Wednesday, 14 April 2021

Salam Ramadan

Assalamualaikum . 

Harini hari kedua puasa . 
Kelmarin first day puasa yang sepatutnya kena kerja (walau dalam kedah sepatutnya Public Holiday) but aku cuti sendiri 😅 .. Biasalahh boss Chinese , tak paham perasaan sambut puasa . Bagi depa biasa biasa ja setakat bulan puasa . Naseb baik bos baik , kalau takkkkk .... Hehehhehheh 

Orait , Alhamdulillah dipertemukan lagi dengan Ramadan tahun ni . Syukur sangat . Tahun ni puasa kat rumah sewa , dengan suami ngan anak anak , lain rasa dia . 

Tahun lepas puasa masa tengah Fasa 1 MCO . Dia punya bosan tahun lepas tu sampai tahun ni boleh ingat lagi apa buat firstday puasa tahun lepas . Dengan tahun lepas masa puasa still lagi duduk dengan mak mertua kesayangan , suasana tu memang lain . Berbuka reramai dengan adik adik ipar semua , pon sangat lain . Juadah tak hebat mana pon takpa asalkan suasana tu dapat rasa . MCO pon , puasa tetap puasa . 

Tahun ni , berbuka dengan suami ja . Anak anak kecik lagi nak puasa pon , tapi si Fatihah memang aku ajar dia slow slow . So berbuka sekali semalam . 

First puasa , aku masak . Tapi harini since dah keja balik , masuk office mungkin tak sempat nak masak . Balik pon dah pukoi berapa . Suami pon tah pukoi berapa jugak habis bawak lori . Harapnya sepanjang bulan puasa ni Allah kurniakan tenaga dan kudrat yang kuat untuk dia tetap mencari rezeki . Aminn . 

Okay guys , Selamat menyambut bulan Ramadan. Selamat Berpuasa dari kami sekeluarga . ❤️



Sunday, 28 March 2021

Perangai

Hai guys . Lama aku tak menulis kat sini . Banyak gila story nak luah kat sini tapi macam biasalahh alasan aku yang biasa hampa dengar , aku is busy 😅😅

Okay , harini sis nak tulis pasal perangai . 

Perangai baik atau buruk ? Both ! 

Perangai ni datang dari mana ? Dari dalam diri sendiri ka atau pengaruh dari orang sekeliling ? Or perangai ni sebenarnya boleh jadi dari keturunan sendiri ? Turun temurun ? Haha dah macam cakap pasal saka pulak turun temurun 🤣

Lets cakap pasal aku . 
Perangai aku menduga sebenarnya . Yang mana kenal aku tu tahulah . Lumrah anak sulung , aku keras kepala . Ego tinggi tapi sangat senang mengalah . Tak ni bukan puji diri sendiri . Ni aku cerita pasal aku . Haihh . 

Apa lagi perangai aku ? Aku suka mintak pendapat orang . Nak buat apa apa aku selalu mintak pandangan orang lain dulu . Tapi tulaa , kebiasaan yang jadi jaranggggg aku nak ikut pendapat tu kalau tak masuk dengan kepala otak aku haha . So macam tak guna mintak pendapat orang kan ? 🤣🤣

Sekarang aku nak tanya hampa pulak . 
Let say , kalau perangai mak tu , menurun tak kat anak ? Consider ya la kan ? Sebab anak . Contoh mana lagi dia nak ikot kalau bukan mak ayah dia . Tapi biasanya bagi aku , perangai ni sebab pengaruh jugak . 

Contoh kalau yang besarkan hampa dari kecik sampai besar tu bukan mak ayah hampa , then perangai hampa tu more pada sapa ? Posible tak kalau still perangai mak ayah tu menurun kat anak anak ? 

Haaaa whyy aku rasa serious nau ? Macam complicated pulak . Nak explain pon dah jadi bengong nak olah ayat 😅😅😅

Actually , pasal perangai ni keep bermain dalam otak fikiran aku . I just dont know why . 

Aku selalu overthiking kalau perangai aku hat aneh aneh tu menurun kat anak anak . Or maybe perangai aku yang tidak tidak sekarang ni maybe sebab menurun perangai mak abah aku dulu ? 

