Thursday, 18 November 2021

Budak cerdik mama 💜

Haii assalamualaikum hampaaa . 

Masuk November 2021 , tabika dah start boleh beroperasi dah . Alhamdulillah . 

Si Yaya tu baru 5 tahun , tapi kerap nau tanya bila nak sekolah bila nak sekolah . Tak sabar hagaknya nak jumpa kawan kawan , jumpa cikgu cikgu , makan sedap sedap ehh ? Hahaha

Sayangnya minggu pertama sekolah Yaya selsema sikit . So memang takmau campur dia ngan bebudak lain . Plus minggu pertama tu 2 hari ja sekolah lepastu cuti balik sempena Deepavali . 

So next weeknya tu , dia dah mula pegi sekolah . 


Mama amik gambaq ni masa tengah tunggu Baba dia p isi minyak kat Shell yang dekat ngan umah . Alhamdulillah setakat harini dia selalu happy bila nak pegi sekolah . 

Belajar pandai jadi manusia berguna nah Fatihah Zulaikha mama sayang 💜

Doa mama sentiasa dengan Yaya . Sayang mama tak pernah padam . Sayanggggg anak mama ni sangat 💜

Tahun depan dah 6 tahun dia . Cepatnya masa . Banyak benda kadang tak perasan yang anak anak sedang membesar dengan cepat . Boleh ajak borak . Boleh mengadu . Pandai pujuk . Pandai bebel . Pandai tolong mama . Pandai layan adik . Pandai segala . Alhamdulillah . 

Semoga Allah lindung semua anak anak aku . Diberi kesihatan yang baik . Dikelilingi manusia baik baik . Amenn . 

Wednesday, 17 November 2021

My Fav Car Ever !

Hai hampa . Salam hari rabu haha . 

Wordless for today . 

Setiap orang ada impian masing masing kan ? 
And kalau nak tau , nilaa impian dari form 4 . 

Nak ada sebijik Mitsubishi Lancer merah terang acenni . 

Doakan seketul Idaa murah rezeki selalu ya hampaa . Ameen . 

Sunday, 14 November 2021

RUDE !

Haii hampa . Assalamualaikum . 

Harini entri nak bebel . Tapi taklaaa bebel takda point. Kang orang kata aku meroyan pulak . Walhal hakikatnya memang nak meroyan hahahahhaha . 

To be short , aku just takleh nak brain , how can eh bebudak lepasan SPM , budak budak menengah sekarang , pergaulan depa melebihi kita yang dah nak masuk 30 series ke atas . Maksud aku , cara percakapan , bahasa , pergaulan and etc . 

Aku macam tanjat bila kena sendiri dengan 'budak' macamni . Seriously , rasa macam wowww . Hebat gilaaa bebudak lanii guna bahasa untuk berinteraksi dengan orang yang lebih tua . 

Bagi aku , kalaupon takda rasa hormat kat orang yang lebih berusia dari hang sebab maybe hang tak suka orang tu or apa apa jalaa , at least please have a manners . Kita yang berakal , terpikir banyak kali tau nak beradab atau dak dengan orang yang tua dari kita. Rasa macam tak gamak nak kurang ajar tanpa sebab . 

Aku taklah kata aku ni baik nauu budi bahasa . Tapi at lease mulut aku ni janggal la nak memaki orang sesuka hati . Bila kena maki centu dengan budak budak bawah umur aku , aku jadik sentap jugak ah , bukan sentap sebab terasa ka apa , tapi sentap sebab terkejut macammana cara didikan dia yang masih ada mak ayah , yang belajar sampai tamat SPM , tapi kata kata carut maki semua seakan mudah dilafaz kat mulut seharian . 

How can eh ? 

Hidup ni macam roda . Hang baru nak melangkah masuk alam dewasa . Baru nak merasa selesa bila dah mula masuk ke alam kerja . Tapi bagi aku , still jauhhh lagi perjalanan yang hang nak kena hadap dalam hidup hang . 

Aku still boleh consider bila budak macam ni nak bahasakan aku kau , hang aku , dengan aku . Still boleh accept kalau kata makian tu takat hang sebut Bab* , bod*h , bing*i , walauu tu pon boleh dikategorikan as bahasa kasar and tak patut dilafaz bila bercakap atau berurusan dengan orang yang lebih tua . 

