Sunday 18 October 2020

BAHAGIAN HIDUP :)

 Hai , assalamualaikum .. 

aku cuma bukak blog nak meluah harini .. 

teringinn nak story dari awal tapi terlalu berat dan payah nak menulis ..


apa aku boleh cakap , kita semua ada bahagian masing masing .

ada takdir masing masing ..


salah aku mungkin sebab dari awal terlalu mengharap dan percaya atas sebuah nilai kekeluargaan . 

sampai aku terlupa yang dari kecik , aku tak pernah ada keluarga yang sempurna .. 

sama ada aku yang terlalu baik atau aku sendiri jugak yang salah sebab terlalu dahagakan rasa erat kekeluargaan tu .sampai sekali lagi aku diperbodohkan . biar ja diri diambil kesempatan .. 


dipergunakan saat perlu , dibuang macam sampah saat tak berguna ..


takpa . aku masih boleh bersabar .. sedang dugaan besar sebelum ini aku boleh lalui , apatah lagi dugaan sebegini .. aku dah biasa .dah terlalu biasa sampai dah jadi lali .. 


Allah nak uji ja . 

insyaAllah aku boleh teruskan hidup . harap lagi tenang hidup aku lepasni ..


maaf andai kata lepas ni terlalu payah nak berbaik dengan aku . 

bukan nak buang keluarga , tapi bila aku diperlakukan sebegini , aku rasa cukuplahh ..

cukup aku harungi bahagia aku , derita aku , sakit aku , jerih payah aku seorang dengan anak anak dan suami . aku tak pedulik walau apapon yang hampa cuba rancang untuk buat apapon kat aku . percayalah . Allah ada dan hanya pada Allah aku bergantung .. 

cuma satu aku mintak , janganlah hadir dalam hidup aku saat hampa susah . then janganlah menagih pertolongan aku . 


susah aku , hampa nak seksa semacam mana pon aku redha . 

Allah ada .


pergilahh . jangan toleh kebelakang . jangan dicari lagi aku . 

apa jua yang hampa nak buat , silakan . nak perburukkan , nak apa saja , silakan .

aku akan okay .


aku dah lama sendirian sampai aku berlembut hati menerima balik sebuah kekeluargaan . aku sampai terlupa yang sebuah keluarga yang aku ada hanya wujud bila perlu sahaja . hanya untuk manusia mengambil kesempatan dan bila dah takda keperluan , sebuah keluarga yang aku anggap murni tu akan campak aku sehina sampah .


terima kasih .

semoga bahagia . semoga senttiasa gembira disamping orang yang mampu bagi kau kekayaan , kesenangan , kebebasan yang kau nak , apaa saja yang kau impi , kau akan dapat dengan depa dan bukan dengan aku yang miskin hina ini . 


sekian .

6 comments:

  1. Jom kejar impian, gapai kebahagiaan. Yg dah berlalu itu kita kuburkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul . masa untuk pedulikan apa saja orang cakap

      Delete
  2. Ye, setiap orang ada bahagian masing-masing. Perjalanan hidup dan ujian berbeza. Sebagai manusia, semoga kita terus kuat menghadapinya. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Aaminnn

    ReplyDelete
  3. Forgive but not forget. Bukan dendam tapi tidak mahu pisang berbuah 2 kali.

    ReplyDelete