Heyyy banyak nau mengarut ni . 
Mengarut tapi still nak jugak ambik tahu haha . 

Or else , perangai kita ni too strong tak eh nak ubah sekelip mata ? 

Guys , ulas jab boleh ? Aku bengong dah hahahaha. 


notadariNH : perangai cemana pon kita , make sure yang baik baik jelah anak anak ikut . Yang aneh aneh tidak tidak bukan bukan tu haraplaa anak pejam mata tak nampak . Maluuu kat anak 🥴😅


Wednesday, 21 October 2020

PrOmO guyssss !!!!

 haii hampaaa ..

mesti hampa dok tertanya tanya pasai promo apa hat aku nak buat lepas baca tajuk an? 


come on guys , 

untuk pengetahuan hampa , aku ada jual baju baju bundle murah murah gilaa .

and now baju baju aku jual tengah promosi ..


hat mana berkenan silalah direct whatsapp aku untuk beli okay .


Murah murah ja nah hampa . 

Tshirt lengan pendek roundneck tu dari bale gred A tau . 

Biasa aku jual sehelai rm20 keatas . 3 helai rm50 biasanya . 


Sekarang PROMO aku juai sehelai rm10 sahaja . 3 helai rm25 . Pembelian melebihi rm50 aku bagi freepostage . Ada freegift sekali . 


Sweatshirt 3 helai rm20 sahaja  . 

Baju ladies long sleeve promo sehelai rm3 saja . 10 helai rm20 . 


Hampa nak cari mana seller baik macam aku hahahahhahahha .. 


And satu lagi promo barang aku jual yang tengah jalan , 






PROMO THEJAMU BY SHE NATURAL . 

Harga biasa yang ni rm25 sebotol ya . 

Stock tak banyak dah kat aku . 

Mai la hampa grab tolong bagi perabeh .

Serius hampa amalkan jamu ni best sangat sangat . Hampa akan rasa sendiri manfaat , kelebihan dia nanti . 

Sebab aku sendiri memula jadi pembeli tegar dulu . Serasii dan banyak manfaat kat aku , aku sign up jadik seller ah terus hahhahaha . 


Aku boleh explain banyak lagi kat hampa . 

Satgi aku tinggai no wassap aku kat bawah okay . Hampa boleh whatsapp aku bebila saja . Kedai aku bukak 24/7 . Hee . 


Yang mana nak elok luaq dalam , cantik menawan memikat , boleh cuba The Jamu . 


Yang mana dok cari baju memurah , boleh cari baju baju aku jual . Dijamin puas hati . 


WHATSAPP


wasap.my/60138580792/promo


IG / Pages FB 

@nhstorecentre


Facebook 

NORLIDA HIDAYU

WW : Fatihah + Aisya

makin membesar budak dua orang ni ..

dua dua lain ragam .



semoga menjadi anak anak bijak baik dan berjaya ya sayang sayang mama baba :)







Monday, 19 October 2020

Thankyou For Everything Sayang 😘

Hai . Assalamualaikum .. 



Harini aku cuti . 
Cuti sebab nak selesaikan masalah duniawi . 
Tapi Alhamdulillah , takkan ada satu pon masalah yang ada dalam dunia ni , yang tak ada jalan penyelesaian . 
Alhamdulillah dengan belas ihsan dan kasih sayang Allah , maka masalah yang serabutkan kepala pon dipenghujung jalan dah . Syukur Ya Allah . 

Dalam hidup , setiap hari , ada saja azam baru dalam diri . 
Aku cuma nak jadi baik . Nak baik dengan semua . Nak jadi baik dengan Allah . Sebab semua rezeki , Allah yang turunkan . Semua dugaan , penyelesaian kat Dia . Nak rezeki melimpah , kita kena abdikan diri kat Dia . 

Aku tak baik mana . Tapi aku cuba setiap hari . 
Biarlah tak baik dimata dunia , di mata manusia ,asal aku tahu apa aku buat , Allah tahu . Allah nampak , Allah yang adili . Aku tak perlu endahkan segala perangai dan perilaku manusia . 

Mereka nak memfitnah  ? Silakan . Andai itu betul sekalipon , aku yakin Allah tahu sebabnya . 