Ni sampai tahap melampau bagi aku bila budak 21 tahun label aku pu**mak ! Bukan nak marah tapi sumpah takleh hadam . Aku rasa speechless gilaaa kot . 

Aku lancang weh bila orang cari pasal dengan aku tapi tak pernah la sampai memaki . Tak sampai hilang manners . Tak sampai terlalu biadap . Even kadang kadang penyebab aku jadi lancang tu terlalu menguji kesabaran aku as wanita , as manusia biasa . Tapi bila kena ayat centu , first thing aku fikir , macammana ehh mak ayah dia didik anak ? Macammana eh dia boleh terlalu mudah terpengaruh belajaq berkasar sampai macam tu ? 

To be honest , aku yang pernah hidup 8 tahun dengan lelaki panas baran , kuat memaki , kaki pukul , sumpah aku rasa takguna gila sepanjang 8 tahun tu dan tulahh tne worst thing yang aku akan pastikan takkan berulang dalam hidup aku sampai bila bila ! 

Betullah , cara kita adapt matangkan diri kita bergantung jugak dengan siapa kita bergaul . Dengan siapa kita berkawan . Salah pilih kawan , habes laa . Salah pilih partner , good luck la for masa depan . 

Takkk , tak marahhh . Nak kata aku meroyan ? Tak jugakk even benda yang buat aku melenting tu berkaitan dengan hidup aku jugak . Tapi still dari awal , even aku tau budak tu muda dari aku , awal 20 an , baru 21 tahun , aku still boleh respect apa . Cakap elok elok , tak kasar , still berlembut . Sebab apa ? Sebab dia perempuan , aku perempuan . Sebab apa ? Sebab setiap manusia wajar dihormati . Sebab apa ? Sebab aku tak tuding jari salahkan orang yang tak pernah bersalah , tak pernah ada salah , and tak pernah kacau hidup aku . 

Senang kata , hang baik dengan aku , aku balas baik 10 kali ganda . Hang biadap dengan aku , maaf , sorrg to say , hang hilang respect aku . 

Nak orang respect , belajar respect orang . 
Nak jadi wanita matang , belajar selidik apa yang betul apa yang tak betul . 

Orang matang , sentiasa tahu yang manusia tak pernah terlepas dari buat salah . Dan orang matang takkan jadi biadap dengan orang lain tanpa sebab . 

Even beralasan , tapi biar nampak terpuji . Biar tersakiti , biar nampak berpendidikan . 

Panjang pulak bebel meroyan kat entri ni . Saja nak ulang apa yang biasa kita dengar . Budi bahasa budaya kita . 

Hang berkawan dengan orang baran , sendiri boleh fikir , baik atau tak nak ikut sekali perangai tu . Unless hang tak rasa bersalah bila orang yang nilai peribadi hang ,tuding jari dekat parents hang sebab tak pandai didik anak . 

Its always a choices ! 

Pilih dengan bijak . 
Fikir dengan matang . 

Orang takkan anggap hang tu berakhlak bila dengaq hang carut dan biasakan bila bercakap dengan orang . Nampak remeh , tapi kesannya dalam . 

Sekiann . Entri ni mungkin berbentuk keperibadian sikit , tapi nak tekankan satu benda , 

DALAM DIRI , KENA ADA RESPECT , KENA ADA MANNERS . 


Saturday, 13 November 2021

Pengalaman Lahirkan Aisya Humaira

Hai assalamualaikum hampa . 

Harini baru nak up pengalaman masa lahirkan Aisya Humaira . Sebab dalam ramai anak anak aku , kat dia lain maciam sikit sebab masatu waktu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) ketat kat Malaysia ni kan . 

Even si Aisya tu dah setahun empat bulan lebih dah , tetap jugak nak story sini buat kenangan masa depan . Agittew hahahah .

