Macam dah lama tak karang blog hehe .
Bukan sebab tak menyempat , tapi asyik bertangguh , sudahnya lupa .
Then bila teringat , rasa takdak mood pulak nak menaip masatu haha .
Well , untuk mak mak konon terpaling busy macam aku ni perlukan mood yang okay dan suasana yang tenang ya untuk update blog .
Baru otak geliga sikit nak atur susun ayat ayat dalam nih haha .
Dah masuk Ogos dah kan tahun 2023 ni .
Cepat gila masa sekarang . Pejam celik ehhh tukar hari . Pejam celik ehh dah tukar minggu . Pejam celik lagi ehhhh dah tukar bulan dah . Phewwwww .
Bulan merdeka ni .
Ada anak sekolah si Yaya tu , mula lahh awal awal pesan mama baba dia belikan bendera , mintak buatkan crown la apa . Dia ingat mama dia pandai serba serbi semua benda hagaknya ehh , main request ja hahhahah .
Itupun sama jugak , pejam celik ehh dah anak dara budak tu . Darjah 1 dah dia . Dah pandai ringankan keja mama kat rumah tolong mama apa patut . Dah pandai mintak ajarkan dia masak . Dah pandai nak bergaya . Dah pandai nak cantik . Siap mintak aku ajar dia mekap lagi wehhh , advanceeee anakkk aku nyahh 😂😂.
Itu kakak , yang si Aisya , masuk 3 tahun lebih ni , makin pandaii lancar bercakap . Makin hari makin panjang ayat dia karang nak bercerita la apa kat mama baba . Dengan mimik mimik muka sekali , ishh comellll .
Si Alisa , 8 bulan dah dia weh . Sat ja masa . Macam dok terasa lagi sakit tanggung contraction nak beranakkan dia . Ehh dah boleh merangkak merata laju laju ikut kemana ja langkah mama . ishhh , betullah orang cakap , masa dengan anak anak ni sebenarnya singkat ja . Betullah tu .
masani gigih si Aisya ajak amik gambar . aku layankan ja since memang jarang dah sekarang nak amik gambar sekali macamni . Nak keluar masani, semangat betull pakai mask sampai taknak bukak dulu .
nihaa si kecik Alisa , macam tak percaya dah lapan bulan dah dia . cepatnya lahaii besar anak anak mama .
Ehh , aku post ni dah pagi buta .
Pukul 1 pagi lebih , anak anak dah diulit mimpi semua , aku baru siap mendobi .
Itu yang mengarang pasal anak anak .
Mak mak punya simptom jugaklah ni , anak celik mata keja nak menyinga ja garang garang . Bila anak dah lena sunyi sepi alahaii rindu pulakkk hehee .
Yerr , aku mendobi memalam . Mengemas pon memalam .
Siang tu takda maknanya nak mengemas mendobi bagai . Si Alisa Aisya tu asyik mengikut ja mana mama ulang alik buat keja . Satu lagi kemas siang kang , cepat ja sepahnya . Tak boleh ya , nanti mak stress .
Jadik segala kerja selesaikan waktu anak anak dah lena .
Soooooo tenanggggggg .
Mama siap boleh healing baca blog hampa sesambil hirup cuppocino lagi haa . Surrrrrrrrrr .
Ehh , hampa kena mengundi dak tu ?
Nak mengundi dah satgi ni , jangan lupa jalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi tau .
Kita pilih pemimpin yang elok untuk negari dan negara kita jugak .
Aku nak kena balik Sik . Mengundi sana .
Yang shuben aku kena balik kampung dia kat Alor Setar .
Kadang rasa menyesal tak tukar alamat IC . Hahahhah .
Jenuh nak kehulu kehilir kang . Naseb baik lakibini orang Kedah jugak . Lain daerah ja . Itupon rasa macam nak jadik kelam kabut dah satgi rasa .
Takpalaa , harung jelah . Bukan selalu hahhahahha .
Harap harap budak bertiga tu tak buat perangailahh .
Sampai sini dulu k story kalini . Aku nak kena rest .
Kang nak bangun awal . Laki aku dah berkobar nak mengundi . Padahal esok pagi kang baru habis keja . Semangat betul dia !
Untuk yang baca entri ni , yang kena mengundi , Selamat mengundi k !
psss , undi apatuuu ? 😉😉🤪