Mereka nak mengatur buruk ?? Silakan . Andai itu terjadi sekalipon , aku yakin Allah sentiasa nampak , Dia tak buta . Dia tahu menilai . 

Mereka nak merendah rendahkan atau memandang serong ? Juga silakan . Andai apa yang terjadi itu adalah seperti tanggapan mereka , aku yakin Allah tengah rencanakan sesuatu yang terbaik untuk aku . 

Untuk setakat ini , aku hanya ingin bersyukur , bersyukur kerana walau dalam keadaan ini , aku sentiasa ada suami yang memahami . Yang selalu menyokong . Yang tak pernah mengecewakan . Yang selalu membantu . 

Biar dia kurang dimata mereka , asal aku tahu dia sentiasa lakukan yang terbaik untuk keluarga . 


Setakat hari ini , Alhamdulillah aku bahagia . 
Bukan bermakna bahagia aku takdak lansung pergolakkan dalam rumahtangga , tapi bahagia sebab Allah hadirkan dia sebagai penghapus airmata yang selalu mengalir dimata aku bila selalu sangat fikirkan apa saja kata manusia terhadap aku . 

Aku tak lebih tak apa . Aku tak kaya tak apa . 
Asal aku tahu aku dah berusaha sehabis daya . Asal aku tahu suami aku juga ada nilai usaha dia sendiri untuk sama sama bangunkan keluarga . 
Cuma bagi kami masa . Tak mudah nak stabilkan sebuah keluarga yang baru sangat dibina . Asalkan sama sama faham istilah Tanggungjawab dan sama sama usaha kearah tu . Bukan hanya tahu mengambil kesempatan atas sesiapa . 

Sekurangnya aku tak membiarkan orang yang sepatutnya menjadi tunggak utama harapan keluarga tu diam dan bongkak dirumah . Usaha bukan hanya dibibir ya anak anak . Usaha tu banyak segi . Kalaulahh setakat usaha tu hanya dibibir dan angan angan tanpa apa apa , hanya mengharap rezeki jatuh dari langit , ya ! Rezeki tetap ada untuk setiap hamba Allah . Tapi kalau sedikit atau tak mencukupi , janganlah demand bukan bukan . Janganlah hidup tapi tak ukur baju dibadan sendiri . 

Ehh wait , aku tulis entri ni actually nak dedikasikan ucapan terima kasih untuk suami aku . Sebab dia sentiasa usaha . Dengan kudrat . Dengan kudrat itu aku jadi seperti hari ini . Dengan kudrat dia aku boleh pegi keja tiap hari , balik rumah semula dengan selamat . Dengan kudrat dia jugak segala aktiviti COD aku dia yang sempurnakan . Berpanas berhujan demi nak tolong isteri yang macam macam kerenah . 

Yang mana kudrat dia pada orang lain tu sangat tak bernilai . Takkan aku nak senaraikan satu persatu baru manusia tahu menilai mana kaca mana permata . 

Mungkin aku salah meluah . Kadang kala bergaduh , menangis , marah kecewa tu biasa . Yang tak pernah rasa hidup berumahtangga tu , jangan tahu bercakap ja . Lalui dulu . Baru tahu macam mana asam garam ada keluarga . 


 At last , taknak melalut bebukan . 

Tak baik membukak aib . 
Tak elok membuka pekung didada sendiri . 

Allah ada . Biar Allah yang buktikan . 
Biar Allah yang adili . 

Bahagia aku , aku tahu ukur macam mana . 
Sekurangnya , aku tak sentiasa makan hati macam macam . 
Sekurangnya , aku tahu suami aku bertanggungjawab . 

Walau tak cukup harta dunia dia bagi kat aku , 
Sekurangnya dia mampu jadi imam yang baik untuk aku . 

For my special husband , please tahu , no matter what happen , i will always support you . Whatever you do . Manapon awak pegi . Doa saya sentiasa iringi setiap langkah awak tanpa henti . 
Percayalah , doa saya Allah akan dengar dan kabulkan . 
Percayalah , apa yang saya angankan , saya akan dapatkan walau apa cara sekalipon . Saya pasti Allah bantu kita .

I loveyouu 😘