Short story , masa aku masuk office 10hb Jun 2020 tu , aku rasa dah tak selesa . Sebab masatu lagi 2 hari nak masuk 37 minggu pregnant . Sarat tapi aku still okay buat kerja macam biasa , aktif macam biasa . Haritu sepanjang hari memang rasa penat sikit . Ada contraction sikit tapi aku buat macam biasa ja tahan . Bagi aku baby tengah aktif . Takut kang sampai spital depa suruh aku balik pulak . Dah la jauh rumah ngan spital . Taknak la berulang banyak kali . Target aku memang kalau pegi spital , nak terus bersalin ja . Aku taknak masuk banyak kali . Tambah waktu waktu PKP tu , memang tak laa aku nak rajin rajin check in spital . Hahaha . 

Mai petang , sakit macam lagi kuat . Aku rileks lagi . Cuma lagi mengah . Letih padahal aku tak buat keja apa sangat pon haritu . Balik keja , tunggu laki amik , dia sampai aku terus mengadu cakap letih gila , then sakit sikit . Dia ajak pegi spital , aku cakap sokay aku okay lagi . Boleh tahan lagi even masatu jalan pon termengah mengah haha . 

Sampai ja umah , dah tak rasa lapar apa bagai . Sakit makin kuat sampai nangis² aku tahan sakit . Terus rasa ehh ni contraction betoii ni . Sakit sangat ni . Bagitau adik adik ipar suruh bagitau mak mertua aku . Masatu dah 10 malam . Apalagi , mak mertua aku panik , terus call FIL tiri laki aku bawakkan pegi spital . Tak sampai setengah jam , FIL aku sampai . Dalam kereta pon jenuh nangis tahan sakit . Dah la spital jauh . Nak sampai tu rasa macam tak tertahan dah haha . 

Sampai ja spital terus masuk kecemasan bersalin . Prosedur waktu PKP memang suami takleh teman lansung ! Even belum masuk labour pon tak boleh . Cuma boleh tunggu kat depan kaunter ja . 

Aku masuk dalam misi suruh tukar baju pink spital , amik urine apa bagai . Dah tu , aku tunggu ja kat katil . Supprisingly , waktu atas katil kat spital tu , sakit dah kurang tak macam tadi . Aku dah boleh rileks . Ohh main main ehh sakit ni hahahah . 

Laki call , cakap aku kena warded . Then dia takleh tunggu . MIL dengan FIL pon dalam 2 jam tunggu kat luar , terus balik . Laki aku balik pukui berapa aku tak pasti . Tapi sudahnya memang dia balik , sebab misi cakap dia memang takleh buat apa . Depa kena jaga prosedur ketat . 

Masa rileks kat katil bertenang tenang , ada doctor datang nak check bukaan . Aku macam biasa asal nak check bukaan memang nebes tak ingat hahah . Doctor cakap baru 3cm . Jadi lepas amik darah , doktor suruh misi tolak aku masuk wad . 

Sepanjang malam memang takleh nak lelap . Asyiklahh jalan keliling katil . Tak boleh tido . Sakit tu datang kerap jugak . Asal hilang sakit aku duduk amik nafas . Aku dok berzikir zikir nabi yunus ja masatu . Dok doa biar semua dipermudahkan . Walaupon aku macam eh betul ka aku nak bersalin dah ? Macam terkejut jugak sebab belum due . Lagi 2 hari pulaktu baru nak masuk 37 minggu . 

Pagi esoknya masa breakfast , aku tak lalu . Tak sentuh pon roti planta spital bagi tu . Mulut dah kering . Sampailaa turn aku doktor round wad check , dia mintak izin bantu cepatkan bukaan jalan . Masatuu sakitttt gilaaaaa huiii . Serikk rasa . Harap aku tak menjerit ja . Lepaa doktor tu tolong bukak jalan bagi cepat , terus jadi 4 cm hahahaha . Terus boleh masuk labour room . 

Sementara sebelum masuk labour room , aku wasap laki aku , laku aku masuk kerja k haritu . Amboii biasaaa dia , aku sakit kat spital dia boleh masuk keja yaa 😌 . Aku chat laki aku mintak maaf apa patut . Then terus masuk berjuang dalam labour room .

