Wednesday, 21 October 2020

PrOmO guyssss !!!!

 haii hampaaa ..

mesti hampa dok tertanya tanya pasai promo apa hat aku nak buat lepas baca tajuk an? 


come on guys , 

untuk pengetahuan hampa , aku ada jual baju baju bundle murah murah gilaa .

and now baju baju aku jual tengah promosi ..


hat mana berkenan silalah direct whatsapp aku untuk beli okay .


Murah murah ja nah hampa . 

Tshirt lengan pendek roundneck tu dari bale gred A tau . 

Biasa aku jual sehelai rm20 keatas . 3 helai rm50 biasanya . 


Sekarang PROMO aku juai sehelai rm10 sahaja . 3 helai rm25 . Pembelian melebihi rm50 aku bagi freepostage . Ada freegift sekali . 


Sweatshirt 3 helai rm20 sahaja  . 

Baju ladies long sleeve promo sehelai rm3 saja . 10 helai rm20 . 


Hampa nak cari mana seller baik macam aku hahahahhahahha .. 


And satu lagi promo barang aku jual yang tengah jalan , 






PROMO THEJAMU BY SHE NATURAL . 

Harga biasa yang ni rm25 sebotol ya . 

Stock tak banyak dah kat aku . 

Mai la hampa grab tolong bagi perabeh .

Serius hampa amalkan jamu ni best sangat sangat . Hampa akan rasa sendiri manfaat , kelebihan dia nanti . 

Sebab aku sendiri memula jadi pembeli tegar dulu . Serasii dan banyak manfaat kat aku , aku sign up jadik seller ah terus hahhahaha . 


Aku boleh explain banyak lagi kat hampa . 

Satgi aku tinggai no wassap aku kat bawah okay . Hampa boleh whatsapp aku bebila saja . Kedai aku bukak 24/7 . Hee . 


Yang mana nak elok luaq dalam , cantik menawan memikat , boleh cuba The Jamu . 


Yang mana dok cari baju memurah , boleh cari baju baju aku jual . Dijamin puas hati . 


WHATSAPP


wasap.my/60138580792/promo


IG / Pages FB 

@nhstorecentre


Facebook 

NORLIDA HIDAYU

WW : Fatihah + Aisya

makin membesar budak dua orang ni ..

dua dua lain ragam .



semoga menjadi anak anak bijak baik dan berjaya ya sayang sayang mama baba :)







Monday, 19 October 2020

Thankyou For Everything Sayang 😘

Hai . Assalamualaikum .. 



Harini aku cuti . 
Cuti sebab nak selesaikan masalah duniawi . 
Tapi Alhamdulillah , takkan ada satu pon masalah yang ada dalam dunia ni , yang tak ada jalan penyelesaian . 
Alhamdulillah dengan belas ihsan dan kasih sayang Allah , maka masalah yang serabutkan kepala pon dipenghujung jalan dah . Syukur Ya Allah . 

Dalam hidup , setiap hari , ada saja azam baru dalam diri . 
Aku cuma nak jadi baik . Nak baik dengan semua . Nak jadi baik dengan Allah . Sebab semua rezeki , Allah yang turunkan . Semua dugaan , penyelesaian kat Dia . Nak rezeki melimpah , kita kena abdikan diri kat Dia . 

Aku tak baik mana . Tapi aku cuba setiap hari . 
Biarlah tak baik dimata dunia , di mata manusia ,asal aku tahu apa aku buat , Allah tahu . Allah nampak , Allah yang adili . Aku tak perlu endahkan segala perangai dan perilaku manusia . 

Mereka nak memfitnah  ? Silakan . Andai itu betul sekalipon , aku yakin Allah tahu sebabnya . 

Mereka nak mengatur buruk ?? Silakan . Andai itu terjadi sekalipon , aku yakin Allah sentiasa nampak , Dia tak buta . Dia tahu menilai . 

Mereka nak merendah rendahkan atau memandang serong ? Juga silakan . Andai apa yang terjadi itu adalah seperti tanggapan mereka , aku yakin Allah tengah rencanakan sesuatu yang terbaik untuk aku . 

Untuk setakat ini , aku hanya ingin bersyukur , bersyukur kerana walau dalam keadaan ini , aku sentiasa ada suami yang memahami . Yang selalu menyokong . Yang tak pernah mengecewakan . Yang selalu membantu . 

Biar dia kurang dimata mereka , asal aku tahu dia sentiasa lakukan yang terbaik untuk keluarga . 


Setakat hari ini , Alhamdulillah aku bahagia . 
Bukan bermakna bahagia aku takdak lansung pergolakkan dalam rumahtangga , tapi bahagia sebab Allah hadirkan dia sebagai penghapus airmata yang selalu mengalir dimata aku bila selalu sangat fikirkan apa saja kata manusia terhadap aku . 

