Tuesday, 20 April 2021

Fatihah Zulaikha



Assalamualaikum guys . 

Sedar tak sedar dah seminggu dah puasa . 

Fatihah Zulaikha tahun ni 5 Tahun . 
Dia belajar tabika tahun ni . 
Tahun ni jugak mama slowly ajar dia puasa . 
Sekerat hari pon okay . Sebab kecik lagi kan .. 

Budak Tihaa ni kuat minum air . 
Mama tak risau dia lapar sebab dia mesti akan cari air . Dia jarang lapar makan . Sebab dia makan pon sikit lahai . Mungkin tu kot badan dia kecik ja alahai .. 


Dia mintak bekalkan dia air pegi tabika . Mama angguk ja . Sebab tau dia jenis bangun terjaga memalam buta pon pegi dapor minum air gelap gelap haha . Takpala sayanggg , moga besar dengan sihat . Slow slow belajar nanti lama lama boleh puasa penuh macam mama baba .❤️


Budak ni jarang selfie ngan mama sekarang ni . Dia asyik mintak amik gambar dia sorang ja . Tak pon dia mintak record video dia acah kandid video . Comel ja lahaii tak padan dengan umur dah pandai acah acah 🤣🤣


Thankyou sayang sebab selaluu ada dengan mama . Dia kuat dengan cara dia . Dia cengeng , tapi dia matang . Mama sayang sangat budak kecik ni sampai bila bila . Selalu ja pujuk mama kalau nampak mama sedih . Selalu remind mama jangan buat Baba marah nanti dia takot 🤣🤣 Tengok dia pon tau mama sejenih suka cari pasai dengan Baba dia hahahahaha .. Kalau mama sakit pesan suruh makan ubat . Lahaii sweet anak sorang nii .. 

Mama doakan Nur Fatihah Zulaikha membesar dengan sihat ,bijak pandai , jadi orang berguna . Besar nanti jaga mama k ? 

Mama Loveyouu ♥️♥️♥️


 

No comments:

Post a comment