Sampai labour , doktor masuk cakap nak pecahkan ketuban . Aku macam okay boleh . Buat ja apa apa asalkan selamat aku ngan anak . Masa Aisya tu kali kelima aku bersalin . Tapi tulahh kali pertama aku kena pecah air ketuban . Tulaa jugak pertama kali aku rasa sakit panjang . Betullah , lain anak lain pengalaman kan . 

Lepas pecah ketuban dah rasa makin sakit . Sebab aku lama dah sakit , doktor bagi aku ubat tahan sakit . Lepas ja bagi ubat tu , aku lali jab . Hilang rasa sakit . Lenaaa . Dalam pukoi 12 tengahari centu aku terjaga then terus rasa nak meneran haa . Menjerit aku panggil misi cakap rasa nak teran . Misi suruh aku rilek dia nak check bukaan dulu . Misi check dia kata sabar dulu . Tak full lagi bukaan . Tapi aku macam ish biar betoi , aku sakit gila dahnii . Memang rasa nak meneran sungguh² . Misi tadi cakap sabar tahan ja dulu . Aku takleh kawal masatu aku terjerit jugaklaa nangis . Lalu sorang lagi misi tanya kenapa , then misi hat check bukaan aku tadi tu kata aku dah nak teran tapi bukaan tak full lagi . Misi tadi tu tengok keadaan aku , terus siap pakai glove nak check lagi sekali bukaan aku . Sekali misi yang ni check dia kata kat kawan dia tadi , ehh dah full laa . Kepala baby dah rasa . Terus dia kata okay teran ja puan , masatu terus aku kumpul sepenuh tenaga , then teran sekuat hati . Tak sampai 2 minit pon misi tu kat situ , terus keluar si Aisya Humaira yang cerdik banyak akal tu 😅

Alhamdulillah walaupun sakit panjang , tapi senang nak lahirkan dia . Allah mudahkan . Doa suami jugak kan penting . Alhamdulillah . 

Aisya lahir dengan berat 2.42kg . Tapi tetap kena masuk NICU sebab kena on antibiotik . Sempat peluk kejab ja masa skin bonding tu . Lepastu aku sorang sorang balik wad balik huhu . Doktor mai check cakap takpa , suruh aku rehat ja . Baby kat NICU misi jaga . 

Balik ja wad balik , terus call laki kata dah bersalin . Terus mintak balik keja kat bos dia haha . Tapi tulahh , tetap tak boleh masuk wad jumpa aku sebab waktu PKP takboleh melawat all the time . Maka sensoranglahh aku berdikari doa biaq boleh keluaq esoktu . 

Petang tu laki aku sampai spital , terus tuju ke NIcU jumpa anak buat apa patut . Lama jugak dia jenguk baby , baru dia mai wad aku mintak guard ambilkan uri sebab nak balik tanam . 

Wasap aku malamtu , cakap anak dia macam dia . Comel cantik . Sebijik macam dia . Alahaiii . Excited nau laki aku ehh . Semua nak ikut dia . Amboii sangat hahah . 

Esoknya , boleh discaj . Tak sabar betul aku nak jenguk anak , ingat dia boleh discaj sekali tapi takk . Dia kena stay beberapa hari lagi kat NIcU sampai habis antibiotik dia . Aku ingat bolehlah teman dia kat wad tu tapi tak boleh . So orang lain balik ngan baby , aku balik bawak diri ja ngan laki . Hmm . 

Tiga hari lepastu , doktor call suruh amik anak . Alhamdulillahhh . Kejab ja dia dalam tu . Rindu tu takyah cakap la . Membuak buak . Si Yaya asyik tanya mana baby . Adik adik ipar pon tak menyabar nyabar nak jumpa baby Balong depa . 

hai Aisya Humaira 💜

Betullah , sebijik menurun Baba dia . Sampai harini , dia anak manja Baba dia . Paling manja . Carik mama bila nak susu ja . Yang lain dia merap Baba dia layan dia . Pandaiiiii . 


Semoga membesar menjadi anak yang solehah sayang mama baba 💜

Hari aku publish entri ni , si Anak Bijak Solehah mama baba ni dah setahun lima bulan dua hari . 

Alhamdulillah dengan setiap kurniaanMu Ya Allah . Aisya Humaira dah tambah seri bahagia mama , baba ngan kakak Yaya 💜