Aku tak lebih tak apa . Aku tak kaya tak apa . 
Asal aku tahu aku dah berusaha sehabis daya . Asal aku tahu suami aku juga ada nilai usaha dia sendiri untuk sama sama bangunkan keluarga . 
Cuma bagi kami masa . Tak mudah nak stabilkan sebuah keluarga yang baru sangat dibina . Asalkan sama sama faham istilah Tanggungjawab dan sama sama usaha kearah tu . Bukan hanya tahu mengambil kesempatan atas sesiapa . 

Sekurangnya aku tak membiarkan orang yang sepatutnya menjadi tunggak utama harapan keluarga tu diam dan bongkak dirumah . Usaha bukan hanya dibibir ya anak anak . Usaha tu banyak segi . Kalaulahh setakat usaha tu hanya dibibir dan angan angan tanpa apa apa , hanya mengharap rezeki jatuh dari langit , ya ! Rezeki tetap ada untuk setiap hamba Allah . Tapi kalau sedikit atau tak mencukupi , janganlah demand bukan bukan . Janganlah hidup tapi tak ukur baju dibadan sendiri . 

Ehh wait , aku tulis entri ni actually nak dedikasikan ucapan terima kasih untuk suami aku . Sebab dia sentiasa usaha . Dengan kudrat . Dengan kudrat itu aku jadi seperti hari ini . Dengan kudrat dia aku boleh pegi keja tiap hari , balik rumah semula dengan selamat . Dengan kudrat dia jugak segala aktiviti COD aku dia yang sempurnakan . Berpanas berhujan demi nak tolong isteri yang macam macam kerenah . 

Yang mana kudrat dia pada orang lain tu sangat tak bernilai . Takkan aku nak senaraikan satu persatu baru manusia tahu menilai mana kaca mana permata . 

Mungkin aku salah meluah . Kadang kala bergaduh , menangis , marah kecewa tu biasa . Yang tak pernah rasa hidup berumahtangga tu , jangan tahu bercakap ja . Lalui dulu . Baru tahu macam mana asam garam ada keluarga . 


 At last , taknak melalut bebukan . 

Tak baik membukak aib . 
Tak elok membuka pekung didada sendiri . 

Allah ada . Biar Allah yang buktikan . 
Biar Allah yang adili . 

Bahagia aku , aku tahu ukur macam mana . 
Sekurangnya , aku tak sentiasa makan hati macam macam . 
Sekurangnya , aku tahu suami aku bertanggungjawab . 

Walau tak cukup harta dunia dia bagi kat aku , 
Sekurangnya dia mampu jadi imam yang baik untuk aku . 

For my special husband , please tahu , no matter what happen , i will always support you . Whatever you do . Manapon awak pegi . Doa saya sentiasa iringi setiap langkah awak tanpa henti . 
Percayalah , doa saya Allah akan dengar dan kabulkan . 
Percayalah , apa yang saya angankan , saya akan dapatkan walau apa cara sekalipon . Saya pasti Allah bantu kita .

I loveyouu 😘

Sunday, 18 October 2020

BAHAGIAN HIDUP :)

 Hai , assalamualaikum .. 

aku cuma bukak blog nak meluah harini .. 

teringinn nak story dari awal tapi terlalu berat dan payah nak menulis ..


apa aku boleh cakap , kita semua ada bahagian masing masing .

ada takdir masing masing ..


salah aku mungkin sebab dari awal terlalu mengharap dan percaya atas sebuah nilai kekeluargaan . 

sampai aku terlupa yang dari kecik , aku tak pernah ada keluarga yang sempurna .. 

sama ada aku yang terlalu baik atau aku sendiri jugak yang salah sebab terlalu dahagakan rasa erat kekeluargaan tu .sampai sekali lagi aku diperbodohkan . biar ja diri diambil kesempatan .. 


dipergunakan saat perlu , dibuang macam sampah saat tak berguna ..


takpa . aku masih boleh bersabar .. sedang dugaan besar sebelum ini aku boleh lalui , apatah lagi dugaan sebegini .. aku dah biasa .dah terlalu biasa sampai dah jadi lali .. 


Allah nak uji ja . 

insyaAllah aku boleh teruskan hidup . harap lagi tenang hidup aku lepasni ..


maaf andai kata lepas ni terlalu payah nak berbaik dengan aku . 

bukan nak buang keluarga , tapi bila aku diperlakukan sebegini , aku rasa cukuplahh ..

cukup aku harungi bahagia aku , derita aku , sakit aku , jerih payah aku seorang dengan anak anak dan suami . aku tak pedulik walau apapon yang hampa cuba rancang untuk buat apapon kat aku . percayalah . Allah ada dan hanya pada Allah aku bergantung .. 

cuma satu aku mintak , janganlah hadir dalam hidup aku saat hampa susah . then janganlah menagih pertolongan aku . 


susah aku , hampa nak seksa semacam mana pon aku redha . 

