi cukup masa setengah jam . 

Shoot masa raya ada promo . Bawah 100 sajoo . Jadi berbaloilahh untuk marhaen macam aku . Hahaah

Jadi nah , aku abadikan banyakkk gambaq shoot haritu . Kot hilang dari fon aku , ada jugak dal blog an . Uhuu bijak hahahahah . 

Abaikan mama baba yang makin tembun saban tahun . Mama dah tak koser nak layan diet yang asyiklah kelaut dan tak jadi sebab mudah terpengaruh dengan makanan . 

Mama naik badan , baba ikut naik badan sama . Maka adil . Anak anak makan banyak tapi badan macam tu la jugak . Mama is jeles hahahahhah . 

So tema raya puasa tahun 2021 warna merah naa . Mama bantai ja sebenarnya nak kaler ni . Asal boleh . Naseb cantik jugak tema ni . Menyerlah semua . 

Boleh pikiaq tema raya tahun depan pulak kalau panjang umur . 

Maaf gambaq banyak . Saja nak penuhkan wall . Selalu jarang kan update blog . Haha . 

Minnal aidil walfaizin hampaa . 
Salam aidilfitri untuk semua . 

Moga raya tahun depan takda dah covid jahat ni kat dunia . Kesian bebudak sekarang takleh rasa nikmat hari raya macam dulu .

Jumpa lagi kat post lain . Thankyou baca . ❤️

Tuesday, 20 April 2021

Fatihah Zulaikha



Assalamualaikum guys . 

Sedar tak sedar dah seminggu dah puasa . 

Fatihah Zulaikha tahun ni 5 Tahun . 
Dia belajar tabika tahun ni . 
Tahun ni jugak mama slowly ajar dia puasa . 
Sekerat hari pon okay . Sebab kecik lagi kan .. 

Budak Tihaa ni kuat minum air . 
Mama tak risau dia lapar sebab dia mesti akan cari air . Dia jarang lapar makan . Sebab dia makan pon sikit lahai . Mungkin tu kot badan dia kecik ja alahai .. 


Dia mintak bekalkan dia air pegi tabika . Mama angguk ja . Sebab tau dia jenis bangun terjaga memalam buta pon pegi dapor minum air gelap gelap haha . Takpala sayanggg , moga besar dengan sihat . Slow slow belajar nanti lama lama boleh puasa penuh macam mama baba .❤️


Budak ni jarang selfie ngan mama sekarang ni . Dia asyik mintak amik gambar dia sorang ja . Tak pon dia mintak record video dia acah kandid video . Comel ja lahaii tak padan dengan umur dah pandai acah acah 🀣🀣


Thankyou sayang sebab selaluu ada dengan mama . Dia kuat dengan cara dia . Dia cengeng , tapi dia matang . Mama sayang sangat budak kecik ni sampai bila bila . Selalu ja pujuk mama kalau nampak mama sedih . Selalu remind mama jangan buat Baba marah nanti dia takot 🀣🀣 Tengok dia pon tau mama sejenih suka cari pasai dengan Baba dia hahahahaha .. Kalau mama sakit pesan suruh makan ubat . Lahaii sweet anak sorang nii .. 

Mama doakan Nur Fatihah Zulaikha membesar dengan sihat ,bijak pandai , jadi orang berguna . Besar nanti jaga mama k ? 

Mama Loveyouu ♥️♥️♥️


 

Wednesday, 14 April 2021

Salam Ramadan

Assalamualaikum . 

Harini hari kedua puasa . 
Kelmarin first day puasa yang sepatutnya kena kerja (walau dalam kedah sepatutnya Public Holiday) but aku cuti sendiri πŸ˜… .. Biasalahh boss Chinese , tak paham perasaan sambut puasa . Bagi depa biasa biasa ja setakat bulan puasa . Naseb baik bos baik , kalau takkkkk .... Hehehhehheh 

Orait , Alhamdulillah dipertemukan lagi dengan Ramadan tahun ni . Syukur sangat . Tahun ni puasa kat rumah sewa , dengan suami ngan anak anak , lain rasa dia . 

Tahun lepas puasa masa tengah Fasa 1 MCO . Dia punya bosan tahun lepas tu sampai tahun ni boleh ingat lagi apa buat firstday puasa tahun lepas . Dengan tahun lepas masa puasa still lagi duduk dengan mak mertua kesayangan , suasana tu memang lain . Berbuka reramai dengan adik adik ipar semua , pon sangat lain . Juadah tak hebat mana pon takpa asalkan suasana tu dapat rasa . MCO pon , puasa tetap puasa . 

Tahun ni , berbuka dengan suami ja . Anak anak kecik lagi nak puasa pon , tapi si Fatihah memang aku ajar dia slow slow . So berbuka sekali semalam . 

First puasa , aku masak . Tapi harini since dah keja balik , masuk office mungkin tak sempat nak masak . Balik pon dah pukoi berapa . Suami pon tah pukoi berapa jugak habis bawak lori . Harapnya sepanjang bulan puasa ni Allah kurniakan tenaga dan kudrat yang kuat untuk dia tetap mencari rezeki . Aminn . 

Okay guys , Selamat menyambut bulan Ramadan. Selamat Berpuasa dari kami sekeluarga . ❤️