Allah ada .


pergilahh . jangan toleh kebelakang . jangan dicari lagi aku . 

apa jua yang hampa nak buat , silakan . nak perburukkan , nak apa saja , silakan .

aku akan okay .


aku dah lama sendirian sampai aku berlembut hati menerima balik sebuah kekeluargaan . aku sampai terlupa yang sebuah keluarga yang aku ada hanya wujud bila perlu sahaja . hanya untuk manusia mengambil kesempatan dan bila dah takda keperluan , sebuah keluarga yang aku anggap murni tu akan campak aku sehina sampah .


terima kasih .

semoga bahagia . semoga senttiasa gembira disamping orang yang mampu bagi kau kekayaan , kesenangan , kebebasan yang kau nak , apaa saja yang kau impi , kau akan dapat dengan depa dan bukan dengan aku yang miskin hina ini . 


sekian .

Wednesday, 14 October 2020

Segmen Follow2 by Cik Roxa

 eh hai lagii ,haha .


another segmen nak join harini . 

maaflah try hard sikit nak tambah follower hehe . 



terima kasih sebab buat segmen ni . 

harap bermanfaat dan memberi kebaikkan . 


sekian .


Segmen Jari Jemari Bloglist 2020

 haii assalamualaikum .. 


harini nak join segmen dari sorang blogger ni . 

since open blog baru ni follower zero eh .. sadis betoi hidup .. 


so marilahh mulaa . 



jom lahh hampa join reramai .. 

mintak mintaklahh follower singgah entri ni and b
follow blog ni .. nanti aku follow back eh . 

thankyouu . :)


Saturday, 10 October 2020

PERCAYA


assalamualaikum ..

Harini terdetik hati nak menaip something .. 
sekadar nak melepas gian nak menulis dalam blog . 

Read the title ? 

yeah , PERCAYA . 

Lets talk abaout that . 

Pernah kan , dalam hidup kau simpan rasa percaya menggunung pada seseorang ? 
macam kau percaya mak ayah kau , adik beradik kau walau terkadang kepercayaan tu mereka tak hargai pon walau sedikit . 

Dia macam ni , bila kau letak percaya tinggi pada manusia melebihi kau percayakan Allah , 
kau akan rasa sakit sesakitnya . 
kalau tak sekarang , one fine day nanti . 
kau tetap akan rasa . 

sama macam kau simpan percaya kau pada suami sendiri . 
ingat satu benda , suami tu hak Allah . 
Allah pinjamkan , bila bila masa saja Allah boleh ambik balik . 
tanpa amaran . tanpa bicara . 

Hati manusia pon Allah yang pegang . 
jadi nak kekalkan apa yang Allah pinjamkan kat kita , kita kena percaya takdir Allah . 

percaya yang apa saja yang jadi Allah dah tetapkan baik dan buruk . 

kau jangan expect semua benda jadi ikut kemahuann kau setiap masa . Tak !

ALLAH yang kuasai semuanya .
kau nak apa apa , kau kena berdoa pada dia . 

inSYAaLLAH Allah akan beri yang terbaik untuk hidup kita . 




aku diberi tamparan hebat last years . 
dan benda tu buat aku percaya , kita hanya tahu merancang . 
segalanya Allah yang tentukan mengilkut keizinanNya.

kita kena sabar , terus kuat .
hikmah Allah nak bagi dalam setiap kesulitan dan kepayahan yang kau terima tu sangat indah dan besar . ia bermakna pada kita .





simpan dalam diri , 
ingat selalu ,

yang diberi pilihan tu kita . 
kita berhak memilih yang terbaik . 
then letak seluruh kepercayaan pada Allah .

Percayalah , Allah akan beri yang terbaik . :)

Thursday, 8 October 2020

Aisya Humaira

 Hai , Assalamualaikum .


Lama sudah tak update blog .. sunyi ja kan .. 

bukan sebab takdak menda nak story tapi tulah , sibuk memanjang sampai takda masa nak menaip panjang panjang .. 

well now , Alhamdulillah sebab dah ada sorang lagi anak . 

si kecik Aisya Humaira .



haa ni budak tuu ..

Aisya Humaira .
lahir 11 Jun 2020 jam 1.15pm .
berat masa lahir 2.42kg saja .


so far alhamdulillah , sekarang nak masuk empat bulan dah .
budak baik Aisya ni . tak banyak kerenah . senang sangat nak jaga dia .
faham ja dia bila mamaa baba dia penat keja ka apa .. 

sekarang aku dah masuk kerja , memang kurang la masa kat rumah ngan anak anak . 
keluar awal pagi . malam dekat maghrib baru sampai rumah .

kesian anak anak tapi tulaa . nak buat cemana an , dah nak cari rezeki .. 
berkorban la masa tenaga sikit .
harap anak anak paham la mama baba terpaksa usaha cari duit cari rezeki ..



haa nah gambar budak Aisya ni sekarang .. tak berapa hari ja lagi nak masuk empat bulan cukup .. 

banyak akal budak ni .. pandai dah ajak gelak ketawa ..
anak manja baba sangat dia ni .. 

membesar dengan sihat dan cerdik ya sayang mama . 

loveyouu .